Friday, August 27, 2010

Are You Patriotic Enough???...

Being patriotic is much more than flying the flag once a year but also gracious, charitable, neighborly, green, civic-conscious and many more.

How patriotic Malaysian when each time after the Ambang Merdeka Celebration, everybody t
hrow away the flags and people just simply walk on it? Make your time to Dataran Merdeka on this 30-8-10 & see for yourself.

This couple with transforming the flag into shirt and stuff like that? Definitely you have to cut and sew it again. Does this mean that you're so patriotic?

So, why making noise when not
many people raise additional flag in month of August? There are so many other ways to show your love to the country throughout the year.



Gempar!!! Najib Vs Google = Anjing???...

Berita Gempaq!!!

If you key-in keyword "Najib Buka Puasa", the Google search engine will ask you "Did you mean : Anjing Buka Puasa". This shows that Google define Najib as Anjing.

Click image to enlarge

Now, where is
  1. geng usung kepala lembu?
  2. geng Perkosa oppsss, Perkasa?
  3. geng Am-NO terutama di Johor dan Penang?
  4. geng pemuda parti Am-NO?
  5. geng wanita parti Am-NO?
  6. geng putera-puteri Am-NO?
  7. geng NGOs berbapakan Am-NO?
  8. geng-geng lain yg skit-skit suka sangat buat report Polis?
Hampa dok tunggu apa lagi, dok kalut ngan majlis bukak posa ngan pemimpin hampa ka? Bila nak pi buat laporan kat Polis yg Google menghina Najib... atau nak tunggu bila ada mana-mama pemimpin buat, baru hampa terhegeh-hegeh?

Tuesday, August 24, 2010

Aku Dah Agak Dahhh...


Lanjutan isu berkenaan khutbah Jumaat yang disebut nama Lim Guan Eng oleh Si Khatib yg membacanya.

Walaupun Khatib yang membacanya telah memberi penjelasan, namun disebabkan mulut ikap kap Jepun mereka, maka dibuat pulak laporan polis untuk menyiasat kes ini dengan segera seperti disiarkan oleh Utusan Meloya di sini.

Cuba anda baca dan ingat nama 2 orang saksi dan bandingkan dengan barisan kepimpinan Pemuda Am-NO Bhgn Bagan. Ada nampak persamaannya???

Maka, dengan tersiarnya berita tersebut di sini dan maklumat berkaitan di sini maka dapatlah aku simpulkan bahawa ini menjurus kepada konspirasi yg mungkin membawa kepada fitnah. Bagi mereka, dosa pahala adalah di dalam tangan parti mereka.

Tun Dr. Mahathir pun dah memberi pandangan beliau semasa majlis buka puasa di Langkawi mengenai sebutan nama pemimpin di dalam khutbah Jumaat. Berita tersebut di dalam akhbar Sinar Harian m/s U12-Langkawi Selasa 24 Ogos 2010. Yang online punya tiada, pelik la pulak...

Memandangkan tiada isu lain, maka diciptakan 1001 macam isu demi nak bagi nama tidak tenggelam mcm am-NO Kedah.
  1. Di Selangor ngan isu pasir, akhirnya bila SPRM ngan Kerajaan Selangor buat JV cari pencuri sebenaq, ngan TV3suku tak siarkan berita ni dah.
  2. Di Penang, Kerajaan dikatakan menghalau/ aniaya peniaga di Komtar, akhirnya dapat tau jugak salah tu kerana Si Ghani KMA sapu duit tapi tak bayaq kat Pengurusan Komtar (PDC).

Jadinya amat sesuai kalau sesiapa yang nak kencing, digalakkan buat lagu di bawah sebelum depa buat kat kita...

Monday, August 23, 2010

Antara Sebab Ramai Yang Menjauhi Islam...

Anda masih ingat buy-election ni?

Anda perhatikan tulisan di banner berkenaan kemudian anda baca di sini dan di sini. Bagi berlaku adil, anda juga harus membaca di sini jugak.

Aku tidak mahu ulas panjang-panjang kerana semua ulasan aku adalah senada dengan apa yg telah anda baca di link-link berkenaan kecuali yg di Utusan Meloya.

Salahkan mendoakan agar org Kafir diberi hidayah untuk memeluk Islam?

Kalaulah di dalam hal-hal yang melibatkan agama Islam pun Arm-NO boleh bersikap double standard, bayangkan kalau melibatkan kita rakyat biasa ini. Sebab itu aku merasakan salah satu punca golongan muda sekarang agak terpesong pegangan agama mereka adalah tidak lain dan tidak bukan, disebabkan oleh Arm-NO itu sendiri yang dengan menimbulkan kekeliruan di kalangan bangsa meLAYU dan melayu.

Mereka seolah-olah tersangat mulia di sini Allah S.W.T hingga mampu menentukan halal/haram seperti berikut:
  1. Kalau dlm UMNO halal maka di dalam PR ianya haram. Contohnya politik wang tidak haram dan tidak dikenali sebagai rasuah. Baca yassin dan solat hajat di masjid utk kemenangan calon mereka yg tidak beragama Islam adalah halal tapi mendoakan seorang kafir agar terbuka hati utk mendekati Islam adalah haram.
  2. Kalau dlm PR adalah halal maka UMNO akan mengharamkannya. Contohnya UMNO mengharamkan pakatan PAS dengan DAP sedangkan mereka dihalalkan bersatu dengan MCA, GERAKAN, MIC, PPP dan banyak lagi.

Tapi aku tak terkezut kerana inilah ajaran Islam Ada Had Ada Hari dari Arm-NO yang selayaknya kita lakukan seperti di bawah ajer...Golongan muda yg dah ler kurang pengetahuan dan pendedahan perihal agama Islam, disajikan pulak dengan double standard dari segi halal/haram lagi khayal dengan dunia angan-angan suapan dari Kumpulan Media Prima yg mementingkan hiburan.

MAKANYA PRU-13 NANTI, KITA TENDANG MEREKA-MEREKA TU DARI PUTRAJAYA


Bijakk, bijakkk...

This Is The Motive Of Arm-NO Penang...

Some Muslims in Penang were highly agitated when the khatib ( the man who reads sermons) offered prayers for the Penang chief minister. In what manner was it said? Was LGE’s name mentioned in the context of something?

Actually we have not heard what actually transpired other than listening to a few emotionally charged statements from some people. Who are these people? If they are UMNO members, then their response was hardly surprising.

To me, the fearful responses thus far only reflect how desperate UMNO is in re capturing the Malay support in Penang. I won’t say re-capture Penang, because that is already impossible. what UMNO fears now is losing Malay support in Penang. That is like the end of the world.

What UMNO fears is a rising consciousness among Penang Malays that despite detaching themselves from UMNO, their lot can still be improved. This will be the beginning of a wider consciousness debunking the myth that equates loyalty and allegiance to this country to loyalty and allegiance to UMNO. The two things are not the same. If Penang is successful in demolishing this long perpetuated myth and this awareness becomes a national phenomenon, UMNO is in serious trouble.

Neither UMNO nor Zaid Hamidi who is the Pengerusi Perhubungan UMNO Penang have the answer to counter this rising tide. The only way they can hit back is by manipulating the sermon issue. You hope this will escalate into a tidal wave of resentment.

I say, if we truly love UMNO we should stop this childish and very shallow strategy. offer Penang Malays a better vision and promises of a better future. Zahid Hamidi is wishing he is not the Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Ini kes nyaya kat chek no.

Since capturing Penang from Gerakan and UMNO in the last elections, the state government has made serious inroads into winning the hearts and minds of the Muslim community. Mosques and suraus have been receiving a lot of facilities and assistance from the state government. What is the civil thing to do if someone has given you assistance? You say thank you sir.

So the particular imam who created the present controversy who happens to be the brother of the Penang mufti was telling the congregation that Muslims should pray the good deeds undertaken by the state government under Lim Guan Eng are carried out continuously. Muslims are thanking the state government under LIM Guan Eng. In addition, Muslims should be hopeful that Lim Guan Eng embraces Islam. What probably happened was perhaps Guan Eng’s name was mentioned in that context.

To me, this is a stupid way of trying to leverage on a religious issue. The present controversy serves to further expose our hypocrisy. For so many years while Penang was under the JV government of Gerakan and UMNO, the lot of Penang Malays has not improved greatly. You even had a PM from Penang and he didn’t achieve anything much for Penang Malays. He could offer only some nebulous ideas about Islam. People wanted more physical improvements not more sermonizing.

Before that you also had a former deputy PM from Penang, who did not achieve much either. All he could do was gurmal here and gurmal there. Senator Koh Tsu Koon could never match what Guang Eng has achieved in 2 years with what he has done all those years while in power. So really, you don’t have any defense against what the present state government is doing.

The better action by Penang Malays is to throw out all those useless UMNO leaders who rose to prominence not through offering great ideas and thinking, but got where they are by mastering political intrigues. It’s the comeuppance for many of these hollow leaders. For years you have come up not through the brilliance of your ideas or competency but you rise because you are more skillful at demolishing your political rivals, you rise by stabbing the backs of your political comrades, you rise because you plot here and there- suddenly you find you don’t have the substance to sustain your political relevance.

So you have incompetent UMNO leaders thinking they can stand toe to toe with better qualified Gerakan leaders. Suddenly you realize, your skills in removing your own political comrades don’t work when dealing with people from other parties.

So I find the Penang UMNO leadership and its ‘spokesmen’ behaving hypocritical in using religion to counter the state government.

Let’s have some finesse fellers.

Wednesday, August 18, 2010

Pandangan Pakar Agama Diperlukan Segera (updated version)...

(Updated with insertion of Artikel 2).... Saya terbaca sebuah artikel di dalam ruang Forum Utusan Meloya oppsss, silap taip daaa, Utusan Malaysia bertarikh 17 Ogos 2010 di sini.

Sehubungan dengan ini, pandangan dari mereka-mereka yang berilmu adalah sangat diperlukan. Saya copy & paste artikel tersebut untuk memudahkan pembacaan anda sebelum memberikan sebarang pandangan. Saya tidak mahu komen lebih2 kerana tahap ilmu saya hanya cukup untuk diri saya. Apa yang boleh saya katakan adalah...

Sangat sedih dengan fikrah penulis ini. Tarawih hanya ada di bulan Ramadhan. Apalah sangat habiskan 1 jam untuk tarawikh?? Soal kerja dan sekolah bukan isu, musim bola piala dunia 1 bulan jugak... boleh bangun jam 2 pagi iktikaf depan tv berjam2, awat tak komplen... esok nk sekolah nak keja ?? Pokoknya ini adalah persoalan iman...


Sila baca artikel sepenuhnya di bawah:


ARTIKEL 1


Tarawih lapan atau 20?


RAMADAN berkunjung lagi dan umat Islam berpuasa lagi di siang hari dan cuba meningkatkan amal ibadah di malam hari seperti mendirikan solat tarawih dan lain-lain solat.


Setelah bertahun mendirikan solat tarawih, ada yang masih berdebat di antara mendirikan lapan rakaat ataupun 20 rakaat. Saya ingin mencadangkan agar umat Islam di Malaysia mendirikan lapan rakaat solat tarawih di masjid dan surau.


Pada pemerhatian saya majoriti rakyat Malaysia mahukan solat lapan rakaat, ini kerana selesai sahaja lapan rakaat, majoriti masjid/Surau akan kosong dengan hanya meninggalkan "hard core & heavy weight" sahaja.


Jadi kenapa pihak masjid/surau syok sendiri melakukan 20 rakaat. Kenapa tidak hanya mendirikan solat lapan rakaat tetapi dipanjangkan sedikit bacaan ayat suci. Pada pendapat saya, pahalanya tetap sama kerana mendengar alunan ayat suci.


Tetapi yang afdalnya jemaah akan sama-sama mendirikan keseluruhan solat tarawih termasuk solat witir bersama imam yang mana akan menjadikan solat tarawih lebih bersepadu dan anak-anak kecil lebih memahami fadilatnya.


Cadangan ini saya bangkitkan setelah mendengar keluhan anak saya yang berumur 8 tahun semasa solat tarawih bersama di masjid. Semangatnya yang berkobar-kobar diawal solat mulai pudar selepas mendengar ada lagi 10 rakaat untuk diteruskan.


Lagipun majoriti jemaah terpaksa bekerja dan bersekolah keesokan harinya melainkan "heavy weight" yang telah pencen ataupun "hard core" yang memang pekerjaannya di masjid.


Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Selamat beramal.


AZIR

Keramat


ARTIKEL 2


TERDAPAT masjid dan surau mengadakan solat tarawih lapan rakaat iaitu dengan cara menghentikan sekejap solat tarawih selepas empat rakaat untuk memberi laluan kepada program tazkirah.

Selepas selesai tazkirah, sambung balik empat rakaat lagi. Maka jemaah hanya dapat menunaikan lapan rakaat sahaja daripada 20 rakaat.

Tidak cukupkah 11 bulan untuk program tazkirah? Ramai umat Islam sebenarnya ingin mengerjakan 20 rakaat secara berjemaah tetapi tidak kesampaian.

Saya minta jawatankuasa masjid dan surau tidak mengadakan tazkirah semasa tarawih dan berilah peluang kepada jemaah untuk menunaikan 20 rakaat. Buatlah tazkirah selepas Aidilfitri.

ZAID

Kuala Lumpur


Friday, August 13, 2010

Friday The Snippet : Free IQ Test...

Bandingkan kedua-dua gambar di bawah dan cari persamaannya. Bolehkan? Senang ajer.


Aku nak tergelak besaq bila membaca pelbagai kenyataan dari kepimpinan, juak-juak dan para pencacai parti Melayu yg memperjuangkan bahasa kebangsaan tapi terlupa yg nama parti mereka pun masih menggunakan bahasa penjajah. Mereka menuntut Chua Jui Meng memohon maaf daripada Sultan Johor kerana banner tersebut. Bagi chance aku gelak dulu dah tak tahan ni.......Patutlah Tun Dr. M pernah berkata meLAYU mudah lupa. Rupanya bukan semua melayu tetapi ahli partinya sendiri ajer. Kalo Tun Lah tu bukan takat lupa tapi kaki lena ajer.

Bilamana ahli um-NO-ngok menggelarkan Sultan Terangganu sebagai NATANG, aku rasa ianya cukup biadap. Malangnya, tiada pulak kepimpinan, juak-juak dan pencacai um-NO-ngok menuntut pihak berkenaan memohon maaf dari Sultan Terangganu. Malah berita mengenainya terus tidak disiarkan selepas itu berbanding dengan banner yg ada gambar Sultan Johor. Jadi, apa bezanya kedua-dua banner tersebut. Pembacaan lanjut boleh didapati di sini.

Agaknya inilah yg ada di dalam otak org um-NO-ngok selepas aku berjaya buat CAT-Scan salah seorang ahlinya.
Sebab itulah akan wujud sekolah yang mendapat bantuan penuh KERA-jaan Melaka dan disokong pulak oleh sayap puterinya yang tak lebih dari berfungsi sebagai so-SIAL escort.

Mungkinkah suatu hari nanti para pelajar sekolah tersebut yg sebilangan besar adalah ahli puterinya berbaring beramai-ramai mendakap anak yg tak dapat dipastikan samada mempunyai sijil halal atau tidak.


Jadinya, sebelum terlambat agar tanahair ini diporak-peranda oleh mereka, eloklah kita berfikir siapakah yang harus kita tendang semasa PRU-13 nanti.


Bagi aku, akan membuat pilihan yang terbaik tetapi semestinya bukan dari um-NO-ngok kerana tiada lambang lain yg dapat mencerminkan keseluruhan pemikiran ahlinya selain dari lambang ini.

Thursday, August 12, 2010

Suddenly They Wake Up To Work....

My recent posting here has further reference and inter-related. I just wonder starting from 1st Ramadhan every year, Jabatan Agama Islam either at state or district level, will be active in playing hide & seek to catch those who are not fasting being reason to uphold Islamic laws.

Question is, why up-holding Islamic laws be done only in Ramadhan Month? Does Islamic laws in 1Malaysia Bolehland limited to fasting only?

Through out the years, there are many Muslim openly drink alcohol in the clubs and restaurants especially serving seafood. Some of them are seen queuing at 4D and TOTO outlets despite wearing so-called Baju Melayu Bersampin. There is no worry for them to be caught by Jab. Agama Islam Daerah.So, again why only in Ramadhan Jabatan Agama Islam is very active especially catching non-fasting Muslim? Are their personnel also part of them?

There are many Muslim women wearing such a sexy dress either in the clubs or charity programs but they seem happy doing that without worrying be charged by Jab. Agama Islam Daerah.

So, once again, why Jab. Agama Islam is so active during Ramadhan only but limited to catching non-fasting Muslim only? Are their personnel joining the party?

In Ramadhan, there are instant businessmen/women selling food in Bazar Ramadhan. However, they are only allowed to sell after 3.00pm. This goes to restaurant operators (Muslim) too who can only open their business after 3.00pm. Jab. Agama or Majlis Perbandaran will confiscate your products for not complying with the instruction. You can cross-check this in Langkawi District

Therefore, again why Restaurant Nasik Kandaq can freely open their business 24hrs? Is there a different between Muslim and Mamak?

I don't know the reason but I think the enforcement of Islamic Laws in this 1Malaysia Bolehland should be done continuously without fear and favor. By then, Islam will be respected by other religions and we can promote Islam as the way of life. Sometime I feel embarrass when non-Muslim who are friends of mine ask, "why Islamic laws is imposed differently on different people and different time?" Anyone can help me answering them?

Come-on Jab. Agama Islam, buck-up. You are not like bear hibernating during winter and active in other seasons. Don't let people have different perception on your responsibility. Othewise, it is good to have people do this to you for failing to uphold Islamic laws as what you are suppose to do? So, I wish to start cracking my head to find the answer for all question highlighted in blue while waiting to break-fast.

Monday, August 09, 2010

Bulan Kemuncak Pembaziran Makanan...


Bulan kemuncak pembaziran datang lagi dengan hari pertamanya dijangka jatuh pada hari Rabu 11 August 2010. Ramai yang menanti bulan ini dengan 1001 macam alasan mereka. Ada yg ingin menambahkan bekalan di alam kehidupan yang kekal abadi, ada yang ingin menayang kekayaan, ada yg iingin menambah pendapatan dan lain-lain alasan. Tapi generally aku katakan ramai yg akan membuat pembaziran dari mendapat keberkatan. Kenapa aku katakan bulan kemuncak pembaziran?
  1. Kerana pada bulan berkenaanlah umat Islam di Malaysia ni akan berbelanja untuk makanan dan minuman sahaja melebihi dari kebiasaan.
  2. Kerana pada bulan berkenaanlah umat Islam di Malaysia ni akan membuang makanan dan minuman begitu saja.

Namun, bagi sesetengah org yg berilmu agama Islam yg tinggi, inilah bulan yang penuh kerahmatan demi untuk kehidupan yg kekal abadi.

Tak perlu aku ulas lanjut kerana ilmu agama aku hanya terhad utk diri sendiri dan keluarga.Lagipun kalau mereka nak membazir sebanyak mana pun, bukannya duit aku.

Dalam apa juga hal sekalipun aku ingin mengucapkan lebih awal

SELAMAT BERPUASA DI BULAN PENUH RAHMAT INI


Wednesday, August 04, 2010

Aku Pun Rasa Lagu Ni Jugak...

Tertarik aku dengan posting yg disiarkan oleh blog Suara Hati berkenaan isu halal haram ni. Bagi aku ianya padat dan tepat untuk menyuarakan isi hati berkenaan isu berkenaan. Sebelum ini, aku pernah meninggalkan komen di blog Jotting Of An XNuri Pilot yg turut berkisar mengenai halal haram.

Sama-sama kita membaca posting tulisan Ku Seman Ku Hussain di bawah moga-moga kita lebih berilmu kerana dgn ilmu yg tinggi saja membezakan darjat kita dengan ahli parti melayu yg lupa nama pun menggunakan bahasa penjajah tapi sibuk memperjuangkan bahasa meLAYU:



NASIB baik tercetus isu sebahagian besar restoran kopitiam tidak mempunyai sijil halal, kerana di sebalik isu ini terbongkar satu isu lain yang sangat besar bagi umat Islam di negara ini. Kalau tanpa isu kopitiam, saya pasti kita semua tidak tahu bahawa di negara ini soal halal haram produk dan premis makanan dilakukan oleh pihak swasta.


Sekali lagi, pihak swasta menentukan halal dan haram sesebuah premis makanan di negara ini selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Kopitiam yang tidak ada sijil halal sebenarnya tidak menjadi isu. Kalau pemilik kopitiam itu merasakan premis mereka belum layak untuk mendapat status halal, tidak perlulah ada pihak yang berteriak seolah-olah akan kebuluran tidak menjamah makanan atau minuman di kopitiam.


Tetapi yang menjadi isu apabila ada sesetengah restoran itu mendapat sijil daripada syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal.


Saya percaya enam syarikat yang mengeluarkan sijil halal itu tidak muncul secara magis. Syarikat itu tentulah diberi kuasa oleh pihak tertentu untuk mengeluarkan sijil halal. Maka syarikat tersebut yang didakwa tidak teliti sebelum mengeluarkan sijil halal merupakan kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak yang memberi kebenaran.


Pihak berkenaan membiarkan syarikat-syarikat berkenaan layak menentukan taraf halal atau haram sesebuah premis dan produk makanan.


Persoalan yang memerlukan jawapan segera ialah kenapa pengeluaran sijil halal itu perlu diswastakan dan tidak dilakukan sendiri oleh Jakim? Memang Jakim juga mengeluarkan sijil halal tetapi pengusaha premis makanan ada pilihan untuk memilih Jakim atau syarikat swasta.


Adakah Jakim tidak mampu kerana permohonan terlalu banyak sehingga hal-hal yang sensitif bagi orang Islam pun diswastakan?


Daripada senario yang tersurat, sebarang penswastaan atau memberi tugas kepada pihak swasta adalah untuk mendapatkan kecekapan yang lebih berbanding dibuat oleh agensi atau jabatan kerajaan.


Jadi, adakah memberi kuasa kepada enam syarikat untuk mengeluarkan sijil halal ini kerana Jakim tidak cekap? Atau adakah kewujudan syarikat ini kerana Jakim begitu teliti sebelum mengeluarkan sijil halal tetapi kalau memohon kepada syarikat swasta 'tidak sukar' untuk mendapatkan sijil halal?


Apa yang tersirat pula, di manakah keseriusan kita terhadap perkara-perkara yang sensitif sehingga diambil remeh?Semua orang hendak tahu siapakah yang membenarkan syarikat swasta memiliki kuasa menentukan status haram halal itu? Kalau benar Jakim tidak mampu, setiap negeri mempunyai Majlis Agama Islam masing-masing.


Tentunya sijil yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam di semua negeri jauh lebih diyakini daripada syarikat yang seolah-olah 'mencetak' pamplet promosi barangan. Kenapa tugas besar bersangkutan dengan halal haram ini tidak diberikan kepada Majlis Agama Islam di negeri-negeri?


Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar dalam Utusan Malaysia 26 Julai lalu berkata, hanya Jakim saja yang diiktiraf oleh kerajaan untuk mengeluarkan sijil halal di negara ini ketika ini. Beliau menegaskan, "Jakim mempunyai prosedur yang menepati hukum syarak sedangkan sijil dan logo halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta diragui statusnya."


Jakim sendiri meragui syarikat-syarikat swasta yang dilantik mengeluarkan sijil halal tetapi kenapa Jakim tidak bertindak ke atas syarikat -syarikat yang dianggap 'meragukan' dan tidak mencapai standard untuk menyekat syarikat berkenaan memberikan status yang salah dan orang Islam menganggap logo halal itu adalah halal?


Ironinya di negara ini, logo halal pun belum tentu halalnya kerana badan seperti Jakim yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam meragui sijil halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta. Sudah tentu syarikat-syarikat ini bukan dilantik oleh Jakim tetapi pihak mana lagi yang lebih berkuasa daripada Jakim?


Rakyat perlu diberitahu semua kekeliruan ini supaya mereka tidak menyalahkan Jakim. Rakyat juga ingin tahu adakah keperluan terlalu mendadak sehingga memaksa kerajaan memberi kuasa kepada pihak swasta menentukan soal produk dan premis halal atau haram bagi orang Islam di negara ini?


Jakim sendiri meragui standard syarikat-syarikat berkenaan kerana tidak membuat pemeriksaan secara menyeluruh dan ada permohonan dibuat dengan menelefon bertanyakan sama ada premis berkenaan terdapat alkohol atau daging babi. Tetapi Jakim membuat pemeriksaan menyeluruh sehingga ke tempat penyembelihan.


Apabila ada pihak yang menawarkan 'kemudahan' dan pihak Jakim pula mengenakan penelitian yang ketat, sudah tentulah pengusaha premis atau pengeluar produk makanan memilih yang mudah.


Maka kewujudan syarikat-syarikat berkenaan secara tidak langsung membuatkan pengusaha tidak memilih Jakim. Adakah ini dimahukan oleh pihak yang memberi kuasa kepada syarikat berkenaan?


Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN

Tuesday, August 03, 2010

If You're Driving On Penang Bridge...


Beware of CCTV which recorded your speed and you will receive a "saman ekoq"

I'm Also Confused...


Maybe this anak toyol and all members of "parti melayu yg menggunakan nama bahasa penjajah tapi kalut pasal bahasa kebangsaan" could give some answer on this matter which was published in The Star Online here...

I copies and pasted the said article as I could understand how lazy this people to surf the link, not to mention reading it.

IT IS quite upsetting to read about the illegal sand mining in Selangor but the most recent expose about the Lot Kambing Susu is most disturbing.

I used to go fishing in that area and this particular sand mining operation highlighted by former Mentri Besar Datuk Seri Khir Toyo has been going on for more than 10 years.

They have been polluting the area for so long and I wonder why is he only now exposing this activity.

If what those people are doing there is illegal, why was there no action when he was Mentri Besar?

CONFUSED,
Petaling Jaya.


But I guess, they could not answer because they don't understand English. Anyone could give a hand to those lembu in translating the article???...

Monday, August 02, 2010

Mari Belajar Bahasa Seloka...

SELOKA SELAMAT BERCUTI PERDANA MENTERI

Assalammualaikum YAB Perdana Menteri;
Dengar khabar sedang bercuti;
Bercuti pula diluar negeri;
Ini adalah nukilan buat Datuk Seri.

Rakyat menghadapi inflasi yang tinggi;
FDI pula merudum lagi;
Jenayah kian menjadi-jadi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

UPSR + PMR tak menentu lagi;
Dikurangkan pulak rakyat punya subsidi;
Harga petrol/desil gas masak dan gula naik lagi;
RM222 juta kepada Kuala Dime
nsi Kerajaan kasi;
Perdana Menteri bercuti di luar negeri .....

Kasihan Mak Tijah hidup sendiri;
Bajetnya sekadar pencen arwah suami;
Barangan keperluan pula melambung tinggi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

Muthusamy pergi kerja setiap hari;
Dia kerja bawa teksi;
Mengeluh dia minyak sekarang kurang subsidi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....

Ong sekarang senyum sendiri;
PKFZ punya hantu sudah mali;
Ling Liong Sik punya trial sandiwara lagi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....

Joseph mengeluh sekali lagi;
Apa sudah jadi kes Project M d Sabah ni;
Pendatang haram pun dapat IC;

Kepada BN undi mereka beri;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri ....

Kasihan Kaum Penan d bumi sendiri;
Tanah serta hutan mereka sudah menjadi milik kroni;
Nak hidup macam mana mereka nanti;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri;
Bercuti bukan dengan duit sendiri;
Ambil duit rakyat dan negeri;
Inilah KPI Perdana Menteri.










Untuk bacaan lanjut, sila ke sumbernya di sini