Thursday, November 26, 2009

Untungnya Kerja KERAjaan...

Mana-mana penjawat awam yang kerap ponteng kerja dan kemudiannya beli 'MC' dengan harga RM5.00 tidak perlu rasa bersalah dan tidak perlu takut kepada ketua jabatan. Malah mulai sekarang semua penjawat awam, saya ulangi semua penjawat awan digalakkan untuk ponteng kerja.

Slogan "Kepimpinan Melalui Tauladan" perlu diamati. Wakil Rakyat adalah idola dan icon contoh yang terbaik. Parti politik yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap masalah rakyat bukan hanya memberi amaran malah menyingkir wakil rakyat yang gagal berkhidmat dengan cemerlang seperti yang dituntut. Hanya parti politik yang haprak, hapak, hancuss dan rakus yang mempertahankan wakil rakyat yang berperibadi haprak, hapak, hancuss dan juga rakus.

Parti mana tu?

Anda salah kalau kata parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah. Jawapan sebenarnya adalah parti SPR.

Tepuk Dahi Tanya Diri Sendiri...

Kempen Bubar DUN Perak

Ada perbezaan tak di antara gambar ini?

Penang Char Koteow

MCA yg sekarang ni dikenali sebagai Malays Controlled Association adalah rakan baik UMNO bersama MIC dan lain-lain parti dari Semenanjung termasuk dari Sabah serta Sarawak bersekutu dalam Barisan Nasional.

Mengikut amalan biasa kerusi kabinet yang kanan selalunya diberi kepada MCA. Siapa yang tak mengidam kerusi yang sangat 'empuk' itu.

Parti yang terdiri dari 'towkay-towkay' besar memang bermasalah. Mereka mempunyai banyak klik serta ego yang sangat tinggi.

Saya tak boleh gambarkan kalau MCA bertanding atas lambang MCA sendiri, terutama apabila mereka bertembung dengan DAP.

MCA kelihatan gah hanya dengan BN, begitu juga UMNO dan MIC serta parti-parti lain yang bersekutu dengannya. Sebab itu BN merasakan Malaysia ini milik mereka punya. Mereka lupa demokrasi yang mereka amalkan ada kewajaran untuk meraikan mana-mana parti yang berdaftar secara sah di sisi Perlembagaan Negara.

Cuma satu yang patut diberi kredit kepada MCA, mereka 'satu-satu'nya parti yang mengamalkan demokrasi sihat dalam partinya sendiri berbanding dengan rakan mereka yang lain.

Sejarah membuktikan dari era Datuk Dr. Neo Yee Pan (memangku March 1983 hingga November 1985), Tan Koon Swan (November 1985 hingga September 1986), Tun Dr. Ling Liong Sik (September 1986 hingga May 2003), Datuk Seri Ong Ka Ting (May 2003 hingga October 2008), MCA mempunyai banyak klik.

Dari tahun 1983 sehingga sekarang, MCA mempunyai 5 presiden bertukar ganti berbanding rakannya UMNO hanya 3 Presiden dan MIC hanya 1 Presiden dalam tempoh yang sama.

Setuju Sesangat Aku...



KEPUTUSAN SPR membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung DUN Kota Seputih memberikan persepsi yang amat buruk terhadap kredibiliti dan ketelusan suruhanjaya tersebut terhadap pandangan rakyat.

Ini sekali gus menghilangkan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal pilihanraya di negara ini.

"SPR seharusnya tidak perlu campu tangan dalam memastikan sesuatu DUN itu kosong atau tidak dan hanya perlu menjalankan tugasnya yang sebenar sahaja. Hak Speker dalam menentukan kekosongan sesuatu kawasan adalah jelas dan tidak perlu diusik oleh mana-mana pihak pun," kata Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dalam perbualan dengan wartawan Erapakatan.

Beliau yang juga ADUN Pasir Panjang menganggap SPR sudah melampaui batas tugas dengan membuat keputusan sendiri.

" SPR jelas ingin mempertahankan keputusan yang telah dibuat sehingga sanggup bertindak diluar bidang mereka sendiri. Tiada peruntukan langsung dalam undang-undang mengenai kuasa SPR untuk menentukan kosong atau tidak sesuatu kawasan DUN kerana semua itu dibawah kuasa Speaker," jelas Nizar.

Nizar menyerahkan kepada rakyat sepenuhnya untuk menilai sendiri tindakan SPR yang sememangnya mmelangkah keluar dari bidang tugas mereka yang sebenar.

"Rakyat sendiri berhak dalam menilai perkara ini. Terpulang kepada mereka untuk menentukan SPR adalah sebuah suruhanjaya yang berwibawa atau tidak," tegas Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Menurut Nizar, SPR bertindak demikian seolah-olah ada kuasa-kuasa luar mengarahkan tindakan tersebut.

"Ini tidak menghairankan kerana selepas cubaan merampas Perak secara haram dilaksanakan semua agensi-agensi kerajaan terutamanya polis, SPRM dan SPR telah di perkuda sepenuhnya oleh Umno/BN untuk membantu kerajaan memberi tekanan pada pembangkang," ujar beliau.

Pada16 November lalu, Mahkamah Tinggi Persekutuan memutuskan kerusi DUN Kota Seputih kosong kerana penyandangnya Datuk Abu Hassan Sharif daripada BN gagal menghadiri dua mesyuarat dewan itu berturut-turut tanpa mendapat cuti. Mahkamah membuat keputusan itu ekoran tindakan Speaker DUN memfailkan semakan perundangan setelah SPR menerima sijil sakit Abu Hassan dan mengisytiharkan tidak berlaku kekosongan dan beliau masih mewakili kerusi itu.

Kemudian pada 23 November lalu, SPR mengemukan rayuan. Semalam mahkamah rayuan memutuskan untuk membenarkan permohonan penangguhan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Mereka semua berpakat agar masalah pemilihan calon dapat diselesaikan baru boleh diadakan PRK...

Kenny Remy & Martin

Dekat-dekat nak raya ni, malas betul aku nak memikirkan pasal poliTAIK. Bila mood tak der, jangan dipaksa menulis nanti terkeluar macam-macam yg hanya akan menunjukkan kebodohan kita.

Jadinya, aku hanya copy & paste saja posting yang dibuat oleh sahabat-sahabat lain seiring dengan irama lagu Ku Petik Bintang-Bintang dari penyanyi di atas.

Muhyiddin Yassin meminta anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh jangan bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh Pakatan Rakyat bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

“Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya,” itu pesan Muhyiddin

Muhyuddin kata, BN tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

Apa dia prinsip Umno ? Menipu dan menafikan hak rakyat? Adakah Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju dengan prinsip Umno yang macam itu?

Jelas kepada kita bahawa Umno hanya jadikan ungkapan ‘Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan’ sebagai rethorik semata-mata. Tuntutan Royalti minyak Kelantan itu berkait rapat dengan hak rakyat , namun kerana ianya ditaja oleh parti pembangkang, maka Umno sanggup mengepikan ‘Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan.

Tapi kalau tak ditaja oleh pembangkang, nescaya sampai bila-bila rakyat Kelantan akan ditipu. Jadinya sangat penting kewujudan pembangkang nih di dalam memperbesarkan suara rakyat yg tak pernah mahu didengari oleh parti melayu yang masih menggunakan bahasa penjajah yang terkenal dengan sifat tidak mahu menghormati akar umbi yg terlah memberikan kedudukan sebagaimana sekarang.

Credit to Kedahlanie with word of Thanks!!!


Wednesday, November 25, 2009

Ku Petik Bintang Bintang...

Terima kasih Abg Isham... Adik petik posting ni sebab tayar bocor, kena tukar tiub.


APAKAH YANG SEDANG DIBINCANGKAN OLEH LEMBU LEMBU INI ?




nota:

Apa dia pertandingan ini:

Perhatikan gambar lembu-lembu ini dengan rapi kemudian dengan hanya sepuluh patah (10) patah perkataan sila nyatakan apakah yang sedang dibincangkan oleh lembu lembu ini.

Semua warga satu malaysia boleh mengambil bahagian dalm pertandingan ini di mana keputusan para hakim adalah muktamad dan surat menyurat tidak dilayani.

- 3 hadiah sagu hati - jadi kaki lembu
- 3 hadiah kedua - jadi telinga lembu
- 1 hadiah pertama - terus jadi lembu kah kah kah

nota: yang telah berjaya menjadi lembu dilarang mengambil bahagian

Tuesday, November 24, 2009

Bayang Sendiri Pun Ditakuti...


Memang dah sah lagi confirm... Beer-N dengan sekutu kuatnya sebuah parti yang masih menggunakan bahasa penjajah cukup fobia dengan PRK. Banyak penulis mengatakan perkara yang sama seperti di sini atau di sini.

Puas jugak aku mencari mana-mana penulisan yang memperkatakan bahawa Beer-N sepatutnya kekal dan tiada PRK di Kota Siputeh malangnya masih tidak dijumpai. Adakah ini menunjukkan bahawa blogger pro-parti yg masih menggunakan bahasa penjajah turut setuju dengan keperluan diadakan PRK?

Siapakah yang mahukan Abu Hassan Penchuri menjadi ADUN di Kota Siputeh?

a) Rakyat a.k.a pengundi DUN berkenaan.
b) Beer-N
c) Parti yg masih menggunakan bahasa penjajah.
d) Malay Controlled Association a.k.a MCA.
e) SPR yg dicucuk hidung
f) Mahkamah tak kira level mana.

Aku rasa jawapan di atas adalah hanya boleh ditentukan dengan tepat melalui PRK. Kembalikan kuasa dan hormat kepada para pengundi kawasan berkenaan.

Yang pastinya sejak dulu, kini dan selamanya parti yang masih menggunakan bahasa penjajah tidak pernah menghormati ahli akar umbinya sebab mereka di bawah selalu menjual maruah dengan harga yg tersangatlah rendah, jauh sekali yg terbuka mata dan minda dari menjadi ahlinya.

Saturday, November 21, 2009

Peraturan Pinjaman Bank

SPR atau lebih dikenali sebagai lembu parti yang masih menggunakan bahasa penjajah, tak pun parti komponen ke-15 Beer-N mengeluh kerana terpaksa membelanjakan RM200K ++ untuk PRK Kota Siputeh dan menjadikannya salah satu hujah di dalam rayuan mereka.


Apa yang susah sangat pasal RM200K ++ sedangkan lebih banyak pembaziran yg KERAjaan lakukan seperti melantik syarikat tempatan untuk perkhidmatan penyelamatan kapal selam sedangkan tender dari syarikat luar yg dah terbukti berpengalaman ditolak hatta rendah sekalipun. Apa yg syarikat tempatan tahu pasal submarine salvage ni melainkan menjadi agen saja. Maklumat lanjut baca di sini. Jadi sesuatu pada KD Altantuya, tak ke naya nyawa submariners kita.



Tak bolehkan SPR ini yang mempunyai otak lembu memikirkan cara lain utk mengurangkan kos seperti mengubal undang-undang sebegini:-

"Mana-mana ADUN atau MP yang didapati mengosongkan kerusi masing-masing tanpa sebab yang munasabah melainkan kematian, segala kos pengendalian PRK akan ditanggung oleh parti yg diwakili oleh ADUN/MP berkenaan. Kegagalan membuat bayaran penuh di dalam masa yang ditetapkan akan menyebabkan parti tersebut disenaraihitam dari mengambil bahagian di dalam mana-mana pilihanraya di mana-mana jua di masa hadapan".

So, iron out lagi dengan nasihat pakar perundangan sebab isu sebab munasabah ini pasti akan mengundang pertikaian yang lama.

Tapi apa nak dikatakan lagi, kalau dah lembu tu totap lembu jugak...

Bila Pinangan Diterima...

Karpal Singh dah terima pelawaan Nazri Aziz untuk mendakwa V.K Linggam yg dikatakan terlibat di dalam susunatur barisan hakim di 1Malaysia. Karpal Singh juga telah membuat kenyataan di Parlimen mengesahkan penerimaannya.

Sekarang, kita hanya menunggu apakah tindakan lanjut pihak Peguam Negara bagi merealisasikan proses penerimaan pelawaan tersebut. Ada dua kemungkinan yg dapat aku fikirkan.

Kalau pihak KERAjaan terus berdiam diri tanpa membuat apa-apa tindakan, maka isu pasti akan digunakan oleh pihak PR dan menyerlahkan lagi situasi di mana badan kehakiman 1Malaysia dilihat (baca betui-betui dilihat) tidak bebas dan dipengaruhi oleh tangan-tangan ghaib yg semestinya dari kalangan badan eksekutif.

Kalau Karpal Singh dibenarkan mendakwa, nescaya akan banyak tangan-tangan badan eksekutif akan hilang kuasa ghaib mereka.

Di dalam apa-apa hal sekalipun, Nazri Aziz dah melakukan sesuatu yg dirasakan satu kesilapan besar ibarat tikus membaiki labu. Apa belitnya pula selepas ini, sama-sama kita nantikan....

Saya sependapat dengan bekas Panglima ini, mungkin kerana pernah berkhidmat di bawahnya jadi we speak the same language.

Friday, November 20, 2009

Ketua Pramugari Kata...

Sebelum setiap pesawat penumpang berlepas, Ketua Pramugari akan membuat demonstrasi mengenai pemakaian jaket keselamatan dan lain-lain panduan keselamatan.

Antara yang menarik perhatian saya untuk dikaitkan dengan parti yang masih menggunakan bahasa penjajah ni adalah ".... anda hendaklah memakai dahulu topeng oksigen sebelum memberi bantuan kepada pihak lain..." Jadi kaitannya adalah seperti berikut:

Mat Sembam menbuat kenyataan dari Rome yg mengatakan bahawa partinya yang masih menggunakan bahasa penjajah itu mungkin terpaksa mengambil alih tangungjawap membela kaum Cina sekiranya krisis kepimpinan dalam MCA semakin meruncing.

Pada pandangan aku, tak perlulah mereka memakaikan topeng oksigen pada bangsa Cina sebelum mereka sendiri memakainya. Kita dapat perhatikan dewasa ini, rata-rata kereta besar, rumah besar, lot-lot perniagaan dimiliki oleh kaum Cina. Mereka sangat maju dengan ekonomi yang pastinya dapat menjamin masa depan kehidupan mereka berbanding dengan kaum meLAYU.

Kalau ahli parti sendiri khususnya dan meLAYU yang lain amnya masih ketinggalan di dalam semua aspek, seeloknya Mat Sembam ini yang mewakili parti yang masih menggunakan bahasa penjajah berfikir dahulu sebelum bercakap. Kuatkan dahulu daya saing meLAYU di dalam semua perkara.

Semasa persidangan agung parti yang masih menggunakan bahasa penjajah ini, bukan main lantang para perwakilan berbahas mahukan bangsa meLAYU diberi perhatian serius.

Agak menghairankan bilamana syarikat pembinaan besar seperti IJM berjaya mendapat kontrak jutaan ringgit di luar negara tetapi hanya layak menjadi sub-kontraktor saja di negara ini hanya kerana mereka bangsa Cina.

Dan yang paling mustahak, parti yang masih menggunakan bahasa penjajah ini harus sedar dari tidur yang mereka juga mengalami krisis kepimpinan. Bukan di peringkat atasan tetapi di peringkat bahagian. Cuma MCA memiliki mereka yang benar-benar memperjuangkan bangsa sendiri berbanding UMNO yang rata-rata YES BOSS sahaja demi political survival masing-masing tanpa menghormati akar umbi.

Tapi kan, buat apa nak dihormati akar umbi kerana mereka ini sanggup menjual maruah dan harga diri dengan potongan harga yang murah.

Selamat terbang bersama kami...

Muka Tak Malu...

Aku masih dan akan terus mengatakan bahawa tiada sesiapa yg layak menentukan siapakah yg patut mewakili rakyat selain daripada para pengundi di kawasan berkenaan sahaja. Ini termasuklah mahkamah sekalipun kerana apa hak mahkamah nak tentukan siapa yg akan mewakili aku? Biar aku sendiri yg tentukan. Ibarat kata, aku sendiri yg akan tentukan siapakah yg akan menjadi isteri aku (tolak sebelah soal ketentuan jodoh oleh Allah S.W.T).


Apa hak mahkamah kalau aku nak memperisterikan gadis manis ni?



Dalam isu Kota Siputeh, kalau dah tak hadir persidangan DUN dan didapati sah melanggar peraturan yg ditetapkan, kenapa masih gila talak? Samada org masih nak atau tidak, bukan mahkamah yg patut menentukan. Para pengundi di kawasan DUN yg lebih berhak. Tak perlu mengeluarkan kenyataan kononnya masih mendapat sokongan rakyat. Atas dasar atau kajian yg macam mana dan dibuat oleh pihak mana yg menunjukkan sokongan rakyat masih kuat.

Cara untuk menentukan dengan penuh ketepatan yg tidak boleh disangkal lagi adalah dengan mengadakan Pilihanraya Kecil DUN Kota Siputeh. Itu kaedah yang paling jitu.

Melainkan Abu Hassan Pencuri ini adalah jenis orang yang tak malu, tiada maruah, terhegeh-hegeh dan yang sekasta dengannya. Apakan daya kerana parti yg diwakilinya jugak mempunyai attitude yang sama dengannya, tidak menghormati orang bawahan yg suatu ketika dulu memilih mereka menjadi YB. Sifat bongkak, sombong dan perasan ini akan sentiasa bersemadi di dalam hati mereka, dulu, kini dan selamanya...

Lembu pun tahu menghormati tuan yang memberi makan kepadanya.

Thursday, November 19, 2009

Berpijak Di Bumi Nyata

Aku tertanya-tanya sejauh manakah seseorang yang bergelar YB atau bekas YB tidak pernah terlibat dengan gejala rasuah. Aku juga tertanya-tanya adakah pegawai-pegawai keliling seorang YB atau bekas YB tidak terlibat dengan rasuah.

Aku rasa mereka semua yg aku sebut di atas pernah terlibat dengan amalan rasuah yg pastinya datang di dalam pelbagai bentuk samada ianya datang disedari atau tidak ajer. Selalunya mereka akan sedar sebab mereka yang akan meminta.

Sedekah pun kalau tidak berniatkan kerana Allah S.W.T pasti tidak akan mendapat keberkatan-Nya. Apatah lagi kalau memberi sesuatu utk mendapatkan sesuatu.

Pihak berkenaan yang sepatutnya menyiasat amalan rasuah ni DILIHAT (baca betui-betui DILIHAT) sudah hilang integriti sebagai sebuah badan yang bebas. Lebih kepada budak SURUHAN yang tak JAYA.

Sebabnya???... Buka mata, lihat dan fikirkan sendiri tanpa ada unsur-unsur politik mempengaruhi pemikiran anda. For once, biarlah kita hidup dan menggerakkan kefala hotak di alam nyata. Aku bagi satu contoh...

Ada beberapa orang yg disabitkan kesalahan politik wang tapi kenapa SURUHAN tak JAYA itu tidak mengambil tindakan? Jawapannya adalah politik wang bukannya rasuah. Pelik kan? And the best part, dipilih pulak menjadi Ketua di peringkat kebangsaan.


Kerana itu, aku tidak percaya tiada YB atau bekas YB dan pegawai-pegawai kelilingnya yang tidak pernah terlibat rasuah. Cuma di pihak manakah mereka berada saja yg membezakan samada tindakan akan diambil oleh budak SURUHAN tak JAYA berkenaan.




Uji Mata Anda - Percuma!!!...





Ada sama ka?

Year End Sales - Murah! Murah!

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin umno amat faham mentaliti dan perangai penyokong umno. Mereka faham bahawa ahli dan penyokong umno boleh dibeli dengan harga yang murah. Nilai penyokong umno lebih kurang sama dengan harga sehelai kain batik lepas atau sehelai kain pelekat Bangla yang biasanya berharga sekitar RM30. Inilah satu asset yang amat penting dalam perjuangan umno. Pemimpin umno mesti terus mengekalkan mentaliti ini dikalangan penyokong mereka untuk mereka terus dipuja. Asset ini kalau hilang, umno akan hancur. Justeru kekal-lah penyokong umno dengan harga diri mereka sekitar RM30.

Bila barang murah maka orang kurang beri perhatian dari sudut penjagaannya. Bila barang murah, biasanya orang letak merata-rata. Samalah macam kain pelekat Bangla, kadang-kadang pakai dua tiga bulan, dijadikannya kain buruk pengelap periok atau alas kaki.

Ilmu inilah yang digunapakai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin umno terhadap penyokong mereka. Penyokong umno harganya RM30, sama macam harga alas kaki. Alas kaki untuk dipijak dan menerima segala habuk dan danu kaki.

=====================================

Penyokong umno untuk dikelentong, dibodohkan dan merekalah yang akan mempertahankan segala pekong, daki dan danu yang dilakukan oleh pemimpin umno. Penyokong yang bodoh dan mudah dikelentong serta murah pula harganya adalah asset utama kepada umno. Kalau penyokong umno pandai, pemimpin umno susah untuk cari makan. Bila pemimpin susah hendak cari makan umno akan hancur kerana hendak merasuah susah; hendak dapat rasuah lagi susah. Umno akan lebih cepat hancur tanpa rasuah!
=================================


Lantaran ilmu inilah maka umno yang kerap melalak dengan slogan "Hidup Melayu" untuk diseimbangkan dengan namanya - 'Pertubuhan Kebanggsaan Melayu Bersatu' telah dengan nyata mengenepikan matlamat perjuangan untuk Bangsa Melayu. Kalau dulu dalam senyap dan sembunyi-sembunyi mereka menipu Melayu tetapi sekarang mereka lakukan secara terang-terangan. Mereka berani kerana penyokong mereka bodoh. Mereka berani kerana penyokong mereka murah harganya. Mereka berani kerana mereka tahu sokongan dan undi Melayu umno boleh dibeli dengan harga RM30.

ROME: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Umno mungkin terus terpaksa mengambil alih peranan MCA membantu masyarakat Cina jika kemelut kepemimpinan parti itu yang kini bertambah gawat tidak diselesaikan segera.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Umno semangnya tidak mahu campur tangan dalam tetapi kegawatan dalaman MCA akan memberi kesan negatif terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Nah, semakin nyata. Sudah terang lagi bersuloh. Pemimpin umno terus membodohkan Melayu umno. Bila dalam perhimpunan umno, dalam mesyuarat umno - "kita mesti perjuangkan hak dan ketuanan Melayu". Bila kuasa mereka merundum, orang yang sama akan melaungkan - "kita terpaksa mengambil alih peranan MCA membantu masyarakat Cina". Inilah penipuan nyata umno tetapi Melayu umno masih terus menyokongnya kerana Melayu umno telah berjaya dibodohkan oleh pemimpin mereka.

Semata-mata kerana takut kalah dalam pilihan raya akan datang, umno sanggup menyimpangkan terus asas perjuangan parti mereka yang kononnya untuk memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu.

Maka jelas slogan "Ketuanan Melayu" yang dijeritkan oleh pemimpin umno hanyalah slogan untuk terus menipu dan membodohkan Melayu umno.

Membodohkan Melayu umno adalah azimat pemimpin umno untuk terus berkuasa.



Wednesday, November 18, 2009

Pekerja Bermaruah?

Kalau bekerja di dalam sektor swasta, kita akan mengikut undang-undang seperti yang tertakluk di dalam Employment Act 1955 (Act 265) and Regulations. Antara seksyen yg menarik perhatian aku adalah Seksyen 15(2) yg mengatakan

"An employee shall be deemed to have broken his contract of service with the employer if he has been continuously absent from work for more that two consecutive working days without prior leave from his employer... bla... bla... bla..."

Dlm isu Abu Hassan Pencuri di Kota Siputeh, perlu diingatkan bahawa dia adalah pekerja dan majikannya adalah pengundi yg diwakilinya. Kalau dia ponteng, ini dah macam melanggar akta kerja berkenaan. Sepatutnya dia meletak jawatan, bukannya merayu dikekalkan jawatan dengan sokongan dari badan yg sepatutnya tidak mewakili mana-mana parti politik.

Jelaslah di sini bahawa ADUN Abu Hassan Pencuri, Beer-N dan parti yg masih menggunakan nama dari bahasa penjajah menyerahkan kepada para pengundi berkenaan bagi menentukan samada masih mahukan Si Pencuri ini bekerja dengan mereka atau tidak.

Dan yang paling penting di sini adalah sikap SPR yang hanya menconteng arang di muka sendiri di dalam proses penentuan samada kosong atau tidak kerusi tersebut melainkan ianya adalah parti komponen baru Beer-N.

Tak gitu?

Beza Ideologi Tapi Masih Kawan

Ini yang sepatutnya berlaku di mana sekalipun berbeza ideologi tapi masih mengekalkan ukhwah semasa Islam. Tapi di peringkat bawah berlaku sebaliknya. Ini yg menyedihkan.





Baru hari Ahad lepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Hari ni dia boleh gelak-gelak sambil pekena teh tarik dengan Najib pulak dah!

Credit to this blog with word of Thanks!!!...

Dayus, buta atau Tak Berotak???


Pemuda Umno jangan jadi bacul dan jangan jadi bodo macam L. Rosmah isteri tercinta Perdana Menteri, ke hulu ke hilir menggunakan jet peribadi milik Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing yang dikaitkan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) atas kepentingan apa?

Rosmoh yang memang terkenal dengan sikap “lavish” dan “big spender” dikatakan telah mengguna salah sebuah jet mewah kepunyaan Tiong beberapa kali untuk tujuan peribadi.
Seterusnya di dalam..

Kenapa pemuda Umno begitu dayus dan buta sekali untuk tidak mengheret Rosmah sekali kemuka pengadilan sepanjang isu yang menarik perhatian rakyat Malaysia itu berlangsung? Baca berita penuh daripada Blog Umno.

Kalau Pemuda Umno nak menegakkan kebenaran dan keadilan semata-mata nak selak kain orang lain dan kain sendiri nak ditutup rapat-rapat, itu namanya pejuangan “taik babi”. Kalau berani buatlah laporan polis pasal Rosmah. Minta SPRM siasat pasal Rosmah atau pun takut hilang jawatan bila berbuat demikian? Weh malulah sikit. Memang etullah kalau selama ini Pemuda Umno dilabelkan sebagai Pemuda Cap Ayam yang bacul kerana berkokok tak tahu masa dan tak kena pada tempat.

Tingkah laku Rosmah tu bukan sahaja menggelikan pembangkang, malah kalangan Umno sendiri pun tak tahan lagi. Habis kenapa berdiam diri sahaja bila model mentimun tu buat hal? Pemuda Umno dahlah Cap Ayam, lagi teruk tak ada telur pulak tu. Baik kerat je telur tu bagi makan anjing, kan lagi bagus. Lepas elok semua Pemuda umno pakat ramai-ramai masuk Puteri Umno.

Kalau nak buat laopran pasal Nik Aziz tu, kepilkan sekali kes Rosmah, barulah adil namanya tu..

Aku cilok dari Kedahlanie... sbb artikel ni memang menarik untuk memperlihatkan betapa kuda kayu Pemuda Umno sekarang yg hanya ingin publisiti murahan tanpa memikirkan dari segi moral dan fakta dgn harapan dapatlah sedikit perhatian utk projek nak buat kekayaan. Inilah spesis yg sanggup mengadai maruah.

Tuesday, November 17, 2009

Feri Ambulan di Langkawi

Kekerapan aku ke Langkawi atas urusan kerja membawa kepada pengetahuan mengenai pelbagai permasalahan yg berlaku di sama. Di antara sahabat yg aku kenali tapi melalui laman maya saja adalah Anak Langkawi melalui blog dia ini.

Beliau sentiasa membawakan berita dan cerita di Langkawi. Malah ada masa-masa tertentu kami berlainan pendapat (bukannya pendapatan). Jadinya, aku gunakan maklumat dalam blognya ini untuk mendapat pandangan dari rakan-rakan semeja semasa sessi teh tarik di Old Town Senorita Cafe (bukan Oldtown White Coffee).

Antara yg menarik perhatian adalah status feri ambulan yg dikatakan telah dibeli, dilancar dan digunakan sekali saja, lepas tu terus rosak tak sampai 6 bulan pun. Ada yg mengatakan ianya hanya untuk kegunaan VIP yg nak melawat sekitar pulau. Skrg ni berada di jeti Jabatan Laut Langkawi. Byk versi cerita yg aku dengar. Yang pasti pesakit masih menggunakan feri penumpang yg tentunya tidak sesuai.

Aku amatlah berharap agar ada mana-mana pihak yg berkelayakan untuk tampil memberi maklumat yg lebih tepat. Anak Langkawi pun sedang berusaha utk dapatkan maklumat lebih lanjut. Ini dapat mengelakkan kekeliruan yg akan menjurus kepada kaitan dengan poliTAIK...

Terima kasih Anak Langkawi... Teruskan usaha anda.

Cuba Teka PRK Kota Siputeh Ada Ka Tak?

Antara berita yang menarik perhatian aku adalah keputusan Mahkamah Tinggi (MT) ke atas status ADUN Kota Siputeh Kedah. Pelbagai versi tafsiran, pendapat, pandangan dan yg sekasta dengannya telah diberikan oleh para penulis blog. Ini tidak termasuk komen pengunjung blog berkenaan. Aku dah layari banyak blog yg menceritakan isu ini serta membaca pelbagai komen yg disiarkan.

Rata-rata mengatakan PR menang pusingan pertama di mana pada pusingan kedua MT (yg lebih dikenali sebagai Majlis Tertinggi UMNO dan bukannya Mahkamah Tinggi) akan membuat keputusan sebaliknya selepas menerima rayuan pihak yang berkenaan.

Selain dari itu, ramai yg mempersoalkan kenapa SPR bersungguh-sungguh nak buat rayuan ke atas keputusan tersebut. Aku pun hairan jugak sebab apa yang aku faham SPR ini adalah badan bebas (haram tak bebas mana pun...) yang hanya berfungsi utk menyelaraskan pilihanraya dan bukannya badan penentu samada wujud kekosongan atau tidak. Kesan dari tindakan SPR ini menyebabkan ramai mempersoalkan kredibilitinya yg sepatutnya tidak dan dilihat tidak berpihak kepada mana-mana parti.

Aku akan cuba cari apa-apa maklumat perundangan berkaitan fungsi SPR ni. Kalau sesiapa ada link berkenaan, minta dimajukan kepada aku utk penambahan ilmu pengetahuan aku sendiri dan yang lain.

Sementara itu, kita layan pandangan seorang bayi ini dulu.... Zasss!!!...


Bicara Sesama Haiwan


Melihat pada gambar kartun ni membuatkan atu tergelak besaq. Nyaris tak terguling jatuh kerusi. Siapalah yang pandai merekacipta gambor sebegini punya lawak.

Nampaknya marah sungguh creator gambor ni kepada UMNO. Pasai apa dia marah? Hanya Allah S.W.T dan tuan empunya diri saja yg tahu.

Kekadang ada betui jugak gambor tu, kekadang ada yg tak betui tertakluk kepada keadaan dan masanya.

Bagi aku, dapat jugak menghilangkan rasa zzzzzz....

Kah kah kah...

Monday, November 16, 2009

Terima Kasih Anom...


Pertama-tamanya aku mengucapkan jutaan terima kasih pada seseorang yg aku tak kenali (sbb dia pakai nama anom) yg mengingatkan aku kepada blog ni yg dah tak diupdatekan sekian lama.

Sebenaqnya, bloq ni hanya samaran saja. Blog aku yg aktif hanyalah untuk dikongsi bersama dengan ahli keluarga dan rakan-rakan tertentu saja. Aku cadang nak open pada semua tapi......... tak payahlah.

Aku buat blog bukan utk diminati ramai, hanya berkongsi ilmu, cerita dll yg berkaitan saja. Tak minat aku ngan politaik nih.

So, nanti aku akan cuba utk sentiasa updatekan....

Makachih la pada anom tu...