An elderly man in Louisiana had owned a large farm for several years. He had a large pond in the back. It was properly shaped for swimming, so he fixed it up nice with picnic tables, horseshoe courts, and some apple, and peach trees. One evening the old farmer decided to go down to the pond, as he hadn't been there for a while, and look it over. He grabbed a five-gallon bucket to bring back some fruit. As he neared the pond, he heard voices shouting and laughing with glee. As he came closer, he saw it was a bunch of young women skinny-dipping in his pond. He made the women aware of his presence and they all went to the deep end. One of the women shouted to him, 'we're not coming out until you leave!' The old man frowned, 'I didn't come down here to watch you ladies swim naked or make you get out of the pond naked.' Holding the bucket up he said, 'I'm here to feed the alligator...' Some old men can still think fast. |
Thursday, May 27, 2010
Laughter Is The Best Medicine...
Friday, May 21, 2010
Terkantoi Dengan Penipuan Sendiri...
Pendedahan Malaysia Today.
Arkib Utusan Meloya sendiri.
Patutlah lembu KERAjaan Beer-End dok kata DAP kambing hitam. Tak kira samada DAP bukan bangsa meLAYU dan melayu tetapi soal pokok adalah ketelusan suruhanjaya berkenaan yang macam lembu ditarik hidung.
Patutlah Enjin Jet TUDM Hilang...
Tapi sekarang entah ader entah tidak aset ni lagi
Thursday, May 20, 2010
Janji Palsu Nyanyian Aishah...
Kah kah kah! Apa??! Janji nak jadikan Kampung Bahagi Jaya, Teku sebagai Kampong Wifi pertama di Malaysia??! Kah kah kah!
Kah kah kah! Apa??! Janji nak bagi saluran siaran TV satelit percuma untuk 200,000 penduduk pendalaman Sabah dan Sarawak bagi saluran TV1,TV2,TV3 dan beberapa saluran Astro yang akan ditentukan kelak??! Kah kah kah!
Kah kah kah! Apa??! Janji nak bagi RM28 juta untuk jadikan Pulau Bruit Kota Agropolitan??! Kah kah kah!
Kah kah kah! Apa??! Janji nak bagi RM 18 juta kepada 65 sekolah bantuan Cina dan dua buah sekolah kebangsaan??! Kah kah kah
Kah kah kah! Apa??! Janji nak bagi RM2 juta untuk naik taraf sistem perparitan dan menurap jalan di Kg Bahagia Jaya dan Kg Jeria??! Kah kah kah
Friday, May 14, 2010
Hadiah Oh Hadiah...
Ramai orang akan memberikan hadiah kepada org lain sempena pelbagai acara seperti sambutan ulang tahun hari jadi, masa perkahwinan dan lain-lain.
Untuk itu, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada ahli parti melayu yang nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi kalut berdemo pasal bahasa kebangsaan kerana mendapat hadiah sempena ulang tahun yang ke berapa pun aku compius (64 ka 23 tahun).
Kalau anda tak tahu hadiah apakah yang didapati, biarlah aku nyatakan di bawah sebab kebanyakan ahlinya bukan ada otak sangat nak pikiaq.
Sekolah mana depa belajaq pun aku tak pasti. Alasan yang diberikan amat memalukan. Agaknya lepas ni akan ada lesen pelacuran sebab kalau dilarang & diharamkan pun org akan cari pelacur jugak. Kalau diharamkan pil khayal pun anak muda telan jugak, jadi KERAjaan akan halalkannya.
Itu belum masuk ura-ura yang mengatakan harga gula akan naik. Biasanya kalau dah keluar statement berkenaannya, perkara ini akan dimulai dengan kekurangan bekalan, KERAjaan dilihat mengambil tindakan mengatasinya dan akhirnya harga konpom naik jugak.
Kah kah kah!!!...
Thursday, May 13, 2010
Fikirlah Masa Depan Anak-Anak Kita...
Dalam banyak-banyak posting yang dibaca, aku rasa artikel yang ditulis oleh Roslan SMS merupakan suatu yang boleh dijadikan landasan untuk kita memikirkan masa depan anak-anak. Jadi aku copy & paste saja artikel tu untuk pembacaan semua.

Pada 13 Mei 2010, bermakna telah 41 tahun berlalu sejak tercetusnya Peristiwa Hitam 13 Mei 1969.
Ada diantara kita sudah dewasa ketika itu, ada masih kanak-kanak dan malah ada yang belum lahir pun. Tetapi peristiwa itu terus terpahat dalam sejarah negara, satu malapetaka pahit, satu babak yang malang dan kadangkala mencetuskan ketidakselesaan apabila sahaja ia disebut atau diketengahkan sebagai bahan bicara.
Apa yang sebenarnya berlaku pada hari berkenaan, selang beberapa waktu selepas Pilihanraya Umum ke 3?
Banyak versi, banyak catatan dan laporan yang dibuat dan boleh dibaca. Yang nyatanya banyak nyawa anak-anak tempatan, Melayu, Cina dan India terkorban lantaran peristiwa malang itu. Ramai yang tercedara, banyak harta benda musnah.
Hari ini apabila kita menoleh ke belakang, tiada siapa yang mahu berbangga dengan apa yang telah berlaku. Orang Melayu, orang Cina, orang India semuanya mahu melupakan sahaja insiden itu. Biar ia pergi berlalu jauh meninggalkan kita. Yang pentingnya apa yang kita pelajari dari perisitiwa itu dan apa yang seharunya kita lakukan bagi memastikan ianya tidak berulang lagi.
Kita harus insaf bahawa isu perkauman, warna kulit dan kepercayaan jangan sekali-kali dibiarkan menyala sehingga marak membakar. Elakkan dari menyumbang ke arah menyalakan api puaka itu.
Orang Melayu, Cina dan India perlu saling terima menerima antara satu dan lain. Hormat-menghomati, faham-memahami adalah konsep penting dalam membina kekuatan negara dan mengelakkan ketegangan. Jika kita cinta negara ini, jika kita mahu hidup bersama di atasnya, aman, makmur dan sejahtera maka bersedialah untuk berkongsi bersama bumi ini, bersedialah bertolak-ansur dan berkorban.
Jangan berpolitik sehingga kita memusnahkan apa yang telah dibina sekian lama. Fikirkan kelangsungan negara ini, fikirkan nasib, kebajikan dan masa depan anak-anak kita.
Jangan ada 13 Mei lagi di sini. Mari kita terus melangkah dengan perpaduan kaum yang kental dan persefahaman yang terjalin mesra. Campakkan ke tepi apa sahaja perbezaan yang mungkin menyakiti atau mencetuskan ketegangan sesama kita. Mari kita bersama membina sebuah Malaysia yang selamat buat semua.
Tuesday, May 11, 2010
Berhati-Hati Ketika Menaiki Lif...
Friday, May 07, 2010
Sapa Kata Rokok Membahayakan Kesihatan....

Ternyata Rokok Tidak Berbahaya. Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu nenek moyang kita pun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan. Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah ini:
Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktor. Mereka selalu bersama ke mana saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.
A. Dr Jon Sumawan (suka main perempuan)
B. Dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. Dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok)
Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya dan menggosok ketel tersebut. Sejurus kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas. Lalu jin tersebut tertawa:
'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit! Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan kamu sekalian.
Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan kemahuan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup mereka. Lalu mereka memilih kemahuan mengikuti kegemaran masing-masing.
Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun. Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.
Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.' Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.
Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.' Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan si C.
Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan. Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa karena tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan. Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!
Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung. Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!
Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin. Dia berkata: JIN GOBLOKKKK ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!
Confirm rokok tak membahayakan kesihatan kalau tiada mancis atau pemetik api.
Wednesday, May 05, 2010
Pengajaran Dari Sang Beruang...
Sambil mengenangkan nasib dan masa depannya, beruang tersebut dah ketandusan idea cara untuk menyelamatkan diri. Akhirnya dia buat keputusan untuk tidur sebentar.
Masa sedang tidor sebentar tu, para penyelamat telah datang untuk menurunkan beruang berkenaan.

Akhirnya beruang tersebut berjaya diturunkan dan menyedari lain macam ajer yg dia rasa, beruang tersebut terjaga. Seronoknya dia kerana telah selamat turun ke bawah.Monday, May 03, 2010
Mari Berfikir Sejenak...
Friday, April 30, 2010
Sapa Jual Negara???...
1. The Edge Financial Daily, an article by Joseph Chin (The Edge, April 22nd) as well as Brunei Times reported a substantial oil producing offshore area in the South China Sea, namely Block L and Block M, were no longer a part of Malaysia.
2. Malaysians and the Malaysian media did not ask how this came about. It would seem that the loss of a huge oil producing area that had apparently belonged to Malaysia is okay.
3. Block L and Block M had been claimed by Malaysia based on historical facts. Accordingly, Petronas entered into a production sharing contract with Murphy Oil to start drilling to produce oil. It is estimated that the reserves amounted to almost 1 billion barrels.
5. As we all know Abdullah triumphantly announced that he had settled the Limbang claim with Brunei (here). No mention was made of the two blocks.
6. Brunei disclaimed (here) that they had agreed to give up Limbang. The foreign office and Abdullah did not rebut Brunei's statement.
7. Now it is made clear that the two blocks are no longer a part of Malaysia.
8. Abdullah has caused Malaysia to lose at least US100 billion dollars (about RM320 billion) of Malaysia's oil in this agreement.
9. Can Wisma Putra please explain why it did not stop Abdullah.
Tuesday, April 20, 2010
Nak Pakai Tudung Pun Kena Penampaq Ngan Bapak...
Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takdak siapa nampak cara aku
mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.
Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat
sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk
giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal
dunia lama dah. Sedih sangat sangat.
Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah
langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.
Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.
Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik
kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi
kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain.
Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!
Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi
kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik.
Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???
Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa
aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!
Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan
masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"
Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku!
Tersepok aku di celah set sofa.
"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh.... sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa
malu kalau cheq pakai tudung. Salah ka kalau cheq nak tutup aurat cheq?
Kalau adik dan abg tak nak...."
Pangggggggggggggggg gggg....! labuh pelempang ke muka aku sekali lagi
sebelum aku abis bercakap.
"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak
pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI
TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama,
hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja!
Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki!
Abang hang pun lelaki jugak!".
Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena
tampaq, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.
SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!
Kah kah kah!!!...
Thursday, April 15, 2010
Sikap Sebenar Mereka Terhadap Kerja Dah Dibogelkan...
KISAH seorang remaja bekas pelajar cemerlang yang menyamar sebagai kerabat diraja dengan gelaran ‘Tuan Muda’ melawat kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Pahang baru-baru ini amat memeranjatkan. Walaupun cerita ini nampak lucu, namun inilah realitinya.
Sebelum ini, kita telah melihat dan mendengar pelbagai modus operandi penipuan, namun kali ini amat memeranjatkan kerana bukannya kecil-kecil orang yang terkena tetapi Exco kerajaan negeri, pegawai kanan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), malahan pihak polis turut sama terlibat dalam insiden ini.
Timbul persoalan tentang sikap dan mutu kerja di jabatan-jabatan terbabit kerana ia nampak seperti kecuaian atau sikap acuh tak acuh dalam menjalankan tugas. Dalam kes ini, mungkin taksub dan memandang ringan apatah lagi surat itu datangnya dari istana, maka berlakulah arahan tanpa usul periksa.
Sebagai rakyat, saya berharap kejadian seumpama ini tidak dipandang sepi oleh semua pihak terutamanya jabatan dan agensi kerajaan kerana ia memperlihatkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti yang merupakan ciri-ciri utama bagi tadbir urus yang baik.
Lebih daripada itu ia mengundang pandangan kurang senang dan sinis masyarakat terhadap kualiti kerja kakitangan awam. Ini amat bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri untuk meningkatkan prestasi dan mutu kerja terhadap lebih 1.2 juta penjawat awam.
Kejadian seumpama ini harus tidak berulang dan patut dijadikan pengajaran. Dalam dunia globalisasi kini, wujud pelbagai bentuk dan jenis penipuan yang tak terduga dek akal, hanya menunggu masa tatkala kita leka dan alpa.
Wednesday, April 14, 2010
Mahu Tak Mahu, Kena Setuju Jugak...

Jangan harap orang Penang nak undi BN
"Sejak tahun 1993 hingga tahun 2006, syarikat konsesi telah mengutip sebanyak RM1.7 bilion sedangkan kos penyelenggaraan jambatan itu hanya RM968 juta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Naik Pangkat Sure Kena Transfer...
Apa pun aku berbangga sekalipun terpaksa meninggalkan bumi Malaysia walaupun bukan tanah kelahiran aku. Menjadi expatriate memang banyak kelebihannya kerana pakej dan perks amat menarik.
Anak-anak dapat belajar di international school, dah tentu hebat berbanding ngan tahap pendidikan di Malaysia. Medical coverage mengalahkan VVIP Malaysia dan banyak lagi.
Kesimpulannya, kalau betul aku akan dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke luar Malaysia, akan aku ambilnya sebagai satu cabaran dan contoh kepada anak-anak aku agar mereka lebih berjaya dari aku suatu ketika nanti.
Dan mungkin aku akan mengucapkan hai hai bye bye kepada poliTAIK di Malaysia.
Kah kah kah!!!...
Tuesday, April 13, 2010
Boleh Tahan Jugak Panas Ni...

Nak pasang air-cond bagi suasana sejuk pun bukannya tak mampu tapi rumah pun punya daif risau reban bila aku pasang air-cond. Kesian kakitangan klinik kesihatan ni. Kem. Kesihatan tak der duit sangat ka nak jaga kebajikan kakitangannya.
Aku malas nak copy & paste, sekadar menyertakan linknya saja untuk para pembaca yang rajin membaca posting berkenaan.
Bukan apa, risau jugak sbb aku ni bukannya fanatik poliTAIK... So, baca dan nilai sendiri sbb aku tak pasti sahih atau tidak, benar atau tidak, tepat atau tidak posting ini. Dah aku terbaca, tak salah kalau aku kongsikan bersama, kan kan kan.
Thursday, April 08, 2010
2 Cerita Sama Waktu Di Tempat Berbeza...
Baca di sini kemudian baca yang ni pulak dan nilaikan sendiri, sapa yang dok buat hal... Aku tak nak copy & paste posting tersebut kerana ingin mengekalkan integriti maklumat tersebut.
Apa nak jadi ngan Malaysia???...
Sebab itu aku merasakan penting agar adanya barisan pendesak yang kuat di kalangan pembangkang yang bersatu membongkar salahlaku pihak tertentu.
I'm not against parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi kecoh berdemo pasai bahasa kebangsaan nor I'm supporting PR.
Kah kah kah!!!...
Saturday, April 03, 2010
Awas Org Hulu Selangor, Kencing Manis Dah Melanda...
Bagi mengikuti perkembangan penularan penyakit ini, sila layari link di bawah:
1. Di sini ada.
2. Tang sini pun ada.
3. Sini pun ada jugak!
4. Pun ada jugak tang ni.
Rasanya biarlah hampa semua kena penyakit kencing manis ni daripada hampa kena penyakit dikencing, kwang kwangg kwanggg!
Aku rasa hampa ni semua macam ayam daging. Dijamu ngan pelbagai gula-gula, bila dah kenyang gerenti kena sembelih. Macam depa dok buat selalu tiap kali PRK.
Kali ni, biaq hampa kenyang lepaih tu lari jangan sampai kena sembelih. Suruh depa siapkan dulu projek-projek pembangunan yang dijanjikan baru buat pilihanraya. Takat nak berjanji aku pun buleh kerana depa mengamalkan konsep menghukum sesiapa yg tak mengundi depa.
Untung kalau area mana yg masih tak membangun mengalami kematian wakil rakyat mereka.
Kah kah kah!!!...
Friday, April 02, 2010
Sibuk Membaca dan Mengimbau Kembali...

Ianya bagaikan meletakkan aku di tempat dan masa seperti yg diceritakan oleh pengendali blog berkenaan kerana sebagai seorang yang mempunyai latar belakang ketenteraan, pastinya pengalaman tersebut membuatkan aku merasa betapa tahap keperwiraan pegawai dan anggota tentera dulu tersangatlah tinggi. Malah tidak layak untuk dibandingkan dengan pegawai dan anggota tentera sekarang yang hanya tahu main golf saja. Kalau tak, masakan enjin kapal terbang pun boleh hilang... kapal Inderapura buleh terbakar menjadi tukun, ramai anggota terlibat ngan dadah tak termasuk rasuah lagi tuuu...
Bagi pembaca yang ingin menambahkan ilmu tawarikh mereka, layari dan bacalah blog ini kerana ianya dapat merehatkan minda kita dari terlalu berpoliTAIK.
Kah kah kah!!!...
Friday, March 26, 2010
Copy Paste Sbb Lidah Kelu Akibat Terkezut...
Posted by Anak Sungai Derhaka at 12:00:00 AM
Kita sering mendengar berita-berita yang memaparkan kezaliman Yahudi terhadap penduduk Islam Palestine, berbagai-bagai jenis kezaliman mereka gunakan terhadap penduduk Islam Palestine,..
Mereka sering menjadi mangsa keganasan Polis dan Tentera Yahudi, mereka dibelasah tanpa belas kasihan,ditangkap dan dipenjarakan oleh puak Yahudi tanpa peluang membela diri, Tembok batu dibina bagi memisahkan mereka dengan dunia luar, kawasan tanaman mereka dimusnahkan kereta kebal Yahudi, hak mereka untuk beribadat di halang..
Tanah yang mereka duduki sekian lama dirampas Yahudi dan rumah mereka dirobohkan bagi membina penempatan haram Yahudi…
Kini kita patut bersyukur kehadrat Illahi kerana kita tidak perlu menyabung nyawa untuk ke Palestine untuk melihat semua itu…
Apa yang perlu kita buat hanyalah menoleh kearah Negeri yang dikuasai oleh Pejuang Bangsa di selatan tanahair iaitu Johor…
Dalam kejadian 12 rumah yang didakwa rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran, Kempas, Johor telah dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Galian daerah, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Seramai 12 pegawai dan 112 anggota polis telah ditempatkan di kawasan berkenaan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam berada dalam keadaan terkawal bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
Satu lagi kampung Melayu bakal hilang dari muka bumi, mereka dah tinggal di sini selama 36 tahun dan di halau keluar tanpa sebarang pampasan....
Selama 36 tahun itulah mereka telah dijanjikan berbagai oleh sang penguasa bagi menjamin penguasaan mereka..
Ketika Kampung Buah Pala menghadapi nasib yang sama Media UMNO/BN riuh rendah mencanangkan kekejaman yang kononnya dilakukan terhadap penduduk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang walhal tanah Kampung BUah Pala itu telah dijual semasa era Koh Tsu Koon lagi.. dan penduduk Kampung Buah Pala juga telah diberikan pampas an yang setimpal.
Kalau Kampung Buah Pala yang dianngap setinggan, penduduk diberikan pampasan RM250,000.00 dan lot rumah, apa bezanya dengan Kampung Denai Pinggiran ini?
Adakah kerana Kampung Buah Pala terletak didalam Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan Kampung Denai Pinggiran ini terletak didalam negeri yang diperintah oleh UMNO/BN maka layanan terhadap penduduk berbeza?

Inilah nasib orang melayu di bumi Johor.....Moga UMNO terus perintah Johor!
























