Friday, November 12, 2010

Penulisan Yang Paling Bernas Setakat Ini....

Aku copy & paste saja posting ini yg mana aku pasti pemilik blog berkenaan pun copy & paste dari sumber yg tidak dinyatakan kerana aku tahu sangat kepala hotaknya lagu mana....

Tajuk posting ni adalah Banjir di Kedah, Jangan Terlalu Menyalahkan MB (aku ubah skit bagi sedap membaca)

Banjir di Kedah semakin pulih. Sudah hampir 80% penduduk yang terlibat dalam bencana banjir di negeri utara Semenanjung itu, telah pun pulang ke rumah masing-masing. Namun kisah MB Kedah dan kepimpinan negeri yang 'kurang' memberikan perhatian, terus menjadi tajuk-tajuk utama sama ada di media baru, mahupun media-media tradisional.

Terbaru apabila MB Kedah mengamuk sakan di hadapan wartawan TV3 dan RTM apabila diminta mengulas tentang banjir di Kedah. Maka sekali lagi berita tersebut menjadi 'rebutan' untuk disiarkan oleh media-media baru khususnya blog, sama ada yang pro UMNO mahupun yang pro Pakatan mengikut versi masing-masing.

Banjir yang berlaku di Kedah telah membuka ruang untuk bermain politik bagi sesetengah pihak. Mungkin ada kecacatan di dalam perlaksanaan yang dilakukan oleh Kerajaan PAS, namun hakikatnya menafikan usaha mereka secara total adalah perbuatan yang tidak terpuji.

Kerajaan PAS Kedah, khususnya OSTAT Kita, biasanya kurang memberi ruang untuk UMNO dan Barisan Nasional menghentam. Namun apabila berlaku banjir dan kekecohan yang tercetus kerana faktor 'air naik terlalu cepat' seperti yang diterangkan oleh OSTAT Kita, menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional segera menggunakan kesempatan tersebut dengan sebaik-baiknya.

Sebenarnya hendak menyalahkan OSTAT Kita dan barisan kepimpinan negeri secara total, tidak boleh. Sebabnya, memang Kerajaan PAS Kedah telah melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan pada awal banjir. Namun liputan daripada media tradisional tidak menyeluruh sebaliknya tertumpu kepada tempat-tempat yang dikendalikan oleh pihak UMNO sahaja.

Walau apa pun alasan OSTAT Kita yang kedengaran tidak matang dan bahlol, ia tidak sepatutnya dijadikan sebagai alasan untuk sesetengah pihak menaikkan nama mereka dalam politik, khususnya di kalangan Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang sebelum ini tidak banyak berada di daerah kekuasaan mereka. Musibah banjir dilihat sebagai medan untuk menunjukkan mereka bekerja dan sangat diperlukan oleh rakyat.

Kita tidak perlulah banyak bercerita atau mempersoalkan tentang ketidakberkesanannya Kerajaan PAS Kedah kerana ia sememangnya sudah terbukti. Namun yang menjadi persoalannya ialah motif sebenar sesetengah pihak di dalam UMNO yang beria-ia memburukkan OSTAT Kita dan PAS Kedah biarpun sebenarnya mereka tidak perlu berbuat begitu.

Tindakan UMNO dan Barisan Nasional mengambil kesempatan memburuk-burukkan PAS Kedah tidak akan menjamin kemenangan mereka dalam pilihanraya yang akan datang. Sebaliknya, mereka perlu membuktikan keberkesanan kerja mereka, khususnya dalam usaha menghantar bantuan kepada rakyat Kedah tanpa mengira fahaman politik sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Menteri-Menteri Pusat yang sampai ke Kedah, kebanyakannya telah dikepung oleh warlord-warlord tempatan Kedah. Pastinya mereka tidak mendapat gambaran sepenuhnya tentang banjir di Kedah. Begitu juga dengan media-media arus perdana, khususnya media elektronik. Warlord-warlord UMNO Kedah biasanya bijak mengatur dan mengarang cerita untuk menunjukkan kepada bos-bos mereka dari Pusat tentang betapa bagusnya kerja mereka, betapa hebatnya mereka bekerja, betapa efisiennya mereka agar nama mereka berada di carta teratas.

Perhatikanlah bagaimana UMNO Kedah menjalankan tugas membantu rakyat Kedah. Di mana command-center mereka? Siapakah penyelaras mereka? Dan bagaimanakah bantuan diuruskan? Adakah bantuan yang mencurah-curah ke Kedah menerusi UMNO benar-benar sampai kepada mangsa banjir, atau sekadar sampai di pusat-pusat pemindahan semata-mata? Adakah Ketua-Ketua Bahagian UMNO Kedah berjalan dan meninjau suasana banjir dengan mengharung air banjir di kawasan mereka yang digenangi air? Atau mereka sekadar melawat seperti pelancong melawat beruk di dalam sangkar zoo?

Sekalipun tanggungjawab menangani masalah banjir terletak di bahu Kerajaan PAS Kedah, namun sebagai sebuah entiti yang mengaku mereka jauh lebih berjasa berbanding PAS, mengapa pula UMNO tidak ubah seperti PAS pada zaman sebelum PAS dilantik sebagai pentadbir negeri?

UMNO Kedah sebenarnya sangat berharap kepada undi daripada rakyat Kedah. Mereka boleh membusukkan nama PAS menerusi media, tetapi apabila pembusukan tersebut keterlaluan, maka rakyat Kedah pasti akan membuat penilaian semula. Program mangsa banjir mendapatkan bantuan sudah lama berlalu. Ini bukan zaman rakyat mencari bantuan atau mencium tapak kaki pemimpin untuk mendapatkan segenggam beras, sebaliknya pemimpin yang mencari mangsa-mangsa banjir, khususnya untuk kes-kes terpencil bagi memenangi hati rakyat.

Berapa ramai yang berbuat begitu, selain daripada berkokok di pusat-pusat pemindahan banjir semata-mata?

Contoh paling ketara adalah di Anak Bukit apabila sesetengah rumah mangsa banjir ditenggelami bubur lumpur separas lutut. Berapa banyak pasukan daripada UMNO Anak Bukit yang turun membantu penduduk yang menjadi mangsa banjir? Atau sukarelawan UMNO sekadar membersihkan masjid dan sekolah seperti yang dilakukan oleh sukarelawan dari PAS sahaja bagi menunjukkan yang mereka membantu?

Seharusnya sebagai pihak yang sangat mengharapkan undi daripada rakyat Kedah, UMNO perlu bekerja lebih keras daripada PAS. UMNO Kedah tidak boleh sama sekali memburuk-burukkan PAS sekalipun kerja yang dijalankan oleh PAS dalam bencana banjir ini, tidak ubah seperti hampas kelapa... dimasak tak boleh, diberi makan itik, itik pun tak hendak!

UMNO Kedah perlu melipatgandakan usaha mereka membantu rakyat tanpa mengira status mahupun fahaman politik. Perlu diingat, media-media yang melaporkan sebarang perkembangan tidak hanya melibatkan media-media tradisional sebaliknya maklumat banyak disalurkan oleh rakyat marhein menerusi pelbagai jenis media baru, termasuklah cerita lisan.

Tiada gunanya UMNO menunggu peluang untuk membelasah PAS walhal pada masa yang sama, kebanyakan rakyat Kedah melihat UMNO sama seperti OSTAT Kita yang hanya kesibukan apabila rumahnya sendiri ditenggelami banjir.

Sayap-sayap UMNO seharusnya bergerak lebih aktif. Inilah masanya untuk mengambil hati rakyat Kedah. Ini jugalah masanya UMNO menanam modal untuk pilihanraya akan datang. UMNO Kedah perlu sentiasa ingat, media tradisional semakin kurang berpengaruh dan kebanyakan orang kampung, tidak lagi totok pemikiran mereka, sebaliknya mereka juga bijak menganalisa keadaan dan persekitaran. Apatah lagi dengan lakonan-lakonan bertaraf amatur yang ditunjukkan oleh pembesar-pembesar UMNO tempatan.

Tidak perlulah menyusahkan rakyat yang sudah sedia susah seperti yang disarankan oleh Johari Baharum yang mahukan setiap pesawah membuat laporan polis bagi memudahkan mereka diberikan gantirugi atau pampasan kerana banjir. Sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional serta agensi-agensi persekutuan yang dihantar untuk membuat pendaftaran.

Kalau ustaz-ustaz PAS boleh merayap dari satu rumah ke satu rumah bagi memastikan sokongan untuk parti mereka bertambah dengan cara mengambil hati sekalipun hanya menghantar satu tin sardin, tiga ekor tamban kiat, dan beras kampit 5 kilo, setidak-tidaknya ianya bersifat peribadi iaitu dihantar terus ke kelompok sasaran sekaligus membuatkan mangsa banjir akan melihat PAS lebih prihatin berbanding UMNO yang mengambil jalan mudah dengan melambakkannya di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir.

Dalam hal ini, rakyat yang perlu diutamakan. Hentikanlah dahulu sikap mengambil kesempatan seperti yang ditunjukkan sekarang... dan tak perlulah OSTAT Kita dibelasah sedemikian rupa semata-mata kerana beranggapan itu adalah cara terbaik untuk menjatuhkan PAS Kedah!!!!

Thursday, November 11, 2010

Lan Pet Pet Sindir Najib Razak dalam Senario

Dah Lama Aku Tahu Cerita Ni....

Saya tertarik dengan satu artikel dari blog ini dan saya copy & paste saja kerana kesukaran mencari berita berkenaan di dalam media massa utama. Samada berita ini telah kena black-out dengan mereka atau berita ini hanyalah satu propaganda dari Harakah Daily, itu pandai-pandai pembaca membuat penilaian.

KHAS buat Penyokong UMNO Pulau Pinang...

Cuba korang baca.. siapa penyebab Melayu Pulau Pinang Terpinggir.. Siapa penyebab Melayu Pulau Pinang terkeluar dari Pulau Pinang.. Siapa juga yang menyebabkan Tanah orang Melayu Pulau Pinang semakin berkurangan...

Ini kali kedua kenyataan ini dinyatakan oleh ADUN Pulau Betong, Farid Saad..

Pastinya bukan DAP mahupun PAS ataupun PKR!!!Sila baca.. jangan jadi Buta Perut opps silap Buta maklumat.

Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis
Mohd Sabri Said

JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.


Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.

"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.


HarakahDaily

Wednesday, November 03, 2010

Banjir Di Kedah...

Terima kasih aku kepada Mrs Xnuripilot di atas laporan banjir di kawasan kediamannya.

Cuma aku hairan kerana ada segelintir manusia yang mengatakan banjir tersebut adalah bala dari Allah S.W.T kerana memilih PAS utk memerintah Kedah. Baca ruang komen blog di sini...

Aku nak tanya, Kedah ni negeri di bawah Malaysia atau sebuah negara lain yang berdaulat? Kalau sebuah negeri di Malaysia, setiap bala yg menimpa mana-mana negeri di dalam negara ini, makanya bolehlah aku katakan bahawa Malaysia juga ditimpa bala. Siapa pemerintah KERAjaan Malaysia ni? PAS ka Beer-End yg majoritinya um-NO?

Malangnya org-org yg memberi komen sedemikian merupakan manusia yg penakut (bodoh tu memang dah ler) kerana hanya mampu menggunakan nama anonymous saja yg aku jangka merupakan spesis lembu um-NO. Dia takut kena ataih batang hidung sendiri bilamana negeri-negeri di bawah Beer-End mendapat musibah yang sama.

Aku rasa sepatutnya kita mendoakan agar semua yang terlibat sentiasa berada di bawah lindungan-Nya dan musibah tersebut akan cepat berakhir. Tak mahu aku mendoakan agar si penakut anonymous atau keluarganya ni mengalami nasib atau ditimpa musibah yg sama kerana tak baik mendoakan keburukan kepada org lain.

Ada isu-isu yg boleh dipoliTAIKkan dan ada masa-masanya kita lupakan sebentar perbezaan fahaman poliTAIK terutama di saat-saat saudara seagama, sebangsa, senegeri, senegara berada di dalam keadaan sebegini.

Percayalah, lepas ini akan kedengaran 1001 cerita mengenai post-flood situation terutama ketidakpuashatian mangsa dari segi bantuan yg diterima.

Perlu diingatkan bantuan dan pampasan adalah dua perkara yang berbeza dan 2 perkara inilah yang selalu diperkatakan dan susah nak bagi yg terlibat faham....

Wednesday, October 27, 2010

How Many Menara Warisan???...

I read a good article written by blogger Sakmongkol AK47. I copy & paste it towards sharing with all readers for your further digestion. If our Twin Tower seem like H in representing Hasmah, can't imagine the design of Menara Warisan to be seen like R in representing Rosmah.

OCT 27 — This piece of news has been puzzling me. It is about the construction of the 100-storey Warisan Merdeka tower. Just recently, Datuk Seri Najib Razak said it wasn’t his idea. Yet he announced it in the 2011 Budget recently. That means, he has agreed to the idea. The ultimate decision maker is of course the PM. Unless he gives the green light, Hamad Kama Piah will not move.

The PM says it was PNB’s idea. It’s easy to verify this. Let’s publish minutes preceding the decision to go ahead with this project. Discussions and deliberations must have taken place prior the announcement was made. These must have been minuted down. Let’s see them.

There must also be an exhaustive technical study and financial evaluation of the project. A project such as this can’t be thought up overnight. Engineers and architects must have worked on the commission. We should see all these.

There is the issue of cost. The building will cost RM5 billion. That’s RM 5,000,000,000. Kama Piah says the funding is internally generated. Internally or borrowed, the money represents Malay money. Wasn’t PNB created to harness Malay financial capital? PNB manages investments portfolio on behalf of Malays and earn dividends on their behalf. It has also branched out to handle investments portfolio for Malaysians.

Let’s see an orang kampong assessment of this outlay. Suppose the RM5 billion in invested somewhere earning a return of, say, 6 per cent. That would bring PNB a return of RM300 million a year.

So instead of building one unit of a 100-storey building, why not build a 20-storey building costing around RM300 million a year. So that in five years, we shall have started building five blocks of 20-storey buildings giving us an equivalent of a single 100-storey building. If each costs RM300million, five blocks will cost us only RM1.5 billion saving us RM3.5 billion.

With five, you can place them at will. Spread it around in Kuala Lumpur. Have two in Kampung Baru so that the value of the land there escalates. That will make owners earn high income.

I asked an engineer friend. It’s not that straight forward to do this 100-storey building. Because beyond a certain level, the cost of construction escalates. As we go higher, the degree of inefficiency of the building increases, requiring lots more money be pumped in. In the end, the cost of a single 100-storey building may be more than RM5 billion.

But the more interesting news coming out from the bowels of corporate-dom is that there will be two more similar towers built. This means, we shall be having not one 100-storey behemoth, but three of them. This will mean Najib will out-Mahathir Tun Dr Mahathir Mohamad.

When PNB completes the 100-storey tower, how much rental will they charge per square foot? The Petronas Twin Towers cost is RM1.3 billion. Go ask the rental for the space at the food court. It is RM 130 psf. Will the rental rate at the Warisan Merdeka cost RM500 psf?

Thursday, October 21, 2010

I Still Believe English Is Important...

I REFER to the letter “Make BM a world class language” (The Star, Oct 17) in which the writer lamented that “it has really become something of a drone to read the many calls to maintain English in the teaching of Science and Mathematics in schools. The same goes for complaints over the lack of good command of English among Malaysians”.

The fact that there are “many calls to maintain English” in our teaching curriculum tells us something about the dire necessity in doing so. Sometimes, we have to face the harsh realities for us to remain competitive and survive in this world.

English is the language of international diplomacy; it facilitates an enormous ease in communication among the diverse world population. Roughly 85% of all knowledge in the world is available in English, more than twice that of any other language.

If you want to be an airline pilot, and fly international routes, you must know English. English is sought after as a second language more than any other language of the world. In fact, there are more people in China who speak English than in the US.

In many Commonwealth countries, English is the official language of the government because it is considered to be a vehicle of valuable neutral expression.

There are culturally no intertwined elements in the English language that require a learner to understand in order to be competent in the language.

The irony of English is that there is nothing about it that makes it intrinsically better than any other language. It is just a circumstance of history that turned it into what it is today. It is a fact of life in the world today that we have to accept in order to progress.

If not, we will be like a fish out of water when we go overseas for visits or attend international forums.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, speaking at the opening of the International Forum on the Creation of Global Citizens on Monday, said: “As Malaysian global citizens, the people must be increasingly globally aware. We need direct access through the best ideas from around the world so we can apply those ideas at home.”

Can the writer explain how we can achieve this if we ignore English as a medium of communication?

For good measure, Muhyiddin summed up: “I believe the future is now. We have to move ahead with the times if we do not want to be marginalized. We have to be in tune with the rest if we want to be the best.

“We must change our ways if we want to survive. We have to accept the fact that the borders are blurring and cultures are merging. We are part of globalization, for better or worse.”

Wednesday, October 20, 2010

Lagu UMNO Baru

Sempena persidangan agung tahunan "para kontraktor meLAYU", terimalah sebuah lagu bagi membantu para peserta tidak tidur sampai berdengkur...

Tuesday, October 19, 2010

Copy Ajer, Malas Nak Komen....

Thanks !! Bujang Susah !!

ZAMBRY MELAKUKAN KHURAFAT TERANG-TERANG DIKAMPUNG GUAR MANONG


(gambar dipetik dari peraktoday.com edisi 17 okt 2010. klik pada gambar untuk besarkan )


membaca doa sebelum memulakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri salah sebuah rumah Projek Infra Bina Upaya (IBU)-Kampung Guar, Manong


DS Zambry memulakan upacara khurafat tersebut



Merenjis-renjis ancak ke tapak untuk dinaikkan tiang seri


Yah itu upacara mengikat ancak ketiang seri, maka dengan upacara ini akan tidak diganggu oleh jin-jin tanah di situ.

- pastambun

Note: Mana perginya mufti perak harus sana sini? Kalau umno buat sembah syaitan dan jin pun kira harus sana sini ke?

Another View On PPSMI....

BASED on the Education Ministry’s Schedule for Policy Transition from PPSMI (Teaching of Science and Mathematics in English) to MBMMBI (Upholding Bahasa Malaysia and Strengthening the Command of English), Science and Mathematics will be taught solely in Bahasa Malaysia in all national primary and secondary schools by 2016.

However, students in Forms 6, matriculation and universities will study the two subjects in English as it is done now.

I find a serious mismatch here between students learning Science and Maths in Bahasa in secondary schools and potential Science and Maths teachers being trained in the two subjects in English in universities.

The Ministry is implementing its plan to have only graduate teachers in all secondary schools and according to the Schedule, all Science and Maths graduates would have studied the two subjects in English in Form 6, matriculation and university but they will go back to schools to teach the two subjects in Bahasa.

Are we not fitting square pegs into round holes as far as the language of instruction is concerned? Would their competency be compromised? Would we not be sacrificing on quality? This predicament will magnify itself after 2015.

The Schedule is consequential to the proposed policy change. It spells out the subsequent steps to follow in the years to come. But it cannot be right if there is an inherent fault in the policy change. As it is, it does not compute!

To remedy the mismatch, schools should be allowed the option to continue teaching Science and Maths in English at secondary level. This is the desire of many students and parents.

If we can have a budget by the people as proudly proclaimed by the Prime Minister, let’s also have an education system by the people.

Saturday, October 16, 2010

Congratulation Cucu Tok Wan and -aa...

With the announcement of Budget 2011 by Cucu Tok Wan's Idol, I wish to take this opportunity to congratulate him and -aa for getting special present from his idol which is
These are the example of consumer products which was given tax exempted in Budget 2010. You should know by yourself why the size is extra big, kah kah kah....

But most importantly is Cucu Tok Wan and -aa will be given a space to live as their second home in the new proposed 100 stories building to be built rather than building more houses for Malaysian. I hope to be invited by them during house warming session.


Thursday, October 14, 2010

What A Joke...

This video really make me laugh.... On the other hand, this youngman knows about sale & purchase of property. I hope that he will be success in business for his ability to intercept malpractice in securing the said transaction.

This Is What I Feel Mr Cucu Tok Wan and -aa...

I REFER to the letter “What’s the criteria to assess an education policy?” (The Star, Oct 12) and I agree with the writer that six years is too short to determine that PPSMI is not suitable and call for its abolition.

As we are approaching 2012, the year that the Government will revert the teaching of Science and Mathematics to the Bahasa Malaysia medium, parents and students who wish to continue these two subjects in English are hoping for a miracle – that the Government will make a U-turn before it is too late.

Many parents have started looking for alternatives. Those who can afford to pay RM30,000 per year in school fees, are opting for international schools, others opt for private schools or studying in our neighbouring country. Some also choose home schooling which follows the overseas syllabus. In my case, The International School of Penang (Uplands) where my prince and princess are studying now.

This leaves only those who can’t afford expensive school fees especially Malays to turn to our local schools. If the school is the cradle to cultivate the 1Malaysia spirit, I can’t see how this can be done through so many different types of school and syllabuses.

Students have limited time to cope with so many subjects. They can’t afford to waste time doing translation. We must be clear that most of the books and materials related to these two subjects are available in English. If they are to be taught in bahasa kebangsaan, do we have a good books or materials translated in bahasa? I find it funny when translation been done to words such as joystick, mouse or even other science terms used world wide.

It's okey for you to compare with Japan who develops while using their mother-tongue but do you want to compare their attitude towards improving themselves. Don't run from the fact that Malay is the laziest race here, ok!

Our education system needs a change to provide the young generation a platform to compete with others in this globalised world, or we will see our children becoming “workers” for our neighbouring nations. Can KERAjaan able to create a job opportunity in their sector to all people namely Malays who are known for their poor English? Currently, the Malaysian education system does not have something interesting for student to attend. Compare with international school or other developed countries namely Japan, US etc.. student/pupils are crying if they cannot go to school and vise-versa here.


I believe the way to reach our Wawasan 2020 objective as a developed country lies in education. We were on the right track when PPSMI was implemented, so why are we killing the future of our nation and generations?


Simple answer is : Those who object PPSMI is selfish, stupid and never think of the future of their children.

Wednesday, October 06, 2010

Ringkasan Berita Menarik...

Lama tak berblog disebabkan kesibukan tugas selain masih di dalam mood Syawal ni. Nak bertaip panjang pun, rasa lenguh jari jemari ni. Aku lebih banyak membaca dari meninggalkan komen.

Antara berita menarik perhatian aku untuk dikongsi bersama adalah
  1. Isu kenaikan tarif air di Kedah dan Penang yang telah pun mendapat perhatian pihak berkenaan di sini dan sini serta di sini. Malah di sini dan di sini pun ader jugak...
  2. Isu wang judi yang disedekahkan oleh Kerajaan Penang kepada warga emas di sini dan di sini.
  3. Isu Perkosa, oppsss silap, Perkasa yang Ketuanya cukup Islam dari yang lain di sini dan di sini.
  4. Kenaikan harga rokok. Bagus ler tu kalau objektif kenaikan harga dapat dicapai. Jgn nanti rakyat tak merokok, KERAjaan pulak yg sakit sbb cukai rokok berkurangan.
  5. Kenaikan harga susu pekat yang bakal berlaku sedikit masa lagi. Menteri dia dah kata kenaikan harga tersebut. Sumber dari sini dan sini.

Jadinya untuk para no: 5 tu, aku mohon agar Cucu Tok Wan membuat sedikit penulisan mengenainya dan menjemput Pemuda Gerakan dan UMustNotObject Kedah untuk membuat bantahan awal sebelum kenaikan dan bukannya selepas kenaikan.Hampa rasa depa mau atau berani buat bantahan?


Pictures Speak For Itself...

Bacaan lanjut di sini (kalau rajin lor...)




Dua gambar di atas rasanya sudah cukup memberi penjelasan ke atas isu sumbangan wang dari Penang kepada warga emas dan sifat pelupa kepada ahli U Must Not Object party.

Aku hingga sekarang masih hairan kenapa semua penerima wang tersebut tidak memulangkan kepada yang memberi sebaliknya diberikan kepada pihak lain. Boleh percaya ker yang penerima tu akan memulangkan kepada yang memberi iaitu Kerajaan Penang?

Alasan yang diberikan iaitu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak mungkin sesuai untuk golongan seumur dengan mereka tapi tidak aku kerana persoalan mengapa memerlukan suatu majlis yg mendapat liputan media secara besar-besaran dan yg penting pihak yg menerima tu adalah bukan wakil dari Kerajaan Penang.

Tapi aku faham kerana mereka warga emas dan suatu hari nanti aku pun akan menjadi warga emas jugak (kalau umur panjang).

Thursday, September 23, 2010

How um-NO Lembu Youth Wing Was Born?...

This is the e-mail I received about a story which is very toughing. Let's read it first.

One old man was sitting with his 25 years old son in th
e train. Train is about to leave the station. All the passengers are settling down into their seats. As the train started the young man was filled with a lot of joy and curiosity. He was sitting on the window side. He went out one hand and feeling the passing air. He shouted, "Papa see all the trees are going behind". Old man smile and admired his son's feelings. Beside the young man one couple was sitting and listing all the conversation between father and son. They were little awkward with the attitude of the 25 years old man behaving like a small child. Suddenly the young man again shouted, "Papa see the pond and animals. Clouds are moving with the train". Couple was watching the young man in embarrassingly. Now its start raining and some of water drops touches the young man's hand. He is filled with joy and he closed his eyes. He shouted again," Papa it's raining, water is touching me, see papa". Couple couldn't help themselves and ask the old man. Why don't you visit the Doctor and get your son treated. Old man said," Yes, We were from the hospital. Today my son got his eyes for the first time in his life".

Now, what can we learn from the above short story?

1. We must not come to any conclusion until we know all the facts
2. learn from the past, live in the present and work for the future

Therefore, these photos speak for itself.

Clearly a lie which there is a member of um-NO-ngok party lodging a police report.

Same person giving some donation/sponsorship but without any party lodging a police report for further investigation

Further reading on above story can be found here and here.

When we add all the photos above using mathematical analysis, the end result would be like this

Tuesday, September 21, 2010

What A Great Aidil Fitri Holidays...

Nothing is more interesting during recent Aidil Fitri long holidays other than visiting and receiving many relatives.

Tired? Yes but full of self-satisfaction. Happy to note that cousins, nephews and all those Pak-pak and Mak-mak Menakan still know each others.

The best part is a successful family gathering which was well planned since July 2010 in presence of my wife's family who come all the way from Sweden to join us. Thanks! Hope to join you during X'mas.

Korban? Plan to take 1 tompok for my only daughter.



Friday, September 03, 2010

Sapa Kata Judi Sukan Haram?...

JAKIM sibuk berkempen dan menjalankan pemeriksaan ke atas hotel yg tiada sijil halal. Malah ditegah hotel-hotel berkenaan menggunakan istilah "Buffet Ramadhan" selagi tiada sijil halal yang dikeluarkan mereka.

Tetapi bagaimana pulak sekiranya hasil haram digunakan untuk membawa anak-anak kurang mampu untuk berbuka puasa? Tidakkah ini buleh dianggap sebagai duit haram? Mungkin aku terlupa atau terlepas pandang bahawa judi sukan tidak haram. Kalau benarlah judi sukan adalah haram, maka diharap pihak-pihak yang berkenaan membuat teguran di sini.

Sumbernya dari sini...

Sports Toto brings gifts to children at hospital and welfare homes


In conjunction with the coming Hari Raya celebrations, Sports Toto reached out to about 300 people on separate occasions to spread the festive cheer.

An entourage of Sports Toto staff made a goodwill visit to the paediatric wards of Hospital Tengku Ampuan Rahimah in Klang and Hospital Sungai Buloh recently.

They had a light-hearted moment mingling with about 150 children in both hospitals and handed duit raya and gift packs to them. The children were visibly brightened up by the surprises despite being unwell.

Festive cheer: A group photo of all the invited guests with their goodies.

Thereafter, a breaking of fast was held in collaboration with Bukit Kiara Equestrian & Country Resort for about 150 underprivileged children and single mothers from Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kg. Medan, PJ and Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, Banting.

Chartered buses were specially arranged to transport the invited guests to the Country Resort.

They were treated to a rare and exciting experience of horse-drawn carriage rides and poney rides around the scenic equestrian park, a sumptuous dinner, duit raya and gift packs plus entertainment by talented teen singer, Putri as well as some fun andgames with fabulous prizes.

Easing the pain: Sports Toto staff giving a gift pack to a child patient in Hospital Sungai Buloh.

The Raya charity programme has been listed in Sports Toto’s calendar of charitable causes for many years as it is part of the company’s tradition towards inculcating a sense of caring and sharing in the community.

Sabar, Jgn Sampai Terbatal Puasa...

Nak termuntah aku membaca berita yg dihantar oleh seorang sahabat melalui e-mailnya sebentar tadi. Terus aku melayarinya dan memetik beberapa ayat untuk bacaan awal anda agar tidak termuntah semasa berpuasa.

Perdana Menteri Najib Tun Razak berkata, media arus perdana amat berbeza dengan aliran media baru kerana penyiaran setiap beritanya adalah berasaskan fakta.


Kalau berasa mampu tahan dari muntah baca seterusnya di sini kalau tidak, jangan dok pandai-pandai layari link ini kerana tak pasai-pasai ajer pahala puasa tergugat

Di Pagi Jumaat Yang Indah...

Di pagi Jumaat yang indah ini, ingin aku berkongsi bersama para pembaca budiman sekelian mengenai himpunan doa di bawah agar dapat menjadi amalan kita seharian.




Maaf sekiranya anda tidak dapat membacanya dengan jelas kerana kekaburan disebabkan resolusi yg rendah.

Wednesday, September 01, 2010

2 x 5; 5 x 2 Saja Puak Melayu Nie...

Adakah anda mempercayai kebenaran seperti terpampang di gambar bawah ini??

Kalau anda mempercayainya, anda seharusnya jugak mempercayai gambar yang di bawah ini. Begitulah sebaliknya. Sekiranya anda tidak mempercayai gambar di atas, anda seharusnya juga jangan mempercayai gambar di bawah ini.


Inilah di antara kerja-kerja fitnah yang dilakukan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawap dan menuduh pihak lain yang membuatnya. Lempar batu sembunyi tangan.

Kalau anda masih mempunyai otak yang akalnya masih waras untuk menilai kebenaran gambar, jangan percaya kepada mana-mana gambar di atas pun.