Tuesday, November 24, 2009

Bayang Sendiri Pun Ditakuti...


Memang dah sah lagi confirm... Beer-N dengan sekutu kuatnya sebuah parti yang masih menggunakan bahasa penjajah cukup fobia dengan PRK. Banyak penulis mengatakan perkara yang sama seperti di sini atau di sini.

Puas jugak aku mencari mana-mana penulisan yang memperkatakan bahawa Beer-N sepatutnya kekal dan tiada PRK di Kota Siputeh malangnya masih tidak dijumpai. Adakah ini menunjukkan bahawa blogger pro-parti yg masih menggunakan bahasa penjajah turut setuju dengan keperluan diadakan PRK?

Siapakah yang mahukan Abu Hassan Penchuri menjadi ADUN di Kota Siputeh?

a) Rakyat a.k.a pengundi DUN berkenaan.
b) Beer-N
c) Parti yg masih menggunakan bahasa penjajah.
d) Malay Controlled Association a.k.a MCA.
e) SPR yg dicucuk hidung
f) Mahkamah tak kira level mana.

Aku rasa jawapan di atas adalah hanya boleh ditentukan dengan tepat melalui PRK. Kembalikan kuasa dan hormat kepada para pengundi kawasan berkenaan.

Yang pastinya sejak dulu, kini dan selamanya parti yang masih menggunakan bahasa penjajah tidak pernah menghormati ahli akar umbinya sebab mereka di bawah selalu menjual maruah dengan harga yg tersangatlah rendah, jauh sekali yg terbuka mata dan minda dari menjadi ahlinya.

1 comment:

siberangan said...

Cantik lah show dan ulasan yang tiada fakta.

Hangpa pi tengok dah ka Kota Siputih tuuuu... aku dah pi, makan pesembor Kodiang lagi.

Kawasan tu bukan macam Permatang Pauh atau Permatang Pasir. Hangpa jumpa oghang Siam kot kot tu, silap2 hangpa pi makan nasi ghumah depa.
Tau2 depa masak muncung tajam.

La ni pi tengok dulu, baghu hangpa tau.

Dato' Abu Hassan tu pun dia dah tau kedudukan dia la nii...