Saturday, November 21, 2009

Bila Pinangan Diterima...

Karpal Singh dah terima pelawaan Nazri Aziz untuk mendakwa V.K Linggam yg dikatakan terlibat di dalam susunatur barisan hakim di 1Malaysia. Karpal Singh juga telah membuat kenyataan di Parlimen mengesahkan penerimaannya.

Sekarang, kita hanya menunggu apakah tindakan lanjut pihak Peguam Negara bagi merealisasikan proses penerimaan pelawaan tersebut. Ada dua kemungkinan yg dapat aku fikirkan.

Kalau pihak KERAjaan terus berdiam diri tanpa membuat apa-apa tindakan, maka isu pasti akan digunakan oleh pihak PR dan menyerlahkan lagi situasi di mana badan kehakiman 1Malaysia dilihat (baca betui-betui dilihat) tidak bebas dan dipengaruhi oleh tangan-tangan ghaib yg semestinya dari kalangan badan eksekutif.

Kalau Karpal Singh dibenarkan mendakwa, nescaya akan banyak tangan-tangan badan eksekutif akan hilang kuasa ghaib mereka.

Di dalam apa-apa hal sekalipun, Nazri Aziz dah melakukan sesuatu yg dirasakan satu kesilapan besar ibarat tikus membaiki labu. Apa belitnya pula selepas ini, sama-sama kita nantikan....

Saya sependapat dengan bekas Panglima ini, mungkin kerana pernah berkhidmat di bawahnya jadi we speak the same language.

No comments: