Friday, November 20, 2009

Ketua Pramugari Kata...

Sebelum setiap pesawat penumpang berlepas, Ketua Pramugari akan membuat demonstrasi mengenai pemakaian jaket keselamatan dan lain-lain panduan keselamatan.

Antara yang menarik perhatian saya untuk dikaitkan dengan parti yang masih menggunakan bahasa penjajah ni adalah ".... anda hendaklah memakai dahulu topeng oksigen sebelum memberi bantuan kepada pihak lain..." Jadi kaitannya adalah seperti berikut:

Mat Sembam menbuat kenyataan dari Rome yg mengatakan bahawa partinya yang masih menggunakan bahasa penjajah itu mungkin terpaksa mengambil alih tangungjawap membela kaum Cina sekiranya krisis kepimpinan dalam MCA semakin meruncing.

Pada pandangan aku, tak perlulah mereka memakaikan topeng oksigen pada bangsa Cina sebelum mereka sendiri memakainya. Kita dapat perhatikan dewasa ini, rata-rata kereta besar, rumah besar, lot-lot perniagaan dimiliki oleh kaum Cina. Mereka sangat maju dengan ekonomi yang pastinya dapat menjamin masa depan kehidupan mereka berbanding dengan kaum meLAYU.

Kalau ahli parti sendiri khususnya dan meLAYU yang lain amnya masih ketinggalan di dalam semua aspek, seeloknya Mat Sembam ini yang mewakili parti yang masih menggunakan bahasa penjajah berfikir dahulu sebelum bercakap. Kuatkan dahulu daya saing meLAYU di dalam semua perkara.

Semasa persidangan agung parti yang masih menggunakan bahasa penjajah ini, bukan main lantang para perwakilan berbahas mahukan bangsa meLAYU diberi perhatian serius.

Agak menghairankan bilamana syarikat pembinaan besar seperti IJM berjaya mendapat kontrak jutaan ringgit di luar negara tetapi hanya layak menjadi sub-kontraktor saja di negara ini hanya kerana mereka bangsa Cina.

Dan yang paling mustahak, parti yang masih menggunakan bahasa penjajah ini harus sedar dari tidur yang mereka juga mengalami krisis kepimpinan. Bukan di peringkat atasan tetapi di peringkat bahagian. Cuma MCA memiliki mereka yang benar-benar memperjuangkan bangsa sendiri berbanding UMNO yang rata-rata YES BOSS sahaja demi political survival masing-masing tanpa menghormati akar umbi.

Tapi kan, buat apa nak dihormati akar umbi kerana mereka ini sanggup menjual maruah dan harga diri dengan potongan harga yang murah.

Selamat terbang bersama kami...

No comments: