Friday, May 14, 2010

Hadiah Oh Hadiah...

Manusia sanggup melakukan apa saja sekiranya dijanjikan hadiah. Ini terbukti bilamana ramai yang tertipu dengan skim gores dan menang sekalipun 1Dunia dah tahu akan penipuan disebaliknya. Selain daripada itu, semasa pilihanraya pun, ramai yang mudah tertipu bilamana dijanjikan 1001 macam pembangunan yang akhirnya sampai sekarang ini pun, sesetengah tempat masih berada di takuk lama.

Ramai orang akan memberikan hadiah kepada org lain sempena pelbagai acara seperti sambutan ulang tahun hari jadi, masa perkahwinan dan lain-lain.

Untuk itu, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada ahli parti melayu yang nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi kalut berdemo pasal bahasa kebangsaan kerana mendapat hadiah sempena ulang tahun yang ke berapa pun aku compius (64 ka 23 tahun).

Kalau anda tak tahu hadiah apakah yang didapati, biarlah aku nyatakan di bawah sebab kebanyakan ahlinya bukan ada otak sangat nak pikiaq.

HADIAH JUDI YANG HALAL

Sekolah mana depa belajaq pun aku tak pasti. Alasan yang diberikan amat memalukan. Agaknya lepas ni akan ada lesen pelacuran sebab kalau dilarang & diharamkan pun org akan cari pelacur jugak. Kalau diharamkan pil khayal pun anak muda telan jugak, jadi KERAjaan akan halalkannya.

Itu belum masuk ura-ura yang mengatakan harga gula akan naik. Biasanya kalau dah keluar statement berkenaannya, perkara ini akan dimulai dengan kekurangan bekalan, KERAjaan dilihat mengambil tindakan mengatasinya dan akhirnya harga konpom naik jugak.

Kah kah kah!!!...

No comments: