Tuesday, November 17, 2009

Feri Ambulan di Langkawi

Kekerapan aku ke Langkawi atas urusan kerja membawa kepada pengetahuan mengenai pelbagai permasalahan yg berlaku di sama. Di antara sahabat yg aku kenali tapi melalui laman maya saja adalah Anak Langkawi melalui blog dia ini.

Beliau sentiasa membawakan berita dan cerita di Langkawi. Malah ada masa-masa tertentu kami berlainan pendapat (bukannya pendapatan). Jadinya, aku gunakan maklumat dalam blognya ini untuk mendapat pandangan dari rakan-rakan semeja semasa sessi teh tarik di Old Town Senorita Cafe (bukan Oldtown White Coffee).

Antara yg menarik perhatian adalah status feri ambulan yg dikatakan telah dibeli, dilancar dan digunakan sekali saja, lepas tu terus rosak tak sampai 6 bulan pun. Ada yg mengatakan ianya hanya untuk kegunaan VIP yg nak melawat sekitar pulau. Skrg ni berada di jeti Jabatan Laut Langkawi. Byk versi cerita yg aku dengar. Yang pasti pesakit masih menggunakan feri penumpang yg tentunya tidak sesuai.

Aku amatlah berharap agar ada mana-mana pihak yg berkelayakan untuk tampil memberi maklumat yg lebih tepat. Anak Langkawi pun sedang berusaha utk dapatkan maklumat lebih lanjut. Ini dapat mengelakkan kekeliruan yg akan menjurus kepada kaitan dengan poliTAIK...

Terima kasih Anak Langkawi... Teruskan usaha anda.

No comments: