Kontraktor Stadium Gong Badak bina istana baru
Syarikat yang dipertanggung-jawab membina laluan dari Jalan Duta ke istana baru itu pada kos RM130 juta adalah kontraktor yang sama membina stadium berkenaan.
Sehubungan itu, Ngar hari ini di lobi parlimen mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terbabit membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong.
Semasa sesi soal-jawab semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.
Kontrak pembinaan istana itu diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka, kata Yong.
Katanya, kontrak tersebut diberikan melalui cara tersebut kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.
2 comments:
haha~ biasa la. nak bagi sana 'makan'. sini 'makan'. situ 'makan'. tak mustahil bila istana baru siap-kos mungkin jadi 3 atau 4kali ganda dari kos asal!!
oh, cakap pasal stadium di gong badak-awat sampai sekarang depa tak buat apa pun? untung juga jadi kontraktor macam ni ya~ tiba-tiba rasa nak tukar profession. boleh jadi kaya sebelum malaysia bankrupt! eh?
Hi Juliana
That's why I'm saying "You Help Me, I'll Help You"...
You help me by contributing some monies and in return I'll help you sweep the issue under the carpet.
But before you can be a contractor, I sure you need to spend substantial amount of monies just to be in within their crony.
Post a Comment