Wednesday, May 05, 2010

Pengajaran Dari Sang Beruang...

Seekor beruang yang sedang berjalan-jalan di sebuah jambatan telah dikezutkan oleh sebuah kereta yang tiba-tiba datang dari arah belakang. Ini menyebabkannya melatah dan melompat dari jambatan berkenaan. Nasibnya baik kerana dia sempat berpaut pada struktur di bawah jambatan tersebut.

Sambil mengenangkan nasib dan masa depannya, beruang tersebut dah ketandusan idea cara untuk menyelamatkan diri. Akhirnya dia buat keputusan untuk tidur sebentar.

Masa sedang tidor sebentar tu, para penyelamat telah datang untuk menurunkan beruang berkenaan.

Akhirnya beruang tersebut berjaya diturunkan dan menyedari lain macam ajer yg dia rasa, beruang tersebut terjaga. Seronoknya dia kerana telah selamat turun ke bawah.

MORALE OF THE STORY:

Kekadang kalau ada masalah, kita hanya perlu tidor sebentar (take a nap) then the problem will be resolved by itself. Maybe your brain is tired.

Copy cerita ni dan hantar kepada boss semoga dia tahu kenapa anda tertidur semasa kerja

Kah kah kah!!!...

Monday, May 03, 2010

Mari Berfikir Sejenak...


Mari kita renung gambar di atas dengan mengkaji apakah message yang hendak disampaikan dengan penuh keikhlasan dan keinsafan.

Jangan kita peduli samada dia pendatang asing tanpa izin atau tidak. Apa yang pasti kasih sayang adik beradik hatta semiskin mana pun mereka ini.

Friday, April 30, 2010

Sapa Jual Negara???...

Aku cedok bulat-bulat dari posting Tun Dr. Mahathir dari sini. Hampa baca dan pikiaq sendiri pasai apa aku marah sangat kat um-NO, oppsss! silap bukan um-NO tapi AP-NO!!!

1. The Edge Financial Daily, an article by Joseph Chin (The Edge, April 22nd) as well as Brunei Times reported a substantial oil producing offshore area in the South China Sea, namely Block L and Block M, were no longer a part of Malaysia.

2. Malaysians and the Malaysian media did not ask how this came about. It would seem that the loss of a huge oil producing area that had apparently belonged to Malaysia is okay.

3. Block L and Block M had been claimed by Malaysia based on historical facts. Accordingly, Petronas entered into a production sharing contract with Murphy Oil to start drilling to produce oil. It is estimated that the reserves amounted to almost 1 billion barrels.

4. Abdullah Badawi negotiated with the Sultan to get back Limbang in Sarawak. In return he agreed to surrender the two blocks to Brunei. No Petronas representatives were present, only foreign office staff and the foreign affairs adviser to the PM.

5. As we all know Abdullah triumphantly announced that he had settled the Limbang claim with Brunei (here). No mention was made of the two blocks.

6. Brunei disclaimed (here) that they had agreed to give up Limbang. The foreign office and Abdullah did not rebut Brunei's statement.

7. Now it is made clear that the two blocks are no longer a part of Malaysia.

8. Abdullah has caused Malaysia to lose at least US100 billion dollars (about RM320 billion) of Malaysia's oil in this agreement.

9. Can Wisma Putra please explain why it did not stop Abdullah.

Tuesday, April 20, 2010

Nak Pakai Tudung Pun Kena Penampaq Ngan Bapak...

Sedih aku mengenangkan apa dah jadi dengan umat Islam di Malaysia ini selepas membaca e-mail yang dikirimkan. Aku paparkan di sini e-mail berkenaan tanpa sebarang perubahan langsung untuk renungan kita bersama...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takdak siapa nampak cara aku
mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat
sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk
giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal
dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah
langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik
kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi
kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain.
Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi
kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik.
Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa
aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan
masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku!
Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh.... sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa
malu kalau cheq pakai tudung. Salah ka kalau cheq nak tutup aurat cheq?
Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! labuh pelempang ke muka aku sekali lagi
sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak
pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI
TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama,
hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja!
Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki!
Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena
tampaq, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

Kah kah kah!!!...

Thursday, April 15, 2010

Sikap Sebenar Mereka Terhadap Kerja Dah Dibogelkan...

KISAH seorang remaja bekas pelajar cemerlang yang menyamar sebagai kerabat diraja dengan gelaran ‘Tuan Muda’ melawat kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Pahang baru-baru ini amat memeranjatkan. Walaupun cerita ini nampak lucu, namun inilah realitinya.

Sebelum ini, kita telah melihat dan mendengar pelbagai modus operandi penipuan, namun kali ini amat memeranjatkan kerana bukannya kecil-kecil orang yang terkena tetapi Exco kerajaan negeri, pegawai kanan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), malahan pihak polis turut sama terlibat dalam insiden ini.

Timbul persoalan tentang sikap dan mutu kerja di jabatan-jabatan terbabit kerana ia nampak seperti kecuaian atau sikap acuh tak acuh dalam menjalankan tugas. Dalam kes ini, mungkin taksub dan memandang ringan apatah lagi surat itu datangnya dari istana, maka berlakulah arahan tanpa usul periksa.

Sebagai rakyat, saya berharap kejadian seumpama ini tidak dipandang sepi oleh semua pihak terutamanya jabatan dan agensi kerajaan kerana ia memperlihatkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti yang merupakan ciri-ciri utama bagi tadbir urus yang baik.

Lebih daripada itu ia mengundang pandangan kurang senang dan sinis masyarakat terhadap kualiti kerja kakitangan awam. Ini amat bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri untuk meningkatkan prestasi dan mutu kerja terhadap lebih 1.2 juta penjawat awam.

Kejadian seumpama ini harus tidak berulang dan patut dijadikan pengajaran. Dalam dunia globalisasi kini, wujud pelbagai bentuk dan jenis penipuan yang tak terduga dek akal, hanya menunggu masa tatkala kita leka dan alpa.

sumber dari sini...

Wednesday, April 14, 2010

Mahu Tak Mahu, Kena Setuju Jugak...


Ku petik bintang-bintang... lagu nyanyian Kenny, Remmy & Martin. Untuk itu, aku copy paste "lirik" lagu berkenaan untuk bacaan ramai. Mau tak mau, aku kena setuju dengan lirik ini kerana ada kebenarannya.

Jangan harap orang Penang nak undi BN

Kepala hotak Lim Guan Eng ni memang bergeliga habih kalau bab politik ni. BN yang berpengalaman dan Umno yang dikatakan raja dalam soal politik tempatan ni pun terkena ngan dia.

Dalam dok kelam kabut PRK di Hulu Selangor, Guan Eng dan lagi promote yang kerajaan BN dengan Umno sebagai tunggak pemerintahannya sebagai tak boleh pakai. Guan Eng berjaya letakkan BN memang kerja depa nak naik harga barang dan menyusahkan rakyat saja. Dalam laporan Bernama, kerajaan negeri merayu Kerajaan Pusat untuk tidak naikkan tol jambatan Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata tindakan menaikkan kadar tol adalah tidak wajar dan hanya membebankan pengguna.

"Sejak tahun 1993 hingga tahun 2006, syarikat konsesi telah mengutip sebanyak RM1.7 bilion sedangkan kos penyelenggaraan jambatan itu hanya RM968 juta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hangpa jangan dok harap dah la orang Penang nak undi BN dalam PRU ke 13 nanti. Kelaku BN khasnya Umno memang hodoh. Mana dia Perkasa, awat tak bising bising ni. Hangpa ingat jambatan Pulau Pinang tu Cina ngan Hindu saja ka pakai kena bayar tol. Melayu pun kena bayaq harga yang sama jugak la, ngook...

Naik Pangkat Sure Kena Transfer...

Angin barat daya dah bercampur aduk dengan angin timur barat, utara selatan, timur dan barat. Nama aku dah timbul untuk kenaikan pangkat yang pastinya akan ditukarkan ke tempat lain yang tidak bernama Malaysia.

Apa pun aku berbangga sekalipun terpaksa meninggalkan bumi Malaysia walaupun bukan tanah kelahiran aku. Menjadi expatriate memang banyak kelebihannya kerana pakej dan perks amat menarik.

Anak-anak dapat belajar di international school, dah tentu hebat berbanding ngan tahap pendidikan di Malaysia. Medical coverage mengalahkan VVIP Malaysia dan banyak lagi.

Kesimpulannya, kalau betul aku akan dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke luar Malaysia, akan aku ambilnya sebagai satu cabaran dan contoh kepada anak-anak aku agar mereka lebih berjaya dari aku suatu ketika nanti.

Dan mungkin aku akan mengucapkan hai hai bye bye kepada poliTAIK di Malaysia.

Kah kah kah!!!...

Tuesday, April 13, 2010

Boleh Tahan Jugak Panas Ni...


Suasana panas berkaitan dengan pelbagai perkara mengenai APCO menjadi semakin panas dengan pendedahan yang dibuat oleh blog ini.

Nak pasang air-cond bagi suasana sejuk pun bukannya tak mampu tapi rumah pun punya daif risau reban bila aku pasang air-cond. Kesian kakitangan klinik kesihatan ni. Kem. Kesihatan tak der duit sangat ka nak jaga kebajikan kakitangannya.

Aku malas nak copy & paste, sekadar menyertakan linknya saja untuk para pembaca yang rajin membaca posting berkenaan.

Bukan apa, risau jugak sbb aku ni bukannya fanatik poliTAIK... So, baca dan nilai sendiri sbb aku tak pasti sahih atau tidak, benar atau tidak, tepat atau tidak posting ini. Dah aku terbaca, tak salah kalau aku kongsikan bersama, kan kan kan.

Thursday, April 08, 2010

2 Cerita Sama Waktu Di Tempat Berbeza...

Aku hairan dengan permasalahan ini. Makanya aku menjemput para pembaca yang rajin membaca agar membaca dan memberi pandangan ikhlas.

Baca di sini kemudian baca yang ni pulak dan nilaikan sendiri, sapa yang dok buat hal... Aku tak nak copy & paste posting tersebut kerana ingin mengekalkan integriti maklumat tersebut.

Apa nak jadi ngan Malaysia???...

Sebab itu aku merasakan penting agar adanya barisan pendesak yang kuat di kalangan pembangkang yang bersatu membongkar salahlaku pihak tertentu.

I'm not against parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi kecoh berdemo pasai bahasa kebangsaan nor I'm supporting PR.

Kah kah kah!!!...

Saturday, April 03, 2010

Awas Org Hulu Selangor, Kencing Manis Dah Melanda...

Ingin aku mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan para pengundi di Hulu Selangor agar berhati-hati dengan wabak penyakit Kencing Manis yg dah mula melanda kawasan anda.

Bagi mengikuti perkembangan penularan penyakit ini, sila layari link di bawah:

1. Di sini ada.
2. Tang sini pun ada.
3. Sini pun ada jugak!
4. Pun ada jugak tang ni.

Rasanya biarlah hampa semua kena penyakit kencing manis ni daripada hampa kena penyakit dikencing, kwang kwangg kwanggg!

Aku rasa hampa ni semua macam ayam daging. Dijamu ngan pelbagai gula-gula, bila dah kenyang gerenti kena sembelih. Macam depa dok buat selalu tiap kali PRK.

Kali ni, biaq hampa kenyang lepaih tu lari jangan sampai kena sembelih. Suruh depa siapkan dulu projek-projek pembangunan yang dijanjikan baru buat pilihanraya. Takat nak berjanji aku pun buleh kerana depa mengamalkan konsep menghukum sesiapa yg tak mengundi depa.

Untung kalau area mana yg masih tak membangun mengalami kematian wakil rakyat mereka.

Kah kah kah!!!...

Friday, April 02, 2010

Sibuk Membaca dan Mengimbau Kembali...


Aku tidaklah berapa sibuk dengan tugas harian samada di pejabat atau di rumah tetapi aku sibuk membaca setiap posting yang terdapat di dalam blog ini.

Ianya bagaikan meletakkan aku di tempat dan masa seperti yg diceritakan oleh pengendali blog berkenaan kerana sebagai seorang yang mempunyai latar belakang ketenteraan, pastinya pengalaman tersebut membuatkan aku merasa betapa tahap keperwiraan pegawai dan anggota tentera dulu tersangatlah tinggi. Malah tidak layak untuk dibandingkan dengan pegawai dan anggota tentera sekarang yang hanya tahu main golf saja. Kalau tak, masakan enjin kapal terbang pun boleh hilang... kapal Inderapura buleh terbakar menjadi tukun, ramai anggota terlibat ngan dadah tak termasuk rasuah lagi tuuu...

Bagi pembaca yang ingin menambahkan ilmu tawarikh mereka, layari dan bacalah blog ini kerana ianya dapat merehatkan minda kita dari terlalu berpoliTAIK.

Kah kah kah!!!...

Friday, March 26, 2010

Copy Paste Sbb Lidah Kelu Akibat Terkezut...



Anda baca, lihat dan fikir serta nilai sendiri tindakan sebegini. Agaknya kalau terjadi di Penang atau Kedah, habih seluruh warga kerja Media Prima berkampung di kawasan tu. Nasib org yang terlibat ini tidak mendapat liputan kerana Johor berada di dalam pemerintahan parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi kecoh dok berdemo pasai isu penggunaan bahasa kebangsaan.

Kita sering mendengar berita-berita yang memaparkan kezaliman Yahudi terhadap penduduk Islam Palestine, berbagai-bagai jenis kezaliman mereka gunakan terhadap penduduk Islam Palestine,..

Mereka sering menjadi mangsa keganasan Polis dan Tentera Yahudi, mereka dibelasah tanpa belas kasihan,ditangkap dan dipenjarakan oleh puak Yahudi tanpa peluang membela diri, Tembok batu dibina bagi memisahkan mereka dengan dunia luar, kawasan tanaman mereka dimusnahkan kereta kebal Yahudi, hak mereka untuk beribadat di halang..

Tanah yang mereka duduki sekian lama dirampas Yahudi dan rumah mereka dirobohkan bagi membina penempatan haram Yahudi…

Kini kita patut bersyukur kehadrat Illahi kerana kita tidak perlu menyabung nyawa untuk ke Palestine untuk melihat semua itu…

Apa yang perlu kita buat hanyalah menoleh kearah Negeri yang dikuasai oleh Pejuang Bangsa di selatan tanahair iaitu Johor…



Dalam kejadian 12 rumah yang didakwa rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran, Kempas, Johor telah dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Galian daerah, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Seramai 12 pegawai dan 112 anggota polis telah ditempatkan di kawasan berkenaan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam berada dalam keadaan terkawal bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.


Berpura-purakah anak-anak kecil ini?

Satu lagi kampung Melayu bakal hilang dari muka bumi, mereka dah tinggal di sini selama 36 tahun dan di halau keluar tanpa sebarang pampasan....

Selama 36 tahun itulah mereka telah dijanjikan berbagai oleh sang penguasa bagi menjamin penguasaan mereka..

Ketika Kampung Buah Pala menghadapi nasib yang sama Media UMNO/BN riuh rendah mencanangkan kekejaman yang kononnya dilakukan terhadap penduduk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang walhal tanah Kampung BUah Pala itu telah dijual semasa era Koh Tsu Koon lagi.. dan penduduk Kampung Buah Pala juga telah diberikan pampas an yang setimpal.

Kalau Kampung Buah Pala yang dianngap setinggan, penduduk diberikan pampasan RM250,000.00 dan lot rumah, apa bezanya dengan Kampung Denai Pinggiran ini?

Adakah kerana Kampung Buah Pala terletak didalam Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan Kampung Denai Pinggiran ini terletak didalam negeri yang diperintah oleh UMNO/BN maka layanan terhadap penduduk berbeza?

















Kemana menghilang pejuang-pejuang Bangsa, kemana menghilang Presiden Perkasa? Adakah kerana tidak menguntungkan mereka penduduk Kampung Denai Pinggiran dibiar sendirian meratap hiba mengenang nasib mereka?

Inilah nasib orang melayu di bumi Johor.....Moga UMNO terus perintah Johor!

Tuesday, March 23, 2010

Laporan Yang Tak Penuh...

Aku merujuk kepada 2 posting aku sebelum ni untuk mendapatkan bantuan CSI: New York dan CSI: Miami bagi pengesahan maklumat.

Kesimpulan yang aku dapat adalah sejajar dengan pandangan aku sebelum-sebelum ini iaitu,orang-orang yang kehilangan peluang merampok hasil bumi Kedah atau hilang mata pencarian dik kerana peralihan pentadbiran Kedah saja yang mengatakan ekonomi negeri ini terguling. Org yg tak mengharapkan kontrak KERAjaan kata, ekonomi tidak seburuk yg disangkakan. Yang mendapat kontrak KERAjaan pulak kata, mereka dapat melalui open tender, bukan direct awards.

Keduanya, Konsep 1Malaysia dan One Israel lebih kurang sama saja sebab dinasihatkan oleh pihak yang sama. Begitu juga konsep One Nation, One People, One Singapore.

Macam tu laaa... Setiap pandangan orang adalah berbeza tertakluk kepada persepsi sendiri dan kepentingan diri.

Kah kah kah!!!...

Wednesday, March 17, 2010

Kena Minta Tolong CSI:New York Plak...

Belum sempat CSI:Miami nak siasat pasal keadaan ekonomi Kedah seperti posting aku sebelum ni, timbul pulak isu mengenai konsel 1 Malaysia dan One Israel. Maklumat ini aku dapat dari sini.

Kerana itu aku terpaksa meminta bantuan dari CSI: New York buat cross-check sbb gerenti Miami punya team tak sempat nak buat kerja tu.

Adusss, no wonder Bini Rosmah lantik APCO jadi perunding imej dah tentu sama macam Yahudi punya konsep sbb company tu pernah buat untuk pemimpin negara Yahudi tu.

Kita nantikan apa laporan CSI:New York pulak.

Jeng jengg jenggg!!!...

Tuesday, March 16, 2010

Sat No... Biaq Saya Buat Cross-Check Dulu...

Sejak dua tiga hari ni, banyak berita dan kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin dari parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi kecoh berdemo pasai bahasa kebangsaan mengenai keadaan ekonomi di negeri jelapang padi. Ini termasuklah yg datang dari ahli komponen Beer-N yang lain.

Aku rasa hairan dan pelik sebab pada aku sendiri, pengalaman berjalan ke Kedah terutamanya Langkawi menceritakan sebaliknya. Banyak kedai-kedai perniagaan tumbuh macam cendawan yg sentiasa penuh ngan pelanggan.

Pada aku lah, kalau ekonomi Kedah tak maju, kenapa orang berani membuka perniagaan baru atau mungkin mereka dah terlalu kaya sampai duit banyak tak tau nak buat apa.

Nanti aku akan cuba hubungi beberapa orang sahabat yang juga seorang peniaga, kontraktor dan yg seangkatan denganya yang tidak berpoliTAIK mengenai pandangan mereka terhadap keadaan ekonomi Kedah.

Rasanya, aku lebih percaya pada mereka sebab lebih mengenali dari mengenali pemimpin dari Beer-N. Yg menjadi faktor utama adalah mereka tidak langsung terlibat dengan poliTAIK.

Nantikan kemunculan laporang ini.

Kah kah kah!!!...

p/s: Suka betul aku ngan CSI:Miami ni sebab para pelakonnya yang ada style dan cun-cun.

Monday, March 15, 2010

Welcome Aboard...


I hope you will get a first hand experience of being a seaman. Memang seronok dapat layan baik malah sempat berBBQ di open sea. Seronokkan?

Cuma nasihat saya agar anda janganlah sekadar menjadi kelasi kapal biasa-biasa saja. Saya mencabar anda agar menjadi crew kapal yang berjawatan tinggi seperti Captain ke, 2nd Officer ker, Engineer ka atau apa-apa jawatan yang tinggi.

Caranya adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah dengan usaha gigih anda sendiri.

Perlu diingatkan di sini bahawa crew saya yang berjawatan agak tinggi bukannya mempunyai kelulusan melangit. Kebanyakan mereka adalah bekas Navy yang hanya memegang jawatan paling tinggi pun Petty Officer saja. Skrg ni ada yg dah jadi Navigation Officer.

Moral of the story, usaha tangga kejayaan dan most importantly no pain no gain.

It is up to you now and the ball is in your court!

GOOD LUCK!!!...

Tuesday, March 09, 2010

His A&P Is Effective

Why I said his A&P is effective?

Because he managed to make me surf one posting in the blogspot which is good for reading and share with others. In the interim, I linked the said posting of the blog here for others to read as well provided they passed the PPSMI. Should you are lazy to click the link, please read the posting below and think wisely. I leave it to you as I expect you have your own brain and not in denial syndrome.

In a few days time, Penang will celebrate the 2nd anniversary of Pakatan Rakyat's Government. What can we expect from a 2 years old Government which are constantly being sabotaged by umno/bn, federal fund not forth coming, NGOs logical or illogical arguments, MACC, PDRM and Penangnites themselves.

Many accusations against the PR Government were in fact from the losers but sadly it does influence some of the people who are weak and expect a miracle to happen over night from the PR Government.

Abuse of power by the Federal Government in applying different sets of law in governing in the hope to disrupt and destroy Pakatan Rakyat. Federal Fund is off limit to PR rule States, gathering by PR is illegal but not umno and party align to umno, MACC will go all out to investigate all reports against PR members but hundreds of reports against umno are gathering dust and the list goes on.

Penangnites are themselves to be blamed. They want progress but when progress encroaches into their life they will scream that the PR Government does not care about them. When illegal squatters have to make way for development, NGOs joined in to defend and wanted to claim the heritage status because it is over 100 years old. If base on the logic that any place that is 100 over years old must be classified as heritage, then, there will not be any development as mostly all places in Penang are over 100 years old.

They want better transport system, better environment and improvement in everything, they want to be on par or even better than Singapore or Hong Kong but they do not want to make sacrifice.

For a better infrastructure to accommodate a better transport system and constructing the MRT or Skyway, do the people knows that land space and many existing structures may have to go? Are they willing to sacrifice and accept compensation in lieu for relocation?

Coming to development, since the flat land are untouchable or not available, developers have to go for the hill. Many Penangnites love to live and die in Penang and the population keeps growing but how to accommodate them when there are shortage of housing development land.

So, the only option is Hill Development. Many are now going to shout and scream at me for mentioning Hill Development. What is actually wrong with hill development, things that come to mind are, landslides that cause inconvenient to those who are living at the foot of the hill, fearing that the building might collapse, destroying of the environment and bla bla bla.

Let me tell you my experience how Singapore developed their land when I was working as construction worker during the 70's. Just like Penang, Singapore were filled with 100 over years old buildings yet they still can manage to develop into a first world country.

My boss got a HDB housing project located in Bedok and within the area stood a small hill with a Chinese temple sitting at the top. After about 6 months into construction of our project, we started to see that the temple was demolished and tractors starting to cut the hill. The hill was slowly trimmed off from the top and then leveled to the same ground level as our construction site to create more land space. Other than this hill many squatters and landed housing were cleared including vegetable farms and fishing ponds. There were no protest of any kind. The last trip I was in Singapore, I visited Bedok and witness the once rural area being developed into such a beautiful township.

If man can step foot on the moon and venture into outer space, what is really wrong with hill development. Does the people have no faith whatsoever with our consultants? I do not want to go into or accuse anyone of what had happened to collapsed high rise buildings of the past. What we have to do is to search for a solution to our housing needs.

Development on hill slope can be carried out and beautifully crafted out if proper planning and management are imposed and people with integrity, honesty such as the developers, consultants, contractors and the authority working together while placing the interest of the people, environment and safety first and profit second.

When a hill development project is initiated, the consultants and authority must be in the forefront to provide the assurance that their designs and construction method are safe on hill slope. Next comes the developer and contractors to guarantee that they will follow the approved plans to the dot and no short cut or saving cost while the consultants and authority will be supervising the project strictly.

When you slaughter a chicken, blood will spill. When hill development is under construction and if it rains, there are bound to be minor landslide occurring but it should be minimal if the construction works are carried out according to the consultant and authority requirements. People living at the foot of the hill must understand the situation that it is temporary and once the development is completed, things will return to normal.

I can hear some mumbling and cursing, that I do not stay there and does not know the danger and inconvenience that the landslide causes. Well I agree, but again as I said above, any hill development must be strictly controlled by the consultants and authority and not just leave it to the developers and contractors.

Well, you want your children and future generation to live in this wonderful island, you need to sacrifice and give in a little.

Lastly, people are complaining that election promises are not kept. I had seen many people including my friends complaining that they are not happy with their spouses simply because they did not keep their promises on many things before getting married. Why they cannot keep their promises? The situation, including monetary and working environment may have changed before and after marriage not mentioning the arrival of kids that can change many things. There are many other situations in your life that you cannot keep your promises. I hope that with this example many of you can at least weigh the predicaments that the PR Government are facing not just the Federal Government/umno/bn onslaught but by the laws that sometimes can be unjust.

It takes years and much effort to make good what had been mismanaged for over 50 years. Just like when you met with a serious accident with broken leg, broken arm, broken ribs and some brain damage, you need time to recuperate before you can be your old self again.

We have learn and found out that umno/bn is not suitable to run this country any more because of their lies, mismanagement, corruptions and the disharmony that they have created among the races hence the 308 tsunami.

I am quite comfortable and satisfy with Pakatan Rakyat Government for the past two years. The slow progress is due mainly to what I had observed and shared with you above. The people of Penang must help the PR Government in order for PR to help them, be willing to sacrifice a little, be patient and not fall into the trap of umno/bn's instigation. The next two years are going to be even tougher as umno will be on the rampage to discredit the PR Government for the malay voters as the next GE gets closer. I hope my Malay brothers and sisters will not succumb to umno/bn political ploy.


Saturday, March 06, 2010

Masuk Gear Reverse Tapi Nak Ke Depa...

Kekadang malah bukan dah kekadang tapi selalu aku hairan ngan ahli parti meLAYU yang nama pun masih menggunakan bahasa penjajah tapi dok berdemo pasai bahasa kebangsaan. Setiap kali mereka mengeluarkan statement, mesti naik biol orang yg membacanya.

Yang terbaru adalah Si Rais Yatim yang mengingatkan masyarakat agar tidak terlalu cenderung menatap komputer hingga mengenepikan tabiat membaca buku. Aku dapat berita ini dari blog ~MUMMY ROKIAH di sini.

Aku tidak tahu apakah maksud sebenar mangkaq ni mengeluarkan ingat sedemikian. Adakah kerana beliau bimbang dengan berita benar, cerita yang betul dan kenyataan yang nyata mengenai pelbagai tindakan ahli partinya yang membuat kerja tak betul disiarkan? Ini merujuk kepada 1001 macam punya blog lah.

Zaman sekarang adalah zaman yang pantas. 1001 ilmu ada di dalam rangkaian komputer dan hanya memerlukan masa yang singkat untuk kita mendapat 1001 jawapan. Kalau menggunakan buku, jenuh nak mencari buku berkenaan, bukannya ada banyak di pasaran. Lepaih tu jenuh plak nak menyelak helaian mana.

Halo Rais, apa kata engkau kurangkan penggunaan komputer di Kementerian ko tu dulu. Tengok samada kakitangan ko tu rajin membaca dan pantas membuat kerja.

Langkah pertama, ko punya website tu kasi nyah. Penerangan mengenainya dibuat melalui cetakan buku. Berapa org akan membacanya.

Itu belum dikira kalau ada sebarang update, perubahan yang perlu dibuat. Nak kena cetak pulak buku tu. Kalau menggunakan rangkaian komputer, kan senang kerja-kerja suntingan dan carian.

Apa punya tur la ahli parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi dok berdemo pasai bahasa kebangsaan ni.

Kah kah kah!!!...

Friday, March 05, 2010

Bermaknakah Ia Pada Bangsa Melayu...

Semua ahli parti melayu yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah tapi dok berdemo pasai bahasa kebangsaan dok berasa seronok sekarang ni kerana peratusan 2/3 parti Beer-N di Parlimen semakin hampir.

Mengulangi kenyataan/komen dari saudara airman_1 di sini menyebabkan aku membuat kesimpulan segera iaitu mereka-mereka yang telibat hanya mementingkan diri sendiri dan bukannya ingin menjaga bangsa sendiri. Aku tampalkan komen beliau itu di sini.
Kamal Sanusi said...

Jgn nak mimpi aku akan menghormati KERAjaan yang ditubuhkan dengan apa juga cara sekalipun selain daripada dengan cara rakyat yang memilih.

You may win the battle but in war... tak tentu lagi.

Kah kah kah!!!...

airman_1 said...

salam,jangan dok perasan 2/3
kalo 2/3 pun melayu dah huru hara tak dak makna pun....




Kalau dah kurang 2/3 di Parlimen selepas ditentukan oleh rakyat menerusi PRU-12, kenapa kelam-kabut dan menimbulkan suasana ketidaktentuan di dalam poliTAIK 1Malaysia. Cuba kuatkan kerja dan jalankan tanggungjawap sehinggalah PRU-13 nanti.

Then kita lihat samada segala usaha kita menjalankan setiap amanah yg diberikan oleh para pengundi berkesan atau tidak. Inilah masalah dengan orang yang tarak teloq, kecut mengalahkan pondan selain tergugat peluang untuk menambahkan kekayaan diri sendiri dan kroni.

Inilah sikap mereka-mereka yang tidak dapat menerima kenyataan dan keputusan rakyat. Dalam erti kata yang lain, mereka tidak menghormati rakyat jadi kenapa perlu kita menghormati mereka?

Kalau dah kalah tu, jgn dok salahkan padang buruk, pengadilan berat sebelah dan lain-lain yg sekasta dengannya. Kikiskan sikap bodoh sombong dan bongkak kerana rakyat dah makin cerdik kecuali ahli parti melayu yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah tapi kalut dok berdemo pasa i bahasa kebangsaan.

Kalau betul-betul mereka memperjuangkan nasib bangsa meLAYU, tunggu masa PRU-13 nanti la atau takut lagi terguling dan tak sempat nak buat harta?

Kah kah kah!!!...

Wednesday, March 03, 2010

Pendek Ajer...

Macam biasa, awal bulan ajer mesti semua orang akan sibuk. Ada yg sibuk tutup akaun, follow-up ngan creditors or debtors dan lain-lain lagi. Namun semuanya tidak melibatkan aku.

Tugas aku adalah seperti selalu merancang perlayaran kapal ke seluruh dunia bagi memastikan semua kontena dapat bergerak dan sampai ke destinasinya sebagaimana yang sepatutnya. Untung ada sistem perkomputeran yang membantu tugas aku. Kalau dibuat secara manual, mahu kefala hotak aku biol macam org yg berpoliTAIK melalui parti melayu Penang yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah tapi kecoh pasai bahasa kebangsaan.

Kesimpulannya, minggu ni aku sibuk!!!...
Have a break, watch this movie.