Wednesday, February 24, 2010

Lagi Petua Untuk Dikongsi Bersama...

Petua mudah ini rasanya ramai yang dah tahu. Aku sekadar nak kasi gentle reminder, berpesan-pesan pada semua.

KALAU NAK MENGELAKKAN KELESUAN TERUTAMA DI MUSIM PANAS INI, PASTIKAN BADAN ANDA MEMPUNYAI KANDUNGAN AIR YANG MENCUKUPI. MINUM BANYAK AIR YANG HALAL.

Macam kereta anda jugak, kalau kureng air dia akan semput dan poket anda jugak akan turut semput kalau semputnya semakin melarat.

Kah kah kah!!!...

Friday, February 19, 2010

Jom Naik Kapal Amusement Cruise To Nowhere...


Apa yg menarik pasai kapal tu? Haaaa.... kalau nak tau, itulah kapal yang akan belayar ke perairan antarabangsa kemudian penumpang buleh berjudi. Bertolak petang dari Port Swettenham kemudian sampai balik esok pagi.

Antara judi yang menarik sekarang ni selain dari mesin jackpot dll adalah pertaruhan samada kerusi DUN Kota Siputeh Kedah kosong atau tidak.

Dalam pelayaran aku ke Port Kelang, radar kapal aku dah pick-up satu signal dari kapal yg tak buleh selam mengatakan KERUSI ITU AKAN DIISYTIHARKAN KOSONG OLEH MAHKAMAH.

Jadi sapa nak berjudi ngan aku? Amboih, kasaqnya bahasaaa... Okeylah, sapa nak betting ngan aku?

Toksah dok mai citer pasai haram berjudi/betting ni pasai yg hampa dok beli no ekoq tak haram ka?

Kah kah kah!!!...

Mai Tengok Sendiri...

Angin yg agak kencang di perairan utara Malaysia membawa berita bahawa um-NO Bhgn Tanjung akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada 26-2-10 nanti. Dikhabarkan bermula dari Masjid Kapitan Keling lepaih tu sampai tang mana, berita kureng jelas sbb angin kuat sangat.

Tak kisahlah nak buat ka atau tak buat perarakan tersebut, bukannya satu yg menyeronokkan aku. Cuma kalaulah dibuat, aku nak tengok berapa ramai org yg dok marah kat KERAjaan Penang yang tak nak buat perarakan peringkat negeri menyertai perarakan tersebut.

Jangan pulak dok bangga dengan peserta yang ramai tapi terdiri daripada para pelajar, pelatih PLKN dan yg sekasta dengannya saja sedangkan yg dewasa terutama dari parti yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah tapi kecoh pasai bahasa kebangsaan hilang entah di mana.

Berita media yg milik depa sure kata beribu-ribu lemon tapi gambar sekitar perarakan tersebut bakal mengesahkan perangai depa-depa tu.

Lagi pun, mai tang negeri yg dikuasai oleh umNgok tak buat perarakan seperti diceritakan di sini dan di sini tarak sapa pulak yang berani nak komen. Haloo!!!... Yuhuuu... Mana dia team PEMUDA um-NO pi habih. Hawat tak belasah KERAjaan negeri tu.

Perlu diingat jugak, mana pi suara-suara sumbang hampa semua bila Nazri Kangkong pun kata Kristian di Sabah/Serawak buleh pakai kalimah "Allah" tapi di Semenanjung ni harammm... Inilah bahana kalau ilmu Islam didapati bukan melalui kaedah pembelajaran.

Yang aku pasti, lepaih berita ni tersebar, akan ada "wahyu" turun suruh depa buat perarakan jugak. Kalo buat, bulehlah tibai Penang sbb itu saja strategi yg depa ada tapi I think it's too late already.

Apa-apa pun, meh kita nantikan hari "bersejarah" tersebut.

Kah kah kah!!!...

Wednesday, February 17, 2010

Terkezut???... Dak Pun! Aku Tau Skripnya...

Perlukah aku terkezut dengan berita ini?

Tak perlu kerana aku tahu kesudahan cerita drama swasta yg dibuat di Malaysia ni. Malah tidak perlu untuk aku menyertai penulis ini di dalam mengucapkan tahniah kepada agensi berkenaan.

Banyak lagi kes-kes seperti yg diperkatakan di sini dah kena penyakit kuku dan mulut sampai terus bisu. Tak perlu kita desak agar Menteri berkenaan resign kerana semua agensi penguatkuasa apa sekalipun telah dicucuk hidung mengikut kata tuan dia.

Adatnya, hanya gah kalau time tangkapan saja tapi susulan dari itu, semuanya diam dicampur pulak ngan wahyu yg turun dari langit, lagi-lagi la bisu.

This is the land of Malaysia Boleh!!!... where dasar apartheid dilaksanakan secara halus yg lama kelamaan akan menjadi kasar kalau kita masih tidak sedaq atau masih mudah menggadaikan maruah.


Saturday, February 06, 2010

Home Sweet Home But Not So Sweet...

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Selepas selesai tugas mengumpul emas di negeri orang, at last aku berjaya membawa pulang hasil tersebut ke negeri sendiri. Paling seronok dapat berjumpa dengan ahli keluarga dan yang paling paling seronok dapat jumpa bini. Kah kah kah!!!...

Selalunya, bekas girlfriend aku (mestilah bekas sebab title dia sekarang adalah isteri aku yang sah) akan mengucapkan "Home Sweet Home, let's go and make our kids happy" dan kami akan meronda sekitar Penang bersama anak-anak.

Malangnya, aku tersangkut di dalam kesesakan lalulintas yang boleh tahan jugak teruknya. Check punya check, rupanya ada perarakan. Terpaksa aku kona ke tempat lain melalui jalan lain. Anak buleh tanya plak "Daddy, How those monkeys manage to reach Macalister Road. It is a long way from Botanical Garden". Bini aku senyum ajerrr... Susah nak jawap.

Semalam aku meronda bersama Dell untuk mengetahui apakah sebenarnya perarakan yang berlaku. Seperti yang aku duga, tepat sangkaan aku. Ianya bukan perarakan tetapi satu demonstrasi.

Malas aku nak menulis pasal beruk-beruk, kera-kera, munkee-munke yg terlepas dari Botanical Garden ni. Kalau hampa semua nak tahu, layari link yang aku sediakan untuk anda di mana aku pun rasa hampa pun 2 x 5, 5 x 2, malas nak membaca dan menggunakan otak untuk menilai.

Satu dok tang ni, satu lagi tang sini dan last sekali tang sini. Malah tang ni pun hampa buleh baca. Kalau aku click click here, click click there, click here, click there, click, click, click, dah jadi tersangatlah panjangnya posting aku nih.

Lepas ni, aku nak beristirehat bersama keluarga ke Bukit Merah Lake Town dan diucapkan selamat bercuti kepada aku, hahaahaaa...

Wednesday, February 03, 2010

Aku Dah Kata, Rakyat Mudah Dipesongkan...

Sebelum ini aku pernah menulis mengenai permasalahan di sekolah melalui beberapa posting. Kali ini, aku click click here, click click there, click here, click there, click, click, click lagi towards putting some weight on my previous posting.

Baca dan renungkan sendiri kerana pasti suatu hari nanti ianya akan berlaku kepada anda (itu pun kalau umur panjanggg...)

FEB 3 – I first heard about it a couple of weeks ago from a friend who said a friend told him so. Since it cannot be “independently verified”, I dismissed it as rumour and hearsay. That was until last week when I heard about it again.
This time, it was on the radio. You know, those shows on which the presenter or announcer or DJ (they are known by many designations) take a hot current topic and ask listeners to phone in and comment?
The topic that day was “excellent” or “high performance” schools, a new concept unveiled by our DPM cum Education Minister recently.
After the few early callers, a lady who was put on air. But instead of commenting on the topic she went on to say that her children who were studying in a boarding school have been told to go home every weekend. Reason being, the school (which she did not name) could no longer provide meals for the students during weekends.
Apparently, the days of giving hostel students meals seven days a week are gone. Why? Well the lady claimed she was told that the school’s annual budget had been slashed. Meaning the school is running on less money.
For some “hostelites”, going home every weekend is not only troublesome but costly as well. It is a burden on the parents, too. Fetching their children from hostel every Friday and sending them back every Sunday is also troublesome and costly .
The lady caller is one such affected parent. Hence, her tirade on live radio to vent her anger at the government and calling the authorities to be “fair” and “sensitive” towards the plight of the not-so-well-to-do folk. It was quite an earful for the poor radio presenter, who could only muster a “huh huh, ya ya” and a quick “thank you for your comment” routine before gladly taking other calls.
But it did not stop there. Several calls later, another listener called in to say that at the hostel his son was staying, students now had to do group study sessions in the canteen. They used to study in classrooms but not anymore. The lights in the classrooms are now switched off. Reason? Apparently to save on electricity bills, i.e., cut costs, i.e., austerity drive.
Again, the caller did not name the school. Again, the allegation could not be “independently verified”. As such it remained “allegation.”
But then, such “allegations” were hurled about publicly over live radio! Surely, the callers wouldn’t have been “that bold” and “that brave” if they were not telling the truth? Would they? I left it at that.
Over the weekend I bumped into an acquaintance who happened to be a hostel warden. He is a school teacher but, as warden, he is additionally tasked with looking after the well-being and security of students staying in his school’s hostel.
I asked him if it was true that students are now required to go home on weekends.
“Yes,” he said. Initially, all students were instructed to leave for home on weekends, he added, but the ministry then decided the go-home move could not be made mandatory. So students are “advised’ to go home on weekends. Most students do so, he said. Wonder why?
“Why this ‘nasihat’?” I asked. Why has it come to this?
“No money” was his reply. Well, not exactly “no money” but, rather, limited funds. Put simply schools are operating on tight budget.
I couldn’t help but ask, “how come?” What happened to the allocated funds, the “peruntukkan”?
In January, the Education ministry dropped a bombshell by slashing the annual budget for school sports, from the usual annual allocation of RM6 million to RM1.5 million. Eleven sports, including squash and bowling, were axed from the Malaysian Schools Sports Council calendar.
Need we be reminded that squash and bowing had given Malaysia world champions? What happened to “we want our students to excel in sports as well as academic pursuits” and “education must be wholesome”?
Parents, coaches, teachers, students – many people are angry. Rightly so. The consequences of the budget cut are dire and many. We all know it, all too well. There’s no need to repeat ourselves. Suffice for me to ask again: “How come?” Why no money?
Then, there’s the 2008 Auditor General’s report highlighted by The Malay Mail recently. The AG report said the Education Ministry paid RM250 for each of six peacock flowers for a school. The market price for the plant is RM30.
The report went on to reveal the ministry had spent RM57,493 for the supply, sowing, gardening and maintenance of flowers and trees for the same school – 880 per cent higher than the most expensive quote available from local nurseries.
And it was reported also that the ministry had replaced doors in two schools at prices 56 per cent to 64 per cent higher than figures quoted by the Works Ministry.
Then there was the RM480 paid for a door when the Works Ministry quoted RM272.70.
There are more examples, of course. But enough said, lest our hearts ache further.
But I ask – why the big spending? How come there’s money to spend?
Anyway, now we know which are the top 20 schools in the country. And we are hearing grouses from many – complaints of unfairness, the absence of a level playing field for schools, etc. Again there’s no need to repeat the arguments .Suffice to say it’s all justified.
But there’s a need to remind ourselves that the ministry wants to give a lump sum grant of “something to the tune of RM1 million” to every high performance school.
So I ask – where’s the money coming from? With all the cost cutting, austerity drive, slashed budget, limited funds for schools, I hope it’s not a case of robbing Ahmad to give Ali.
Mohsin Abdullah was until July 2009 Editor in Chief News and Current Affairs ntv7 & 8TV. He is now a freelance writer.
* The views written here are the personal opinion of the columnist.

Padat & Tepat Isinya Untuk Direnungi...

Aku terbaca komen seorang yang dikenali sebagai Tinta Persona dan merasakan ianya patut dikongsi bersama di mana aku copy bulat-bulat dengan kemudahan yg disediakan oleh tetikus (org kampung bini aku panggil mouse). Click click here, click click there, click here, click there, click, click, click.

Tinta Persona said...

Tuan,

Konsep asal 1Malaysia sebenarnya diilhamkan untuk membentuk gagasan yang kukuh antara kaum di negara ini. Semua rakyat dianggap sama tanpa mengira bangsa dan agama. Ketuanan Melayu dan keistimewaan Bumiputera bukan lagi isu utama.

Justeru itu, para pemimpin (tidak kira pembangkang mahupun kerajaan) pun berlumba-lumba meraih populariti dengan pelbagai aksi untuk menunjukkan sikap tolensi, liberal dan keterbukaan pada tahap yang maksimum. Kamilah pemimpin masa kini. Telus dan betul.

Semua pemimpin seolah-olah diberi lesen untuk memberi kenyataan secara terbuka. Provokasi menjadi lumrah dan perkelahian sesama sendiri dibuat tanpa mengira sensitiviti kaum atau agama. Pelbagai isu diperdebatkan tidak kira ia isu sensitif atau tidak.

Orang Melayu dengan rela menyerahkan segalanya. Ambillah hak keistimewaan kami. Berilah semua kepada bangsa lain – universiti, tanah, wang, biasiswa atau apa sahaja yang mereka kehendaki hanya kerana ingin menjaga hati. Hati orang Melayu sendiri tidak perlu dijaga. Mereka akan berkorban apa saja demi menjayakan Gagasan 1Malaysia.

Anehnya ramai pemimpin Melayu tanpa segan silu mempersoalkan maruah dan keistimewaan bangsa sendiri. Tidak ada perasaan malu mahupun bersalah di hati sanubari mereka. Maka dikeluarkanlah segala dalil untuk menyokong kenyataan mereka. Semuanya dibuat hanya untuk meraih populariti atau 2 minutes of fame.

Apabila ada orang Melayu yang cuba bersuara, maka mereka akan dilabel sebagai racist atau pengkhianat kepada konsep 1Malaysia. Tun Mahathir, orang yang telah memimpin Malaysia berpuluh tahun lamanya pun menerima nasib yang sama. Dikutuk dan dihina oleh pemimpin yang kononnya mempertahankan kepimpinan sedia ada.

Bila gereja di bakar, bantuan diberi dengan segera. Setengah juta dikeluarkan dengan sekelip mata. Surau yang menerima nasib yang sama, dibiarkan begitu sahaja. Hanya kenyataan berbentuk simpati yang diterima. Untuk baiki Batu Cave RM3.5 juta telah tersedia. Hendak memberi peruntukan membaiki membina masjid dan surau, hingga ke dalam Parlimen dipersoal mereka.

Sekolah agama terpaksa memungut derma ke sana sini hanya untuk membayar gaji guru dan belanja sehari-hari. Begitu juga sekolah kebangsaan dan sekolah berasrama di negara ini. Tak kiralah semua sekolah ini kebanyakannya dipenuhi oleh orang Melayu sendiri. Sekolah aliran Cina dan India diberi peruntukan RM 1 billion setiap tahun. Berapakah pula kepada sekolah bangsa Melayu kita?

Orang bawahan yang bersuara, ditangkap serta merta. Tiada kompromi kata Menteri kita. Tetapi pemimpin besar Melayu, Cina dan India dari pembangkang yang mengutuk, mengumpat dan bermaharaja lela dalam media, hanya senyuman manis diberi kepada mereka. Mana tindakan mahkamah? Mana ISA ? Mana hukuman keras yang diwar-warkan setiap masa. Hendak menangkap orang pemimpin hingusan di depan mata pun mengambil masa begitu lama. Inikan pula pemimpin ‘agong’ yang ternama dan terkenal di serata dunia....

Pemimpin kita sentiasa menafikan negara ini mengamalkan komunisma atau konsep Malaysian Malaysia. Kita ada acuan sendiri kata mereka. Tetapi pada masa yang sama, kita cuba mencari kesama-rataan yang sebenarnya tidak ada. Benar, setiap bangsa ada haknya. Tetapi janganlah hingga memijak kepala bangsa lain pula....

Adil bukan sama rata. Kalau seorang anak diberi Proton Saga, tidak perlulah anak yang lain pun diberi Proton Saga juga. Mereka mungkin mempunyai keperluan / kehendak yang berbeza.

Adil bermaksud memberikan kepada yang berhak akan haknya mengikut kadar masing-masing atau meletakkan suatu pada tempatnya. Cubalah para pemimpin kita berguru kepada mereka yang beristeri dua atau tiga. Barulah anda semua faham konsep keadilan yang sebenarnya (itu pun kalau berjumpa yang berlaku adillah..)

Pemimpin kita sebenarnya terlalu takut dikritik dan dilabel sebagai tidak terbuka. Untuk apa? Untuk menang pilihan raya? Kalau menang pun rasanya sudah tidak guna. Takut-takut nanti apa yang diwarisi dan yang tinggal hanyalah negara yang huru hara...

Terima kasih

1/2/10 5:00 PM