Thursday, December 31, 2009

Selamat Jalan 2009...

Selamat menyambut tahun baru 2010 sebagaimana aku turut mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah.

Sedih jugak aku mengenangkan sambutan tahun baru ni kerana semasa Maal Hijrah, tiada sambutan besar-besaran dibuat dengan pelbagai pihak menaja acara dan pengisiannya seperti bacaan yassin dan seumpamanya berbanding dengan sambutan tahun 2010 yg pastinya ramai pihak bermurah hati sanggup melihat duit dibakar begitu saja untuk bunga api, konsert yg menggila, gelagat pengunjung kelab hiburan, maksiat di hotel-hotel dan lain-lain yang sekasta dengannya.

Bagi aku, hanya mengarahkan fleet of ships agar membunyikan hon kapal masing-masing saja sebagai tanda tibanya tahun 2010 with skeleton staff.

Tiada azam baru dan tiada azam lama. Cuma menyambung kehidupan seadanya.

Selamat Menyambut Tahun 2010.

Wednesday, December 30, 2009

Alamak!!!... Lagi Kacau Nih...

Berita sensasi yg menarik perhatian aku adalah kenyataan dari pakar patologi terkenal dari Thailand yang menyatakan Teoh mati dibunuh... Tak perlulah aku letakkan link yang berkenaan. Rata blog mengatakan perkara ini. Carilah sendiri.

Makanya, aku menjangkakan cerita ini akan menjadi semakin menarik untuk dijadikan peluru oleh pihak tertentu.

Dan yang pasti, semakin haru biru 1Najib, oppsss... silap! 1Malaysia.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU...

Tuesday, December 29, 2009

Lagi Kisah Menjelang Tahun 2010...


Aku mengikuti perkembangan kes kehilangan aset TUDM kerana kesedihan disebabkan nama baik Angkatan Tentera Malaysia yg suatu ketika cukup aku bangga kerana dapat berkhidmat dengannya.

Penulisan Pemuda Cheh mengenainya cukup menarik perhatian aku untuk dibaca bersama dengan posting aku terdahulu bertajuk Konpom Melayu Mudah Lupa Termasuklah Aku...

Sama-sama kita membaca, menilainya serta merujuk kepada penulisan TDM

Belum sempat tirai 2009 berlabuh, kita dikejutkan dengan berita besar yang sukar untuk dipercayai apatah lagi Malaysia seringkali berbangga dengan kehandalan pasukan keselamatan negara.Tanpa angin bertiup, tanpa ribut kencang, tanpa banjir besar, tiba-tiba sebuah akhbar arus perdana yang dekat dengan pemerintahan negara “membocorkan” berita mengenai kehilangan enjin jet pejuang F-5E yang dikatakan berharga RM50 juta sebuah dari Gudang Matra 1 di Pengkalan Udara Sungai Besi.

Berita kehilangan enjin jet ini telah mengundang reaksi daripada pelbagai pihak. Berita ini sudah pasti akan menggemparkan negara apatah lagi yang hilang bukanlah enjin “mesin potong rumput” milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM200, akan tetapi yang hilang adalah dua enjin jet pejuang F-5E bernilai RM 100 juta.

Seperti kes “kematian” Teoh Beng Hock di bangunan MACC Selangor, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji bahawa “no cover up” dalam kes kehilangan enjin jet ini. Tetapi tahukah beliau, jika benar-benar “no cover up”, beliau sendirilah yang harus disiasat oleh kerana beliaulah Menteri Pertahanan Malaysia, ketika enjin tersebut hilang!

Walaupun “boleh jadi” beliau tidak tahu menahu mengenai kehilangan kedua-dua enjin jet pejuang tersebut, sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pertahanan pada ketika itu, beliau harus dipertanggungjawabkan diatas kehilangan enjin jet pejuang tersebut.

Apatah lagi kini Najib telah menjadi perdana menteri Malaysia, kan “tak manis” dipandang orang apabila perdana menteri Malaysia adalah bekas menteri pertahanan yang sewaktu menjaga Kementerian Pertahanan, dua enjin jet pejuang F-5E hilang dijual kepada syarikat asing.

Bukan enjin sahaja hilang, banyak lagi yang hilang

Belumpun heboh mengenai berita kehilangan enjin reda, menteri pertahanan kini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa selain enjin jet, banyak lagi peralatan milik ATM hilang.

Zahid tidak memberitahu pula peralatan apa yang hilang dan berapa jumlah kerugian, akan tetapi terus memberikan amaran kepada penulis-penulis blog agar tidak mensensasikan dan membuat spekulasi mengenai perkara ini.

Ini satu lagi yang saya tidak faham. Tak ada angin dan tak ada ribut, tiba-tiba Zahid memberikan amaran kepada penulis-penulis blog walaupun yang mendedahkan berita mengenai kes kehilangan dua enjin jet pejuang tersebut adalah sebuah akhbar arus perdana yang dekat dengan kekuasaan dan beliau sendiri yang mendedahkan mengenai kehilangan peralatan lain ATM. Apakah “ada udang disebalik batu”?

Jika Zahid memberikan amaran kepada penulis-penulis blog agar tidak mensensasikan atau membuat spekulasi mengenai kehilangan “enjin keretanya” tidak mengapalah kerana itu adalah milik peribadinya.

Enjin jet pejuang dan peralatan-peralatan ATM yang hilang adalah milik negara dan secara langsung berkaitan dengan rakyat Malaysia. Kerajaan yang memerintah hanya diamanahkan untuk menjaga harta milik negara dan bukannya memilik peribadikan harta milik negara.

Oleh itu spekulasi mengenai kes kehilangan enjin jet pejuang ini tidak akan terhenti begitu saja. Tambah lagi apabila Zahid memberikan amaran, maka akan bertambah ramailah penulis-penulis blog yang akan mengulas isu ini. Sudah menjadi lumrah manusia, lagi dilarang lagi suka dibuatnya.

Enjin jet kini di Argentina?

Dikhabarkan, enjin jet pejuang tersebut disedari hilang pada bulan Mei 2008 pada ketika Jeneral Azizan Ariffin yang kini merupakan Ketua ATM masih lagi ketua Tentera Udara. Kehilangan disedari apabila Azizan mengarahkan akan audit dibuat terhadap aset Tentera Udara. Pada ketika audit dibuat, barulah disedari dua enjin yang bernilai RM100 juta hilang. Laporan polis telah dibuat pada bulan Ogos 2008 diatas kehilangan enjin jet tersebut.

Akhbar arus perdana yang membocorkan berita mengenai kehilangan enjin jet pejuang milik ATM turut melaporkan bahawa seorang brigadier-jeneral dan 40 lagi anggota ATM telah dipecat dan enjin jet tersebut dipercayai telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Amerika Selatan.

Terbaru Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa bahawa hasil daripada siasatan polis, kedua-dua enjin jet tersebut dipercayai berada di Argentina dan polis masih lagi menyiasat sama ada kedua-dua enjin tersebut masih lagi berada di negara tersebut.

Akan tetapi pada 22 Disember 2009, akhbar arus perdana yang membocorkan kes kehilangan enjin jet pejuang tersebut melaporkan bahawa terdapat laporan perisikan negara yang mengatakan bahawa kedua enjin jet tersebut kemudiannya dihantar ke sebuah negara di Timur Tengah yang mengalami sekatan daripada Amerika Syarikat. Negara Timur Tengah tersebut turut dikatakan sedang bercita-cita untuk membangunkan jet pejuang mereka sendiri.

Sekarang kita masih tertanya-tanya apakah enjin jet tersebut berada di Argentina atau berada di negara Timur Tengah yang tidak disukai oleh Amerika Syarikat itu? Jika berada di Argentina, masalah tidak begitu besar. Jika berada di negara Timur Tengah yang tidak disukai oleh Amerika Syarikat itu, apakah impak dan kesannya kepada negara dikala Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan Malaysia yang sangat penting?

Banyak persoalan misteri yang bermain di fikiran saya dalam kes kehilangan enjin jet pejuang ini. Diantaranya ialah, mengapa setelah sekian lama, baru sekarang kes kehilangan enjin jet ini dibocorkan?

Kedua, mengapa secara tiba-tiba kes ini ditimbulkan kepada umum?

Ketiga, dimanakah sebenarnya enjin jet tersebut berada?

Rakyat Malaysia mudah lupa?

Apa-apa pun rakyat seharusnya berbangga kerana sekali lagi Malaysia berjaya mencipta rekod dunia. Enjin jet pejuang yang begitu besar saiznya boleh hilang dengan mudah di Malaysia. Jika enjin “mesin rumput” boleh juga disorokkan dalam “bonet” kereta, tidak boleh terbayang pula bagaimana hendak menyorokkan enjin jet yang sangat besar saiznya.

Seperti biasa, akan ada beberapa orang yang akan didakwa dalam kes ini. Yang pastinya hanyalah “ikan-ikan bilis” dan bukannya “ikan-ikan jerung” besar!

Sudah pasti seronok menjadi pemimpin negara Malaysia. Walaupun enjin jet yang berharga RM100 juta hilang, tidak akan ada tindakan yang akan diambil oleh rakyat. Lama kelamaan rakyat pasti akan lupa.

Kalau ada yang bising pun, hanya sekadar di blog dan ruangan komen blog. Sebab itu Zahid memberikan amaran kepada penulis-penulis blog agar tidak mensensasikan dan membuat spekulasi mengenai isu ini.

Tidak hairanlah begitu ramai orang berebut-rebut untuk menjadi pemimpin negara Malaysia sehinggakan Malaysia kini berada di ambang sistem dua parti.

Di Malaysia mudah, pemimpin boleh buat apa saja. Lama-kelamaan rakyat pasti lupa. Sebenarnya Tun Dr Mahathir Mohamad silap, bukan Melayu sahaja yang mudah lupa, seluruh rakyat Malaysia pun sama. Saya cadangkan agar Mahathir menulis buku baru yang bertajuk “Dilemma Malaysia” yang mengulas mengenai sikap rakyat Malaysia yang seringkali terlupa.

Jika menjadi pemimpin di negara Filipina susah. Silap sikit rakyat protes. Salah sikit rakyat protes. Tahun 1986, Presiden Marcos dijatuhkan melalui “people power”. 15 tahun kemudian Presiden Joseph Estrada pula dijatuhkan melalui “people power 2”.

Selamat tahun baru kepada Malaysia. Diharapkan agar tahun 2010 akan menyaksikan Malaysia mencipta rekod-rekod baru dunia yang lebih hebat dari rekod-rekod 2009

Berapa banyak lagikah bangkai-bangkai yg ditutupi akan mula mengeluarkan bau yg busuk, sebusuk hati org yg menutupinya?

Monday, December 28, 2009

Keranda Terbang...

Tidak mahu aku komen lebih-lebih pasai isu penggantian pesawat pejuang TUDM melainkan bersetuju dengan apa yang ayahanda TDM dah kata di sini.

Sebab tu aku kata yg pemimpin parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah hanya tahu nak buat harta kekayaan dunia saja.

Mereka bukan berkhidmat untuk rakyat tetapi kepada wang rakyat.

Kalau betui berkhidmat untuk rakyat, pasai apa Keranda Terbang masih digunakan sekalipun dah cukup haul dan nisab untuk ditukarkan?

Cerita Sepanjang Weekend...


Hujung minggu lepas merupakan family day bagi aku sekeluarga dgn menyertai pemanduan off-road bersama beberapa rakan dari Penang 4x4 Club sambil berkelah dan camping. Semua bangsa ada dlm program tu. Meriah sungguh melihat kemesraan kumpulan tersebut mengatasi masalah jambatan runtuh, jalan berbecak, kereta terbenam dan yg paling syiokkk adalah program mandi sungai. Haram sapa pun tak kisah pasai rasis dan keTUAnan melayu.

Jadi, aku berpendapat sebenarnya org yang dok kalut sangat dengan poliTAIK ni adalah mereka-mereka yang mempunyai kepentingan sendiri terutama dari aspek ingin membuat kekayaan dengan jalan mudah. Ini termasuklah golongan yang sanggup menjual maruah dengan sedikit upah, berdemo sana sini dengan pelbagai isu hinggakan ada di antara isu tersebut cukup lawak.

Bila pihak A berdemo, mesti satu pihak lagi menuduh pihak B menjadi dalang. Macammm tu laaa tak habis-habis, naik meluat aku dengan gelagat org poliTAIK nih. Buta perut kerana terdapat pelbagai isu yg melibatkan kepentingan masyarakat tapi tak nampak. Sebab tu aku kata org poliTAIK ni bukan nak berkhidmat utk masyarakat tapi untuk diri sendiri. Kononnya nak menjaga kebajikan rakyat tetapi yg dok kaya adalah wakil rakyat jugak. Bila dah kaya, tentu keluarga dan kroni turut kaya. Rakyat lain dok macam tu jugak, lagi susah ada laaa...Antara isu menarik adalah kemalangan bas express yg melibatkan kematian yg tinggi. Pihak berkuasa masih belum bercadang nak menggantung syarikat berkenaan atas apa juga alasan yg diberikan, pastinya aku sukar menerimanya. Ini kerana kemalangan lain sebelum ini telah menyebabkan syarikat bas berkenaan digantung permit. Inilah yg dikatakan contoh bila wakil rakyat dah kaya, kroni pun turut sama kaya dan mereka kebal undang-undang.

Lepaih pada tu pulak, ada cadangan MB (Mamak Besar) Perak yg mencadangkan bas express hanya boleh jalan siang sahaja. Ini satu contoh BODOH sama seperti menteri berkenaan memberi alasan subsidi gula ditarik balik kerana nak mengelakkan rakyat 1Malaysia dari diabetis. Agaknya nanti ada menteri Beer-N akan kata "Motosikal diharamkan di 1Malaysia kerana byk kemalangan melibatkan motor dan mengatasi masalah rempit"

Maleh dah aku nak menceritakan keBODOHan org poliTAIK ni. Sampai petang pun tak habih menulih. Aku upload gambor-gambor sekitar XTVT berkelah lagi best.

Kah kah kah!!!...

Tuesday, December 22, 2009

Konpom Melayu Mudah Lupa Termasuklah Aku, HeHeeHeee!

I wish any YB can raise up again the question on where-about our A4 Skyhawk as reminded by Mr. Rights2write. Nasib baik aku jumpa yang ni kalau tak aku pun masuk kategori Melayu mudah lupa, heheeheee!!!...

1. My conversation with a retired Air Force General about the missing F5E jet engine led to me to an interesting story. I was intrigue when he cajole told me that there is nothing to be shocked about a missing engine when an entire fleet of aircraft went missing from the TUDM inventory. Entire fleet of aircraft! What was he talking about? I thought he was kidding and making his usual jokes about aircraft missing from the radar screen but when he said that it was missing from the TUDM inventory that led me to place few more calls.

2. It appears that via a special G to G arrangement, the Malaysian government bought 80 A4 Skyhawks from the USAF in the 80’s. It was delivered to us at the beginning of 1984. These are working aircraft with plenty of mileage to go. Thirty five aircraft was brought back to Malaysia and was used in the service. A few dropped from the sky, one went missing over South China Sea (Lt. Wahi) and the rest was used until it could not be used again. Some became spare parts. The balance (45 jets) was left in the California dessert parked under the scorching sun. It was never brought back.

3. The 45 aircraft that was left in the Californian dessert was never brought back. It was place under the management of a company in the US. This company ends paying the parking chargers for years. Sometime between the years 2000 to 2003, RMAF decided to take back the aircraft and sell them off. Our TUDM officers from KL were sent to look for the aircraft in the dessert. They found it but the shocking part is that they no longer legally own the aircrafts.

4. As it turns out, the paperwork involving the purchase went missing and the Air Force were not able to show proof of ownership. Therefore they could not take out the Skyhawks from the open air parking area. The haggling and tussle over the ownership continued for several years until it became clear that the aircraft ownership cannot be ascertained. The Malaysian government paid for it but did not kept the receipt.

5. I remember the matter was raised in parliament several years back and unverified reports indicates that the aircraft was sold to an American company for pittance. Maybe our MP’s should revisit this matter again. My friend was right when he said entire fleet of 45 aircraft disappeared from TUDM Inventory. In actual fact it was not even recorded in the TUDM inventory. Since it did not go into our books despite paying for it and having no receipt to show proof of payment, then no aircraft actually went missing. The only thing missing is the money for the 55 aircraft!

6. Coming back to the missing RM50 mill engine which is fixed on a USD 2 mill aircraft, I am perplex to read in the papers today that a Brigadier General and his 40 man was asked to leave service early. (Sounds like Ali Baba and the 40 thieves).They was not charged. There was no court martial. It appears the General and several others lose their pension but upon appeals got it back. What the heck is wrong with the system? No one even realized that the General was asked to leave until the story came to limelight in today’s news. I am sure we all can predict on why the story was released to the MSM today. It wanted to show that the government did something.

7. I am not sure whether taking administrative action is sufficient in this case. We are talking about CBT. We are talking about a missing RM50 mill jet engine that was supposed to be fitted on a USD 2 mill aircraft. Knowing the Malaysian way of wanting to settle problems, it was managed quietly the wrong way. In the meantime, everyone had forgot about the 55 aircraft that Malaysian Government paid but not admitted into TUDM inventory. Maybe they went into the army or navy inventory. Who knows mixed up can happen.

Seloka Pantun Sahabat Yg Tidak Dikenali...


Berikut adalah seloka pantun dari seseorang yg tidak mahu dikenali kerana bimbangkan "keselamatannya". Aku hanya edit dari segi ejaan sahaja, lain tu semuanya original. Thank you for visiting...

Burung enggang terbang di awangan
Terbang di sawah mencari makanan
Alatan perang barang dagangan
Curi, jual, dapat duitan

Turun ke sawah menjala ikan
Setiap hari memasak kari
Walau pun bersumpah pegang Quran
Kerja pencuri tetap pencuri

Orang celik mata terbuka
Hilang tongkat kepunyaan si buta
General ka Mejar Jeneral ka
Kejujuran hanya di depan mata

Mencuri dalam tentera, biasa
Dahulu banyak kecurian kecil
Jual minyak dari kereta
Kata mereka perkara batil

Lagu enak suara si Jamal
Di Angkasapuri bangunan RTM
Barang murah jadi mahal
Kerja biasa dalam ATM

Khayal sungguh teruna dan dara
Di ufok barat tenggelamnya matahari
Pencuri, penipu dalam tentera
Tak kan begitu salah Menteri?

Orang Tanjung tahu semua niiih..

Aku tidak menyalahkan Menteri Pertahanan atas kecurian tetapi kenapa perkara ini berlaku selepas beberapa tahun? Don't tell me dia tak tahu menahu atau sengaja nak cover-up suatu konspirasi peringkat tinggi.

Kerana itu aku rasa Menteri (itu pun kalau pernah belajar melalui PPSMI lor) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT) berkenaan harus bertanggungjawab!!!... Malah org yg kerjanya hanya menukar tiub pun tahu menilai apa itu keselamatan. Dah menjadi topik hangat tentang budaya KERAjaan yg suka cover-up

Kalau di dalam kem tentera pun boleh berlaku kehilangan barang yang besar, bayangkan kalau kawasan kediaman rakyat didahulukan.

Kah kah kah!!!...

Monday, December 21, 2009

Sedih + Susah Hati...

Aku sedih bila membaca berita kehilangan aset TUDM bernilai RM50 Juta (bukan 5 kupang woi!!!...). Kejadian ini bukan kelmarin atau tadi tapi tahun 2007 lagi. Nampaknya pandai jugak KERAjaan menyembunyikan berita kehilangan itu sehingga sekarang baru diketahui umum. Terima kasih aku kepada mereka yg mula-mula mengeluarkan berita sensasi ini.

Aku sedih kerana kehilangan aset ini melibatkan pasukan pertahanan yang sepatutnya mempertahankan keselamatan negara dan rakyatnya tapi ternyata di sebalik sumpah setia yg dilafazkan dan ditandatangani ternyata masih ada duri dalam daging atau di dalam erti kata yang lain pengkhianat.

Sebab itulah aku selalu mengatakan bahawa anggota tentera sekarang ini tidak seperti zaman dulu di era 80-an dan 90-an di mana anggotanya rela mati kerana setia. Sekarang ni, ramai yang mati kerana dadah atau kemalangan jalanraya. Panglima-panglima hanya tahu main golf saja dan hidup mengalahkan raja dengan batman dan kemudahan lain selain tahu nak tambah kekayaan sendiri dengan 1001 macam cara. Pegawai pulak mudah mendapat pangkat Kapten (Lt kalo dlm Navy) kalau masuk ATMA berbanding skim Kadet yg terpaksa mula dari Lt. Muda dahulu. Harap pangkat ajer tinggi tapi manja mengalahkan Anakku Sazali.

Itulah di antara sebab aku meninggalkan perkhidmatan ini dengan cepat. Cadangan awal nak buat 21 + 1 tahun tapi 13 tahun dah memadai kerana meluatnya aku dengan perkhidmatan ini dah sampai tahap gaban.

Aku susah hati kerana kalau aset bernilai jutaan ringgit boleh melepasi kawalan keselamatan dengan entah apa yang MP buat (lena kut?) hatta perbuatan pengkhianat dalam perkhidmatan itu sendiri, bayangkan kalau bocornya pelbagai maklumat sulit kepada pihak lain.

Mudah saja mereka menyerang atau sabotaj keselamatan negara ini terutama dari Singapura. Maklumat berapa banyak main-hole di dalam sesuatu kem pun mereka sanggup bayar inikan pula maklumat komunikasi dan pergerakan ketenteraan. Pastinya mereka tidak kisah nak membayar dengan harga tinggi dan pastinya pengkhianat tersebut akan kelabu mata tengok duit sedemikian banyak. Maklumlah, gaji anggota tentera ni bukan banyak mana pun...

Ini mengingatkan aku kepada buku berjudul Spy Catcher yang mengisahkan pengkhianatan anggota perisikan MI-6 dan KGB di mana tanpa disangka-sangka talam dua muka adalah Pengarah MI-6 itu sendiri yg menjual maklumat kepada KGB. Kisahnya bakal berulang di Malaysia pulak. Nantikan saja and mark my word.

Mantan Menteri Pertahanan yg memegang office pada tahun 2007 harus bertanggungjawap ke atas kejadian ini. Sapa dia? Pi depan cermin muka, tampaq muka sendiri dan anda akan tahu jawapannya...

Dato Arshad, saya amat bersetuju dengan penulisan Panglima sebagai seorang pegawai yg pernah berkhidmat di bawah Tuan.

Tuesday, December 15, 2009

Kenalah Dipetik Bintang-Bintang Lagi...

Seusai kuliah maghrib sembang ringan-ringan dengan beberapa jemaah yang hadir. Sambil menghirup teh yang disediakan. Seorang hamba Allah ( UMNO dulu..kini..selamanya ) memecah hening dan kosentrasi ...

Orang UMNO (OU) : Apolah Nga Ko Ming ni dio pertikaikan peruntukan untuk masjid pulak..

Lobai Kampung (LK) : Pakcik tau mana

OU : Dalam surat kabar utusan la ustad, dia kata gereja dengan kuil kenapa tak buleh dapek ?

LK : Betul jugak tu, pasal dio pun bayar cukai

OU : yolah negaro ni negara islam, dio kono hormat dengan kita..

LK : Kita pun kena hormat dengan mereka

OU : Masalahnya mereka dah melampau

LK : Kalau kita tak bagi hak kita yang melampau ..

OU : apa hak dia ustad ..?

LK : Sepatutnya kerajaan kena asingkan hasil dari sumber yang haram dan yang halal, untuk yang halal diperuntukkan untuk kepentingan ummat islam seperti masjid dan pendidikan. Manakala yang haram, gunakan untuk mereka..

OU : Kalau macam tu banyaklah yang diorang dapat ..

LK : Kenapa ..?

OU : Yelah sumber cukai dari judi dengan arak kan banyak di negara ni..

LK : Kalau kerajaan kita asasnya Islam, kita mesti akan fikir banyakkan yang halal untuk kepentingan ummat Islam kurangkan yang haram. Masalahnya ...

OU : Masalahnya ustad nak kata kerajaan kita tak amalkan Islam ..

LK : Pak cik yang cakap saya tak cakap ...

Lobai Kampung : 52 tahun UMNO memerintah kita. Tidak banyak benda yang dibuat untuk benar-benar mengembalikan manfaat secara maksima kepada ummat Islam. Jangan bercerita tentang-tentang perlaksanaan Islam dalam bentuk undang-undang dan peraturan, soal yang mudah-mudah pun banyak tak boleh selesai. Puncanya, kerana kekangan politik mengatasi kepakaran. Akhirnya yang pakar dalam sesuatu bidang kena akur dengan kehendak orang politik yang menjaga kepentingan politiknya.

Kasihan kepada orang-orang kampung yang diperbodohkan oleh pemimpin UMNO. Yang semakin senang dan kaya, sedang mereka di bawah terus menanggung kepayahan demi kepayahan. Dasar-dasar yang dicadangkan lebih banyak memberi beban kepada rakyat, tidak difikirkan pula kaedah mengelakkan bebanan untuk rakyat.

Berbicara dengan pengundi saluran 1 yang masih pekat darah UMNOnya memerlukan kita banyak bersabar. Mereka tak baca wartamaya, al-banjari pun dia tak kenal, jauh sama sekali perisik rakyat dan tulang besi. Sumber mereka RTM, Utusan dan Berita Hairan, tabloid metro dan kosmo. Semua yang mereka baca itu tidak mampu memahamkan mereka tentang hasrat dan isu Pakatan Rakyat.

Manusia mampu untuk berubah. Perubahan itu mesti dengan asas ilmu dan kefahaman. Kebendaan tidak mampu mengubah minda. Dia sekadar boleh bersetuju tetapi belum tentu menerima. Saya cadangkan kepada mana-mana blogger untuk mencetak isu-isu yang diketengahkan di dalam blog masing-masing untuk diberikan secara percuma kepada masyarakat. Barulah apa yang kita ketengahkan akan mampu membuka mata mereka mengenali kezaliman yang berlaku.

Sekadar pandangan ..

Terima kasih Lobai Kampung sekalipun aku tak minta izin. Otak dah traffic jam sbb sebiji kapal sangkut di Hong Kong

Monday, December 14, 2009

Hujung Minggu Yang B-Zzzz!!!...

Hujung minggu ni memang digunakan sepenuhnya masa yang ada untuk aku beristirehat, bersantai dan XTVT rekreasi bersama keluarga. Malas betul aku nak melayan sebarang cerita terutamanya berkaitan poliTAIK.

Maklumlah, minggu lepas kesibukan melayan tetamu yang melawat kapal sempena LIMA 2009 dengan 1001 macam orang yang bertanya 1001 macam punya soalan. Layan ajerrr...

Puas aku menikmati percutian yang tiada langsung gangguan berkenaan urusan kerja. Itulah untungnya kalau dibuat perancangan awal "Now Everyone Can Fly" sekalipun aku tersangkut sekejap kerana motto syarikat tu dah bertukar ke "Now Everyone Can Wait!".

Memang betul bagai dikata, bercuti di dalam negeri lebih mahal kalau kita bercuti ke luar negeri sekiranya dibuat perancangan awal.

Hari ini, aku masih lagi merasa B-Zzz!!!...

Wednesday, December 09, 2009

Dom Perinon....

Aku cuba tidak berburuk sangka tapi masih tertanya-tanya, apakah minuman yg terdapat di dalam gelas yang PM 1Malaysia yang kononnya mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian?

Setakat yang aku diajar dan difahamkan, tak kira minuman apa hatta air kosong sekalipun, kalau diniatkan ianya umpama wain atau champagne, nescaya ianya akan menjadi haram untuk umat Islam minum.

Semoga tiada niat di hati duda Altantuya utk menyamakan minuman tu dengan wain atau sekasta dengannya takut-takut nanti terpecah perut akibat doa TGNA.

Kalau dulu boleh dibenarkan janji Ada Had dan Ada Harinya tapi tak tahu ler pulak dengan konsep 1Malaysia ni. Buleh jugak kut nooo... sebab aku adalah PM 1Malaysia.

Sekali imbas macam sama ajer warna air gelas yg dipegang dengan gambor di bawah...



Soklan Cepu Emas...

Siapa yang ingin mengerakkan atau cas kefala hotak sendiri, sila layari link ini dan jawap beberapa soklan yg dikemukakan...

Selamat Mencuba...

Jualan Murah Kamdar, Memang Berbaloi...

Berapakah nilai harga diri mereka semua ini? RM200 atau sehelai sejadah atau pelikat atau kain batik? Padahal yang tidak menjaga sensitiviti dan perasaan orang meLAYU adalah dari golongan orang meLAYU itu sendiri.


So, sekarang siapakah sebenarnya yang rasis?

Nabil kata "Lu pikir la sendiri".

Aku kata pulak "Parti melayu yang nama pun masih menggunakan bahasa penjajah".

TDM kata "UMNO parti rasis"

Member aku kata "Dlm Bachelor Nite Party, langsung tiada rasis, semua adooo!!!...". Setan betui hang nooo...

Kesimpulannya UMNO Yang Rasis...


Nazri Kangkong yang pernah suatu ketika dahulu menjilat segala muntah dan berak semua PM telah menuduh TDM seorang yang rasis. Seperti biasa, bagi orang lama di dalam politik dan pengalaman tinggi yang tak kesampaian oleh orang yg mengaku lebih hebat hanya kerana masih menjadi menteri hanya menunjukkan betapa parti melayu yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah inilah yang sebenar-benar rasis.

Saya memetik kenyataan TDM kepada pemberita dari sini seperti berikut:

“He (Nazri) said I am racist? Don’t ever say he is not, because he knows everything very well. He belongs to a party and that is a racist party, which is Umno. Umno is a party ‘perkauman’ and it’s meant only for Malays and nobody [else] can join in. So he is in a racist party but said he is against racism. So he should resign from the party,” Dr Mahathir had told reporters at the Kuala Lumpur Convention Centre today.

Faham sendirilah apa maksud TDM tu... Kalau dah disahkan bahawa parti melayu yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah adalah RACIST bermakna semua ahlinya adalah rasis jugak. Kalau sesiapa yg mengatakan dirinya tidak rasis, maka seharusnya mereka keluar dari parti racist tersebut, kan kan kan...

Yang pasti, aku masih menghormati TDM sebagai BAPA PEMBANGUNAN yang telah membawa aku ke persada dunia dengan limpahan nikmat-Nya dunia dan akhirat.

Baru Aku Terperasan...

Selepas aku melayari beberapa blog bagi mendapat pelbagai pandangan terhadap pelbagai isu semasa, baru aku terperasaan sesuatu yg mengejutkan jiwa raga aku. Sedih dan geram serta seangkatan dengannya bermain-main di kefala hotak ini.

Terima kasih Abg Isham di atas penulisan seperti di bawah yang adik ciplak bulat-bulat. Nampaknya masih ramai yang tertipu, ditipu dan menipu di dalam melaksanakan tugas masing-masing memandangkan meLAYU mudah lupa...


YANG INI TIGA MATI - TAK ADA TANGKAPAN



YANG INI DUA MATI CEPAT TANGKAPAN



DUA DITAHAN KES KERETA TERJUMAN DI KB MALL - malaysiakini

Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian sebuah kereta yang menjunam jatuh ke dalam pasar raya KB Mall di Kota Bharu dua hari lepas yang membunuh dua pelajar kolej kejururawatan.

Ketua Polis Kelantan, Abdul Rahim Hanafi berkata lelaki berusia 20-an itu di tahan pukul 3 petang semalam, manakala yang perempuan ditahan malam tadi di rumah masing-masing.

"Kedua-duanya kini direman beberapa hari bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dikaitkan menyebabkan kematian dalam insiden itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu, hari ini.

KAH KAH KAH..

woit… BUKAN MAIN CEPAT TANGKAPAN DILAKUKAN… kah kah kah..

kah kah kah… MASA DI KUALA DIPANG ADA TIGA PELAJAR MATI… kah kah kah..

kah kah kah… SAMPAI SEKARANG TAK ADA TANGKAPAN… kah kah kah…

kah kah kah… NAMA KONTREKTOR PUN TAK SEBUT…kah kah kah…

kah kah kah… KANUN KESEKSAAN 304 INI TIDAK PULA DI GUNAKAN DI KUALA DIPANG… kah kah kah…

woit… PASAL APA?... PASAL APA?.... INDIA MATI OK KE ?... kah kah kah….

kah kah kah… KALAU NAHAS DI NEGERI PAKATAN… CEPAT KENA TANGKAP…kah kah kah…

Tuesday, December 08, 2009

Short & Sharp...

Aku respect (dan suspect) kepada org-org kanan MCA yang sanggup meletak jawatan demi untuk memulihkan parti mereka sekalipun sebenarnya ianya adalah sebuah parti Malay Controlled Association sbb Mat Sembam pun suruh depa letak jawatan.

Inilah yang dikatakan pemimpin bermaruah dengan hanya mementingkan perpaduan dan keutuhan parti demi masa depan perjuangan menjaga bangsa Cina sekalipun ianya tidak lebih macam Malay Controlled Association hatta terpaksa melepaskan jawatan yang disandang.

Bagaimana pulak dengan org-org kanan sebuah parti yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah pulak terutamanya Nazri Kangkong? Adakah dengan melabel TDM sebagai racist dilihat seperti kacang lupakan kulit, anak derhaka dan bermaruah?

Inilah contoh barisan kepimpinan parti melayu yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah. Kalau TDM pun mereka tidak menghormati, apalah sangat akar umbi dan rakyat jelata. Tiada istilah menghormati mereka-mereka yg telah meletakkan org-org kanan parti melayu yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah di dalam kefala hotak mereka melainkan sewaktu pilihanraya dan pemilihan parti.

Tu pun masih ada orang yg buta perut gagal melihat dan menilainya...

Catatan Ringkas Di Masa B-Zzzz...

Menarik ada, yang tak menarik pun ada. Semua kenyataan tersebut pastinya bergantung kepada expectation para pengunjung Pameran LIMA 2009 yang telah berlalu. Seronoknya aku kerana dapat belayar pulang ke Tanjung.

Begitu juga di dalam beberapa isu semasa terutamanya berkaitan poliTAIK di 1Malaysia yg tak ubah macam meniru konsep Malaysian Malaysia dan One People One Nation One Singapore.

CEO Ariffami
Desakan agar beliau melepaskan jawatan dengan segera tidak lebih dari mempunyai agenda tersendiri oleh pihak-pihak yg berkenaan tak kira samada dari PAS atau pun parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah.

Kalau nak resign, kenalah dibuat proper hand-over agar penggantinya tahu kepala-ekor perkara-perkara yang harus dilakukannya. Kalau tidak, tiada kesinambungan kerja yang hanya akan menyusahkan pihak pengurusan di masa hadapan.

Aku rasa lebih afdal sekiranya pihak-pihak berkenaan terutama golongan muda dari parti melayu yang masih menggunakan bahasa penjajah membuat desakan yg sama agar semua pesalah seperti di dalam Laporan Audit Negara diambil tindakan.

AP Gula
Alasan yg diberikan oleh menteri berkenaan hanya menunjukkan bahawa mereka masih tidak faham apa yg dikatakan teori ekonomi penawaran vs permintaan atau di dalam bahasa penjajah supply & demand.

Kalau masih dimonopoli oleh sesetengah pihak yg menjadi kroni KERAjaan, bagaimana harga boleh dikurangkan. Cuba pecahkan monopoli tersebut dan buka kepada siapa saja yang nak import. Bila penawaran tinggi, pastinya harga akan menurun dan subsidi KERAjaan boleh dikurangkan.

Kalau dibimbangkan pengusaha tidak mahu mengimport gula mentah sekiranya pasaran dunia tinggi, aku rasa itu merupakan alasan yg tidak berapa munasabah. Mustahil pengusaha tidak mahu mengimportnya kerana ketiadaan bahan mentah hanya akan menyebabkan kilang mereka tidak beroperasi yg membawa maksud akan berdepan masalah kewangan. Peniaga mana yang nak biarkan perkara itu berlaku?

GST
Ada yang mengatakan ianya bermaksud Golongan Susah Tertindas kerana menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan akan naik.

Bagi aku, ianya tidak membebankan sangat kerana sekarang ini pun rakyat telah membayar cukai barangan & perkhidmatan yang telah peniaga built-in di dalam harga barang & perkhidmatan mereka seperti bil telefon, bil restoran, hotel, workshop dan lain-lain. Cuma orang 1Malaysia saja yg tak perasan.

Soal yang menjadi pokok utama adalah sejauh manakah kualiti barangan & perkhidmatan yang ditawarkan berbaloi dengan GST yang harus kita bayar? Kalau masih tidak setanding dengan negara lain yg telah mengenakan GST seperti S'pore, seeloknya menteri berkenaan berhenti dari dok buat cadangan yg hanya akan menjejaskan keharmonian negara.

Jangan lupa bahawa di Hong Kong telah berlaku tunjuk perasaan besar-besaran suatu ketika dahulu menentang perlaksanaan GST kerana aku bimbang perkara yg sama mungkin akan berlaku di 1Malaysia yg pastinya mencemar nama baik negara hingga menyebabkan pelabur baru dan lama lari ke tempat lain.

Ketua SPRM Pencen Awal
Pencen awal atau tidak, aku rasa sukar untuk memulihkan integrity agensi berkenaan yg telah tercemar teruk melainkan tindakan drastik mengatasi isu siasatan & pendakwaan terpilih-pilih dibuat.

SPRM (atau dikenali sebagai komponen baru Beer-N) harus bertindak tanpa ada pilih kasih tanpa ada rasa takut bak kata org kampung aku MACC should act and seen to act without fear or favour.

Namun, itulah suasana yang berlaku di dalam arena poliTAIK 1Malaysia yg mengamalkan demokrasi dengan menjadikan kegilaan untuk berkuasa bagi 1001 macam tujuan sebagai kiblat. Ada yang sanggup diperbodohkan, ada yg memang dah bodoh lagi sombong dan ada juga yang bengong tak berotak untuk berfikir secara waras.

Keletihan semasa LIMA 2009 masih aku terasa seperti baru semalam berakhir. Elok aku berehat sebentar bersama Kit-Kat agar time berbasikal petang nanti tak semput.

He. hee.. heee...


Thursday, December 03, 2009

Teruk vs Teruk x 2 vs Teruk x 3...

Aku tidak mahu copy & paste keseluruhan penulisan TDM mengenai UMNO, parti melayu yang nama masih menggunakan bahasa penjajah.

Cukuplah sekadar aku menjemput para pembaca untuk melayari isihati seorang yang telah membangunkan Malaysia untuk kita nikmati seperti hari ini. Walaupun dibelasah dengan pelbagai isu seperti rasuah, kronism dan yang sekasta dengannya, paling tidak dapat jugak aku merasa kek berkenaan berbanding dengan Pak BODOlah yang tidak memberi barang sedikit pun kek utk rakyat seperti aku menjamu selera.

Najib pulak dilihat penuh dengan kontroversi saja berbanding prestasi selain retorik semata-mata. Mulai tahun ke depan-depan dapat kita saksikan perlaksanaan GST yg pastinya menaikkan harga barangan.

Aku rasa Kem. Kesihatan ke depan-depan tak perlu order insulin lagi kerana rakyat 1Malaysia tiada penyakit kencing manis disebabkan kenaikan harga gula. Yang ada hanyalah penyakit kencing orang.

Paling aku takut bila KERAjaan tidak membenarkan lagi penggunaan motosikal kerana terdapat banyak kemalangan maut melibatkan kenderaan jenis ini terutama di musim perayaan. Alasan yg sama bodoh dengan menteri yg jaga harga barang bagi berkaitan subsidi gula.

Yang nampak elok pun bilamana nak beli minyak kena guna MyKad. Itu baru real subsidi hanya untuk rakyat Malaysia saja. Tapi jgn pulak lepaih ni semua brg/perkhidmatan yag bersubsidi perlukan MyKad... Dah jadi lawak 1Dunia la pulak.

Kesimpulannya, org kata TDM teruk, rupanya Pak BODOlah lagi teruk. Tang Najib pulak, lagi-lagi terukkk!!!...

Mungkin Keranda Sudah Tidak Terbang Lagi...

Aku amat bersetuju sekiranya KERAjaan melalui Bini Rosmah ingin membeli Eurocopter EC725 bagi menggantikan perkhidmatan helicopter Nuri yang telah dianggap sebagai keranda terbang. Cuma aku berharap tiada lagi awek manis yang cantik lagi seksi akan mati dan diletupkan dengan C4.

Tak kisah model mana yang menjadi pilihan tapi sudah sampai masanya pihak-pihak yang berkenaan agar dapat menyegerakan proses procurement bagi mengganti Nuri ni.

Bini Rosmah pun dah kata masa pilihanraya kecil Bagan Pinang bahawa kebajikan anggota tentera akan dijaga sekiranya mengundi Beer-N. Sekarang tibalah masanya Duda Altantuya mengotakan janjinya pada semua anggota tentera dengan memastikan mereka selamat sekiranya terbang bersama Nuri.

Cuma yang paling aku bengang sangat adalah kekalutan Menteri Pertahanan nak ganti pesawat pejuang MIG-29N dengan pesawat lain kononnya kos penyelenggaraan yang tinggi. Setakat yang aku tahu, pesawat pejuang kita ni tidak pernah pun terlibat di dalam peperangan. Lebih banyak penerbangan latihan atau rondaan untuk meningkatkan jumlah jam penerbangan pegawainya sahaja agar rating naik. Rasanya belum cukup haul dan nisab utk digantikan dengan pesawat dari Eropah berbanding dengan Nuri tu. Rasa baru sangat kita menghabiskan duit rakyat bagi pembelian MIG-29N ni.

Malah di kalangan pegawai TUDM yg menjadi sahabat karib aku pun hairan dengan cadangan ini sedangkan mereka dah lama meraung agar digantikan Nuri tu dulu. Ada di antara mereka seperti code-name Mej Jay-Borg yang sedih dengan penggantian kerana bagi mereka pesawat MIG-29N ni merupakan yang terbaik dan teknologinya direka untuk berkhidmat selama lebih 25 tahun.

Adakah ini sebagai tindakbalas terhadap sambutan dingin pihak Russia di dalam pameran LIMA 2009 atau adakah ianya lebih kepada mengulangi proses pembelian kapal selam KD Altantuya yang hanya menyaksikan lebih kontroversi dari prestasi hingga ramai yang hilang harga diri.

Aku nak merisik khabar kat Dewan Pameran LIMA 2009 nanti...

Jangan Kata Aku Mudah Lupa...

Once upon a time in Pahang, MB dia memberi alasan bahawa pergelangan tangan dia terseliuh dan sakit seterusnya menafikan bahawa beliau mengeluarkan isyarat lucah. Tapi gambor di sebelah ni menceritakan segalanya bahawa rakyat yg bukan menjadi ahli parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tidak BODOH untuk menilai samada tindakan itu lucah atau tidak. Malah, di dalam youtube ini juga ada menyiarkan aksi beliau melakukan tindakan tersebut. Jadi kenapa masih terdapat manusia yang mempercayai bahawa beliau sakit terseluih pergelangan tangan?

Kalau dilihat pada gambar ini pulak yang memang sah ahli salah satu sayap parti melayu yang masih menggunakan bahasa penjajah, terasa malu sungguh aku nak mengaku bangsa meLAYU. Gelagat kaum hawa yg masih muda ini tak ubah seperti gelagat para penari tarian erotik di Phuket yg suka bontotnya "dimasuki". Betui ka depa dok kata yg gadis meLAYU ni terkenal dengan adab kesopanan? Mungkin tidak... dulu memang ya. Skrg ni yg ramai gadis/wanita meLAYU di kelab malam terdiri dari bangsa meLAYU itu sendiri

Kalau gadis meLAYU yg menjadi ahli parti melayu tapi dok guna bahasa penjajah lagi macam di atas sudah tidak tahu malu, membelakangi batas-batas kesopanan, tidak kurang hebat jugak dengan pemudanya. Kalau nak tunjuk kepada orang ramai bahawa mereka adalah gay-boy, janganlah sampai memalukan bangsa sendiri dan nama parti melayu yg masih menggunakan bahasa penjajah.

Begitu jugak dengan ADUN sorang ni di Penang. Bolehkah kita mempercayai bahawa beliau tidak menunjukkan bontot busuknya itu sebaliknya tunduk untuk mengambil beg selepas kita tahu bahawa perkara yg sama telah dinafikan oleh Adnan selain gelagat ahli partinya yg suka pada aksi lucah??? Ini ditambah pulak dengan keengganannya untuk melihat akti "ghairahnya" melalui rakaman CCTV.

Aku berpendapat bahawa beliau sengaja bertindak demikian untuk membuat publisiti murahan kononnya ada konspirasi PR bagi menghalang beliau dari terus mengkritik Kerajaan Penang. Amboih, hebat sangatkah ADUN Penaga ni... Nak termuntah aku!!!...

Tepuk dahi tanya diri sendiri. Aku tak mau tepuk dahi sendiri sebab dah lama tak percaya pada mereka terutama team pemuda. Aku sayang pada parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi benci yg tak terhingga dengan keBODOHan para pemimpin dan pencacai serta juak-juaknya.

Biarkan Luncai Terjun Dengan Labunya

Alhamdullillah... Hari ini dah masuk hari ke-3 penglibatan kapal aku di dalam LIMA 2009. Tiada aturcara padat terutama lawatan VIP. Kesempatan ini aku gunakan untuk memberi perlepasan kepada XO dan seramai mungkin crew untuk meronda sekitar Langkawi bagi tujuan membeli-belah atau makan angin. Biar aku pulak stand-by di sini.

Banyak topik hangat berlegar-legar di media maya ini. Naik biol mata nak membaca kesemuanya. Antara yg menarik:

Doa Nik Aziz
Aku rasa biarlah dia dengan doanya kerana di dalam kita meminta atau memohon sesuatu daripada Ilahi, hanya Dia saja yang Maha Mengetahui samada akan diperkenankan / dimakbulkan doa berkenaan. Jadi tak perlu kita melatah tak tentu arah dengan pelbagai tindakan yang hanya mencerminkan keBODOHan diri sendiri yg telah sedia bodoh di sisi Allah S.W.T.

Mungkin dari segi moral, ianya dilihat tidak sesuai utk mendoakan sesuatu yg tidak elok kepada orang lain tetapi kepada siapakah lagi harus kita memohon pertolongan dan petunjuk sekiranya dirasakan diri telah dianiaya kalau bukan dari-Nya?

Aku rasa ahli parti yg nama masih menggunakan bahasa penjajah ni melompat sakan sebab mereka tahu yg doa org yg teraniaya akan dimakbulkan-Nya seperti yg diajar oleh guru-guru agama masa aku sekolah dulu. Kalau bala dan Si Bala P.I melanda PeeM, dengan depa-depa sekali terkena tempias.

Pijak-memijak, bakar-membakar gambar
Bila DAP menjadikan gambor pengkhianat parti mereka sebagai alas kaki, riuh rendah 1Malaysia. It takes a great man to say sorry which DAP dah pun meminta maaf. Aku masih lagi menunggu ahli parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah untuk meminta maaf kerana membakar gambar Ketua Menteri Penang.

Kalau tiada permohonan maaf, aku rasa budaya ini adalah diterimapakai oleh parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah. Hanya mereka saja yg berhak bertindak sedemikian sekalipun pernah mereka berkata budaya tersebut adalah budaya beruk. Feedback yang aku dapat mereka mengatakan "Itu kenyataan dulu-dulu, sekarang lain".

Yang seronoknya, aku rasa puak yg bakaq gambor ni adalah golongan yg hanya tahu berniaga dengan KERAjaan saja. Tak hairan kalau mereka berdemo sebab syoru dah miss.

Subsidi gula
Aku rasa KERAjaan tidak berani untuk mengambil tindakan sehingga harga gula naik. Isu ini hanya dibuat untuk mengalih perhatian dari isu yang panas seperti isu yg telah aku nyatakan di atas. Mahu tak mahu, menteri berkenaan terpaksa memberi pelbagai alasan BODOH dan dilihat sebagai lembu yg dicucuk hidung. Nak elak kencing manis, naikkan harga gula. Nak elak darah tinggi, kasi naik harga garam pulak. Apa punya tur laaa...

Cuba pecahkan monopoli pengeluaran gula, kasi open market dan apply teori supply & demand. Rasanya subsidi boleh dikurangkan, harga gula sukar nak naik, tak gitu? Sebab tu aku kata isu ini hanya cubaan untuk mengalih perhatian ajer.

Parti Makkal Sakthi
Baru 7 bulan umur dah ada perebutan jawatan. Itulah antara contoh kalau berpolitik hanya untuk kepentingan diri sendiri bagi memastikan kekayaan dapat dibuat dengan segera seperti mana ahli parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah selalu dok buat sekarang ini.

Lagipun aku turut merasakan org kuat MIC mungkin ada di belakang tabir sehingga memporak-peranda parti komponen Beer-N yg dilancar ala-ala mee segera. Tak pun, semua dah mabuk Beer!

Last but not least adalah contoh orang-orang yg dikategorikan sebagai pencacai dan penjilat tegar di kalangan ahli parti melayu yang nama masih menggunakan bahasa penjajah. Kita lihat dan baca isu BTN di mana Mat Sembam dan Kak Ijat yg kalah masa PRU-12 di Lembah Pantai dah buat kenyataan. Last-last, Nazri Kangkong buat kenyataan bersetuju yg modul BTN ni tak berapa kena. Morale of the story, janganlah kita cepat melatah membuat kenyataan sebelum mendapatkan maklumat lanjut yg lengkap dengan fakta-fakta yang tepat. Kelak akan hanya memancarkan sinar keBODOHan yang telah sedia terpancar di dahi mereka...




Wednesday, December 02, 2009

Punyalah Bzzzz...

Dah masuk hari ke-2 Pameran LIMA 2009 di mana kapal aku pun terlibat sama di dalam membuat static display utk dilawati oleh mereka-mereka yg ingin melawat.

Info yang dapat memaklumkan bahawa para pelawat ke kapal aku akan meningkat selepas masa makan tengahari terutama dari anggota tentera laut negara luar.

Sebab itu aku hanya memetik bintang-bintang dari blog para sahabat lain memandangkan aku tidak berkesempatan untuk membuat tafsiran aku sendiri.

Dah menjadi adat, ole-ole harus diberikan kepada para tetamu, jadi kenalah aku memastikan semua anggota terutamanya cabin crew bersedia.

Apa-apa pun, kita menjamu selera dahulu di upper deck kerana cuaca mendung, angin bertiup ringan, sesuai utk menjamu selere bersama kakitangan.

Buy, buy!!!...

Patut Gerombolan Fobia Dengan Nama Ini...

Anwar berkedudukan nombor 32 dalam senarai FP Top 100 Global Thinkers 2009


32. Anwar Ibrahim

for challenging the Muslim world to embrace democracy.

Opposition leader | People's Justice Party | Malaysia

Two decades ago, it would have been impossible to imagine Anwar pulling together rural Malays, ethnic Indians and Chinese, and Islamists into a coherent political bloc. Back then, Anwar was deputy prime minister in a de facto single-party state that espoused preferential treatment for ethnic Malays. It was a policy that Anwar had pushed from his days as a youth leader right up until 1997, when he denounced his patron, then-Prime Minister Mahathir Mohamad, for corruption. He would spend the next six years in solitary confinement on trumped-up charges for that political betrayal. And he would leave jail in 2004 with a bold message for change in a country now at the forefront of the struggle for democracy in the Muslim world. Today, Anwar's political career is blossoming, despite a new, politically motivated indictment. Abroad, he has become an outspoken advocate of religious tolerance.

He sat down with Foreign Policy to talk about his big ideas:

On Muslim countries and the West: You can't just erase a period of imperialism and colonialism. You can't erase the fault lines, the bad policies, the failed policies, the war in Iraq, and support for dictators. That to me is the reality. But what is the problem? When you … apportion the blame only to the West or the United States. They want to deflect from the issue of repression, endemic corruption, and destruction of the institutions of governance.

On his time in prison: I spent a lot of time reading. I decided to focus on the great works and the classics. Friends from around the world were sending books, but it takes months for [the prison] to vet them. There came a book on the Green Revolution at that time. The officer said, "Anything revolution -- out!" even though it was about agriculture. But the books kept coming. The officers were not even graduates, and [the books] were in English. They would say, "Anwar, out of 10 books, can you send back one?" So I would select something I had already read or something I was not interested in and say, "We should reject this."

On politics: Of course, you simplify the arguments [for politics], but the central thesis remains constant. People say, "Anwar, you are opportunistic. How can you talk about Islam and the Quran here, and then you talk about Shakespeare and quote Jefferson or Edmund Burke?" I say, it depends on the audience. You can't talk about Edmund Burke in some remote village in Afghanistan. Then you go to Kuala Lumpur and you quote T.S. Eliot. If I quote the Quran all the time to a group of lawyers, [they will think] I am a mullah from somewhere!

Kalau Sibuk, Petik Ajer Bintang-Bintang...


Hanya kerana berdoa, Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz telah dikecam hebat oleh gerombolan UBN.

TGNA mendoakan supaya Najib dibuka pintu hati dan mengembalikan royalti kepada rakyat Kelantan, namun sekiranya masih enggan dipohon dikenakan bala kepadanya.

Dua perkara TGNA memohon melalui doanya itu :

1.Supaya dibuka hati Najib dan mengembalikan royalti kepada rakyat negeri Kelantan.

2. Supaya dikenakan bala keatas Najib jika enggan mengembalikan royalti kepada rakyat Kelantan.

Bukankah TGNA telah mendoakan kesejahteraan keatas Najib supaya Allah bukakan hijjab pada hati Najib untuk melakukan kebajikan kepada seluruh rakyat Kelantan dengan mengembalikan hak mereka keatas royalti tersebut?

Andainya Najib sendiri tidak reda supaya Allah membukakan hatinya demi keadilan keatas hak rakyat Kelantan, berarti Najib sendiri memilih supaya bala menimpa keatas dirinya.

Doa TGNA sekadar membantu Najib agar Allah qabulkan pilihan Najib ; samada Najib reda membukakan hatinya untuk buat kebajikan, atau menolaknya dan memilih bala menimpanya.

Jadi, dimana salah silapnya doa TGNA sehingga ada yang memprotes dan menuntut TGNA bersara? Bukankah lebih baik mereka ikut sama doakan supaya hati Najib terbuka.

Jelas bahawa gerombolan ini lebih suka hati Najib terus tertutup daripada mendapat hidayah supaya mereka semua dapat meneruskan agenda mereka yang semakin reput dan membusuk

Lebih 50,000 penyokong Umno berhimpun di hadapan pintu masuk ke Kota Darulnaim pagi kelmarin mendesak TGNA meletak jawatan. Lihat sini/ end

Tuesday, December 01, 2009

5-09


Dapat jugak peluang aku bernafas sekalipun di dalam lumpur. Punya sibuk melayan para tetamu ke kapal aku ni. Maklumlah, jadi CO ni kenalah beramah mesra terutama tetamu dari luar negara yang berkemungkinan menjadi potential buyer. Nak lepas pada XO buat semua nanti, kesian plak kat dia.

Esok aturcara agak padat. Hari ni pun padat. Maklumlah, hari perasmian LIMA 2009. Hanya sempat curi-curi masa membaca pelbagai berita semasa di dalam perjalanan ke dewan perasmian. Itulah kelebihan Blackberry Storm dan yg sama waktu dengannya. Tak perlu usung laptop ke hulu ke hilir.

Apa yang menarik perhatian aku mengenai berita hari ini adalah demonstrasi oleh Pemuda parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah. Dari sumber kekawan di Penang, mereka mengatakan sekali pandang bukan melayu tulin yang ramai tapi lebih kepada puak India Muslim atau dgn bahasa lain mamak Penang.

Tapi tak terkezut aku kerana puak ni memang ramai terutama di dalam parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah bahagian Tanjung. Sekali ada meeting, rasa macam meeting MIC plak, heheeheee...

Memandangkan kesibukan dengan pelbagai aturcara sempena LIMA 09 ni, rasa malas nak membuat posting. Letih rasanya badan ni. Kena pulak jururunding cuaca yang dilantik penganjur memang power, panaih sungguh!!!... Ada kelapangan, mata kira nak lelap ajer.

Jadi kepada mereka yang ingin menyaksikan pameran LIMA 09 ni jangan lepaskan peluang utk bersama-sama Anak Langkawi di sini. Pelbagai pertunjukkan udara dan laut disediakan bagi tatapan anda.

Nak melawat kapal aku pun boleh. Ada perkhidmatan bot membawa tetamu disediakan pihak Awana Porto Malai. Kapal aku berada di Golf Romeo 231-992.

Jemputlah!!!...