Tuesday, November 17, 2009

Cuba Teka PRK Kota Siputeh Ada Ka Tak?

Antara berita yang menarik perhatian aku adalah keputusan Mahkamah Tinggi (MT) ke atas status ADUN Kota Siputeh Kedah. Pelbagai versi tafsiran, pendapat, pandangan dan yg sekasta dengannya telah diberikan oleh para penulis blog. Ini tidak termasuk komen pengunjung blog berkenaan. Aku dah layari banyak blog yg menceritakan isu ini serta membaca pelbagai komen yg disiarkan.

Rata-rata mengatakan PR menang pusingan pertama di mana pada pusingan kedua MT (yg lebih dikenali sebagai Majlis Tertinggi UMNO dan bukannya Mahkamah Tinggi) akan membuat keputusan sebaliknya selepas menerima rayuan pihak yang berkenaan.

Selain dari itu, ramai yg mempersoalkan kenapa SPR bersungguh-sungguh nak buat rayuan ke atas keputusan tersebut. Aku pun hairan jugak sebab apa yang aku faham SPR ini adalah badan bebas (haram tak bebas mana pun...) yang hanya berfungsi utk menyelaraskan pilihanraya dan bukannya badan penentu samada wujud kekosongan atau tidak. Kesan dari tindakan SPR ini menyebabkan ramai mempersoalkan kredibilitinya yg sepatutnya tidak dan dilihat tidak berpihak kepada mana-mana parti.

Aku akan cuba cari apa-apa maklumat perundangan berkaitan fungsi SPR ni. Kalau sesiapa ada link berkenaan, minta dimajukan kepada aku utk penambahan ilmu pengetahuan aku sendiri dan yang lain.

Sementara itu, kita layan pandangan seorang bayi ini dulu.... Zasss!!!...


No comments: