Friday, April 30, 2010

Sapa Jual Negara???...

Aku cedok bulat-bulat dari posting Tun Dr. Mahathir dari sini. Hampa baca dan pikiaq sendiri pasai apa aku marah sangat kat um-NO, oppsss! silap bukan um-NO tapi AP-NO!!!

1. The Edge Financial Daily, an article by Joseph Chin (The Edge, April 22nd) as well as Brunei Times reported a substantial oil producing offshore area in the South China Sea, namely Block L and Block M, were no longer a part of Malaysia.

2. Malaysians and the Malaysian media did not ask how this came about. It would seem that the loss of a huge oil producing area that had apparently belonged to Malaysia is okay.

3. Block L and Block M had been claimed by Malaysia based on historical facts. Accordingly, Petronas entered into a production sharing contract with Murphy Oil to start drilling to produce oil. It is estimated that the reserves amounted to almost 1 billion barrels.

4. Abdullah Badawi negotiated with the Sultan to get back Limbang in Sarawak. In return he agreed to surrender the two blocks to Brunei. No Petronas representatives were present, only foreign office staff and the foreign affairs adviser to the PM.

5. As we all know Abdullah triumphantly announced that he had settled the Limbang claim with Brunei (here). No mention was made of the two blocks.

6. Brunei disclaimed (here) that they had agreed to give up Limbang. The foreign office and Abdullah did not rebut Brunei's statement.

7. Now it is made clear that the two blocks are no longer a part of Malaysia.

8. Abdullah has caused Malaysia to lose at least US100 billion dollars (about RM320 billion) of Malaysia's oil in this agreement.

9. Can Wisma Putra please explain why it did not stop Abdullah.

Tuesday, April 20, 2010

Nak Pakai Tudung Pun Kena Penampaq Ngan Bapak...

Sedih aku mengenangkan apa dah jadi dengan umat Islam di Malaysia ini selepas membaca e-mail yang dikirimkan. Aku paparkan di sini e-mail berkenaan tanpa sebarang perubahan langsung untuk renungan kita bersama...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takdak siapa nampak cara aku
mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat
sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk
giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal
dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah
langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik
kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi
kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain.
Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi
kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik.
Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa
aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan
masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku!
Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh.... sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa
malu kalau cheq pakai tudung. Salah ka kalau cheq nak tutup aurat cheq?
Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! labuh pelempang ke muka aku sekali lagi
sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak
pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI
TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama,
hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja!
Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki!
Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena
tampaq, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

Kah kah kah!!!...

Thursday, April 15, 2010

Sikap Sebenar Mereka Terhadap Kerja Dah Dibogelkan...

KISAH seorang remaja bekas pelajar cemerlang yang menyamar sebagai kerabat diraja dengan gelaran ‘Tuan Muda’ melawat kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Pahang baru-baru ini amat memeranjatkan. Walaupun cerita ini nampak lucu, namun inilah realitinya.

Sebelum ini, kita telah melihat dan mendengar pelbagai modus operandi penipuan, namun kali ini amat memeranjatkan kerana bukannya kecil-kecil orang yang terkena tetapi Exco kerajaan negeri, pegawai kanan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), malahan pihak polis turut sama terlibat dalam insiden ini.

Timbul persoalan tentang sikap dan mutu kerja di jabatan-jabatan terbabit kerana ia nampak seperti kecuaian atau sikap acuh tak acuh dalam menjalankan tugas. Dalam kes ini, mungkin taksub dan memandang ringan apatah lagi surat itu datangnya dari istana, maka berlakulah arahan tanpa usul periksa.

Sebagai rakyat, saya berharap kejadian seumpama ini tidak dipandang sepi oleh semua pihak terutamanya jabatan dan agensi kerajaan kerana ia memperlihatkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti yang merupakan ciri-ciri utama bagi tadbir urus yang baik.

Lebih daripada itu ia mengundang pandangan kurang senang dan sinis masyarakat terhadap kualiti kerja kakitangan awam. Ini amat bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri untuk meningkatkan prestasi dan mutu kerja terhadap lebih 1.2 juta penjawat awam.

Kejadian seumpama ini harus tidak berulang dan patut dijadikan pengajaran. Dalam dunia globalisasi kini, wujud pelbagai bentuk dan jenis penipuan yang tak terduga dek akal, hanya menunggu masa tatkala kita leka dan alpa.

sumber dari sini...

Wednesday, April 14, 2010

Mahu Tak Mahu, Kena Setuju Jugak...


Ku petik bintang-bintang... lagu nyanyian Kenny, Remmy & Martin. Untuk itu, aku copy paste "lirik" lagu berkenaan untuk bacaan ramai. Mau tak mau, aku kena setuju dengan lirik ini kerana ada kebenarannya.

Jangan harap orang Penang nak undi BN

Kepala hotak Lim Guan Eng ni memang bergeliga habih kalau bab politik ni. BN yang berpengalaman dan Umno yang dikatakan raja dalam soal politik tempatan ni pun terkena ngan dia.

Dalam dok kelam kabut PRK di Hulu Selangor, Guan Eng dan lagi promote yang kerajaan BN dengan Umno sebagai tunggak pemerintahannya sebagai tak boleh pakai. Guan Eng berjaya letakkan BN memang kerja depa nak naik harga barang dan menyusahkan rakyat saja. Dalam laporan Bernama, kerajaan negeri merayu Kerajaan Pusat untuk tidak naikkan tol jambatan Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata tindakan menaikkan kadar tol adalah tidak wajar dan hanya membebankan pengguna.

"Sejak tahun 1993 hingga tahun 2006, syarikat konsesi telah mengutip sebanyak RM1.7 bilion sedangkan kos penyelenggaraan jambatan itu hanya RM968 juta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hangpa jangan dok harap dah la orang Penang nak undi BN dalam PRU ke 13 nanti. Kelaku BN khasnya Umno memang hodoh. Mana dia Perkasa, awat tak bising bising ni. Hangpa ingat jambatan Pulau Pinang tu Cina ngan Hindu saja ka pakai kena bayar tol. Melayu pun kena bayaq harga yang sama jugak la, ngook...

Naik Pangkat Sure Kena Transfer...

Angin barat daya dah bercampur aduk dengan angin timur barat, utara selatan, timur dan barat. Nama aku dah timbul untuk kenaikan pangkat yang pastinya akan ditukarkan ke tempat lain yang tidak bernama Malaysia.

Apa pun aku berbangga sekalipun terpaksa meninggalkan bumi Malaysia walaupun bukan tanah kelahiran aku. Menjadi expatriate memang banyak kelebihannya kerana pakej dan perks amat menarik.

Anak-anak dapat belajar di international school, dah tentu hebat berbanding ngan tahap pendidikan di Malaysia. Medical coverage mengalahkan VVIP Malaysia dan banyak lagi.

Kesimpulannya, kalau betul aku akan dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke luar Malaysia, akan aku ambilnya sebagai satu cabaran dan contoh kepada anak-anak aku agar mereka lebih berjaya dari aku suatu ketika nanti.

Dan mungkin aku akan mengucapkan hai hai bye bye kepada poliTAIK di Malaysia.

Kah kah kah!!!...

Tuesday, April 13, 2010

Boleh Tahan Jugak Panas Ni...


Suasana panas berkaitan dengan pelbagai perkara mengenai APCO menjadi semakin panas dengan pendedahan yang dibuat oleh blog ini.

Nak pasang air-cond bagi suasana sejuk pun bukannya tak mampu tapi rumah pun punya daif risau reban bila aku pasang air-cond. Kesian kakitangan klinik kesihatan ni. Kem. Kesihatan tak der duit sangat ka nak jaga kebajikan kakitangannya.

Aku malas nak copy & paste, sekadar menyertakan linknya saja untuk para pembaca yang rajin membaca posting berkenaan.

Bukan apa, risau jugak sbb aku ni bukannya fanatik poliTAIK... So, baca dan nilai sendiri sbb aku tak pasti sahih atau tidak, benar atau tidak, tepat atau tidak posting ini. Dah aku terbaca, tak salah kalau aku kongsikan bersama, kan kan kan.

Thursday, April 08, 2010

2 Cerita Sama Waktu Di Tempat Berbeza...

Aku hairan dengan permasalahan ini. Makanya aku menjemput para pembaca yang rajin membaca agar membaca dan memberi pandangan ikhlas.

Baca di sini kemudian baca yang ni pulak dan nilaikan sendiri, sapa yang dok buat hal... Aku tak nak copy & paste posting tersebut kerana ingin mengekalkan integriti maklumat tersebut.

Apa nak jadi ngan Malaysia???...

Sebab itu aku merasakan penting agar adanya barisan pendesak yang kuat di kalangan pembangkang yang bersatu membongkar salahlaku pihak tertentu.

I'm not against parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi kecoh berdemo pasai bahasa kebangsaan nor I'm supporting PR.

Kah kah kah!!!...

Saturday, April 03, 2010

Awas Org Hulu Selangor, Kencing Manis Dah Melanda...

Ingin aku mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan para pengundi di Hulu Selangor agar berhati-hati dengan wabak penyakit Kencing Manis yg dah mula melanda kawasan anda.

Bagi mengikuti perkembangan penularan penyakit ini, sila layari link di bawah:

1. Di sini ada.
2. Tang sini pun ada.
3. Sini pun ada jugak!
4. Pun ada jugak tang ni.

Rasanya biarlah hampa semua kena penyakit kencing manis ni daripada hampa kena penyakit dikencing, kwang kwangg kwanggg!

Aku rasa hampa ni semua macam ayam daging. Dijamu ngan pelbagai gula-gula, bila dah kenyang gerenti kena sembelih. Macam depa dok buat selalu tiap kali PRK.

Kali ni, biaq hampa kenyang lepaih tu lari jangan sampai kena sembelih. Suruh depa siapkan dulu projek-projek pembangunan yang dijanjikan baru buat pilihanraya. Takat nak berjanji aku pun buleh kerana depa mengamalkan konsep menghukum sesiapa yg tak mengundi depa.

Untung kalau area mana yg masih tak membangun mengalami kematian wakil rakyat mereka.

Kah kah kah!!!...

Friday, April 02, 2010

Sibuk Membaca dan Mengimbau Kembali...


Aku tidaklah berapa sibuk dengan tugas harian samada di pejabat atau di rumah tetapi aku sibuk membaca setiap posting yang terdapat di dalam blog ini.

Ianya bagaikan meletakkan aku di tempat dan masa seperti yg diceritakan oleh pengendali blog berkenaan kerana sebagai seorang yang mempunyai latar belakang ketenteraan, pastinya pengalaman tersebut membuatkan aku merasa betapa tahap keperwiraan pegawai dan anggota tentera dulu tersangatlah tinggi. Malah tidak layak untuk dibandingkan dengan pegawai dan anggota tentera sekarang yang hanya tahu main golf saja. Kalau tak, masakan enjin kapal terbang pun boleh hilang... kapal Inderapura buleh terbakar menjadi tukun, ramai anggota terlibat ngan dadah tak termasuk rasuah lagi tuuu...

Bagi pembaca yang ingin menambahkan ilmu tawarikh mereka, layari dan bacalah blog ini kerana ianya dapat merehatkan minda kita dari terlalu berpoliTAIK.

Kah kah kah!!!...