Saturday, November 21, 2009

Peraturan Pinjaman Bank

SPR atau lebih dikenali sebagai lembu parti yang masih menggunakan bahasa penjajah, tak pun parti komponen ke-15 Beer-N mengeluh kerana terpaksa membelanjakan RM200K ++ untuk PRK Kota Siputeh dan menjadikannya salah satu hujah di dalam rayuan mereka.


Apa yang susah sangat pasal RM200K ++ sedangkan lebih banyak pembaziran yg KERAjaan lakukan seperti melantik syarikat tempatan untuk perkhidmatan penyelamatan kapal selam sedangkan tender dari syarikat luar yg dah terbukti berpengalaman ditolak hatta rendah sekalipun. Apa yg syarikat tempatan tahu pasal submarine salvage ni melainkan menjadi agen saja. Maklumat lanjut baca di sini. Jadi sesuatu pada KD Altantuya, tak ke naya nyawa submariners kita.



Tak bolehkan SPR ini yang mempunyai otak lembu memikirkan cara lain utk mengurangkan kos seperti mengubal undang-undang sebegini:-

"Mana-mana ADUN atau MP yang didapati mengosongkan kerusi masing-masing tanpa sebab yang munasabah melainkan kematian, segala kos pengendalian PRK akan ditanggung oleh parti yg diwakili oleh ADUN/MP berkenaan. Kegagalan membuat bayaran penuh di dalam masa yang ditetapkan akan menyebabkan parti tersebut disenaraihitam dari mengambil bahagian di dalam mana-mana pilihanraya di mana-mana jua di masa hadapan".

So, iron out lagi dengan nasihat pakar perundangan sebab isu sebab munasabah ini pasti akan mengundang pertikaian yang lama.

Tapi apa nak dikatakan lagi, kalau dah lembu tu totap lembu jugak...

No comments: