Friday, January 29, 2010

Kelebihan Tetikus...

Kelebihan tetikus atau mouse (dlm bahasa orang kampung bini aku) adalah kita tidak perlu melenguhkan jari menaip. Cuma tekan mouse tu, click sana, clisk sini, mudah saja aku menyalin posting dari Perisik Rakyat ini. Heheeheee!!!...

Malas betul aku nak berblog minggu ni. Hampa semua baca, lihat dan nilai sendiri. Ada mana-mana ahli parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi kecoh pasai bahasa kebangsaan nak bantai Ku Li sebagaimana hampa takut nak tibai Nazri Kangkong?

Muahahahahha............ Ni, Ku Li pun kata Kelantan perlu mendapat wang royalti minyak bukannya wang ehsan. Ini adalah agreement antara negeri berkenaan ngan Petronas. Yang KERAjaan Persekutuan kalut sangat pasai apa. Yang nak membayor adalah Petronas, bukannya wang KERAjaan Persekutuan sekalipun ianya adalah GLC.

Aku rasa hanya 500 org saja yang hadir malam tu sebagaimana yg dilaporkan oleh media yg dimiliki oleh Beer-N. Gambor tu semua adalah super imposed saja.... Kah kah kah!!!... Awat, hampa ingat aku bodoh macam hampa. Bodoh tak per lagi tapi hampa tu dah ler bodoh, bodoh piang plak tu.

Kwang kwangg kwanggg!!!...


Matlamat untuk mengumpulkan 100,000 orang di Stadium Sultan Mohd IV tercapai untuk program Solat Hajat dan Majlis Penerangan Royalti Minyak oleh YBM Tengku Razeleigh Hamzah malam tadi.

"Berbanding dengan Forum Wang Ehsan anjuran UMNO yang dihadiri oleh hanya 500 orang (yang digembar-gemburkan 5,000 orang oleh media arus perdana) menunjukkan bahawa rakyat berdiri teguh bersama kepimpinan Kerajaan Negeri di dalam isu Royalti," tegas seorang pemimpin PAS yang sempat GB hubungi dan mengikut maklumat yang aku (TP) dapat, majoriti yang hadir ke majlis Forum Wang Ehsan anjuran UMNO ialah para pendidik yang dikerah supaya menghadirkan diri.
Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Negeri Kelantan berhak menerima royalti petroleum sebanyak 5% dan bukannya "wang ehsan" seperti yang terkandung didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas.

“Saya maklum kepada Tuanku perkara ini, Tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus Tok Li, bagus, beritahu rakyat perkara yang sebenar..!” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru, Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak 5% seperti yang termaktub didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas.

Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tohmahan orang berhubung kehadirannya malam ini.
“Kalau ada orang kata atau tohmah apa-apa, jawapan saya - peduli apa orang lain,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah sebagai seorang rakyat Kelantan yang bertanggung jawab kepada negerinya dan demi kepentingan Negeri dan rakyat Kelantan.
Pada sidang media selepas ceramahnya pula, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pengampu manakala Utusan pula adalah "akhbar dongeng".

“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa Kerajaan Pusat hanya akan membayar wang ehsan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan dan wang ihsan bukan royalti, wang ihsan tidak wujud dalam perjanjian yang ditandatangani sebaliknya yang wujud hanyalah royalti.”

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Kerajaan Negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ehsan.
Terdahulu, Tengku Razaleigh dan Dato' Paduka Husam Musa tiba di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi dengan diarak oleh 50 beca dari Persatuan Pengayuh Beca Kelantan dan hampir 30 buah motosikal Honda Klasik daripada Kelab Honda Klasik Kelantan sebagai tanda sokongan dari pelbagai pihak terhadap isu tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

Difahamkan iringan beca adalah atas kehendak Persatuan Penarik Beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.
Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ucapan Tengku Razaleigh berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas dan Ahli Parlimen Gua Musang menyatakan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 billion dan akan menjadi negeri yang terkaya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Kira-kira 7 petang tadi, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Wakil Rakyat serta Pegawai Kerajaan Negeri.

Sumber - Kelab GreenBoc, editing dan gambar oleh Topeng Perak® Unmasked

Thursday, January 28, 2010

Just For Laugh...

Have fun with the e-mail I received. To busy to write about poliTAIK matters. Beside, too many political issues would make you feel like consuming Panadol ajer...

The 1st Affair: most likely this!!
>
> A married man was having an affair
> with his secretary.
>
> One day they went her place and made love all afternoon. Exhausted, they fell asleep and woke up at 8 PM.
>
> The man hurriedly dressed and told his lover to take his shoes outside and rub them in the grass and dirt.
>
> He put on his shoes and drove home.
>
> "Where have you been?" his wife demanded.
> "I can't lie to you," he replied,
> "I'm having an affair with my secretary. We had sex all afternoon."
>
>
> "You lying bastard!
> You've been playing golf!"
>
> The 2nd Affair:
>
> A middle-aged couple had two beautiful daughters but always talked about having a son.
>
> They decided to try one last time for the son they always wanted.
>
> The wife got pregnant and delivered a healthy baby boy. The joyful father rushed to the nursery to see his new son.
>
>
> He was horrified at the ugliest child he had ever seen.
>
> He told his wife, "There's no way I can be the
> father of this baby. Look at the two beautiful daughters I fathered! Have you been fooling around behind my back?"
>
>
> The wife smiled sweetly and replied, "Not this
> time!"
>
>
> The 3th Affair:
>
> A woman was in bed with her lover when she heard her husband opening the front door.
> "Hurry," she said, "stand in the corner."
>
>
> She rubbed baby oil all over him, then dusted him with talcum powder.
> "Don't move until I tell you," she said.
> "Pretend you're a statue."
>
> "What's this?" the husband inquired as he
> entered the room.
>
> "Oh it's a statue." she replied. "The
> Smith's bought one and I liked it so much I got one for us, too."
>
> No more was said, not even when they went to bed.
> Around 2 AM the husband got up, went to the kitchen and returned with a sandwich and a beer.
>
>
> "Here," he said to the statue, "have this. I
> stood like that for two days at the Smith's and nobody offered me a damned thing."
>
> The 4th Affair:
>
>
> A man walked into a cafe, went to the bar and ordered a beer.
> "Certainly, Sir, that'll be one cent."
>
> "One Cent?" the man thought. He glanced at the menu and asked, "How much for a nice juicy steak and a bottle of wine?"
>
>
> "A nickel," the barman replied.
> "A nickel?" exclaimed the man. "Where's the guy who owns this place?"
>
> The bartender replied, "Upstairs, with my wife."
>
> The man asked, "What's he doing upstairs with your wife?"
>
>
> The bartender replied, "The same thing I'm doing to his business down here."
>
> The 5th Affair:
>
> Jake was dying. His wife sat at the bedside.
>
> He looked up and said weakly, "I have something I must confess."
>
> "There's no need to," his wife replied.
> "No," he insisted, "I want to die in peace..
> I slept with your sister, your best friend, her best friend, and your mother!"
>
>
> "I know, I know," she replied. "Now just
> rest and let the poison work."

Tuesday, January 26, 2010

Peraduan Mencari Perbezaan...

Cuba teka apa beza di antara MAMPOS ngan NATANG?

Bagi memberikan tips, disertakan beberapa keping gambar untuk membantu anda memikirkan dan mencari perbezaan di antara perkataan tersebut. Hadiahnya tak menarik sangat sekadar menunjukkan bahawa anda masih mampu berfikir dan tidak mudah lupa.

Soalnya sekarang, kenapa ada double standard? Bukannya aku menyokong Aduka Teruna. Dia memang sepatutnya mendapat balasan di atas tindakannya yang bukan saja kurang hajar malah menunjukkan tahap pemikiran otak seminit. Kalau marah sekalipun, bukannya cara begini.

Tetapi hanya kerana blognya mempunyai lambang parti poliTAIK pembangkang, KERAjaan melalui agensi penguatkuasa undang-undangnya terlupa perihal penghinaan ke atas DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan suatu ketika dahulu.

Ini hanya menunjukkan bahawa terdapat satu undang-undang tetapi dilaksanakan secara berbeza-beza terhadap dua golongan rakyat 1Malaysia.

Sabor jer laaa...

Lagi Petua Untuk Dikongsi Bersama...

Petua untuk menguatkan semangat org lelaki yang dah berumur agar kelihatan dan dilihat sentiasa muda. Penting untuk mengikut aturan langkah bagi mendapatkan hasil yg memuaskan.

Mula-mula lihat rambut "jejakan" dalam gambar di bawah ini.




Kemudian lihat pulak rambut "jejaka" tersebut dalam gambar di bawah ini.

Anda dapat agak petuanya? Betulll... Kena berkahwin ngan artis muda kerana nak mengikut life-style orang muda, maka kenalah kuatkan semangat pergi warnakan rambut beruban anda. Kah kah kah...

Apa-apa pun, aku mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru ini sekalipun menafikan cerita perkahwinan mereka. Skrg dah pecah, masih mampu tersenyum kerana adat menafikan sesuatu berita ini memang sinonim dengan kehidupan artis dan ahi poliTAIK. "Saya bahagia dengan pasangan saya sekarang" adalah ungkapan sekarang malah menjadi skrip standard pasangan yg baru berkahwin.

Janganlah pulak diikut resam yang mengatakan syarat lengkap menjadi seorang artis adalah berkahwin kemudian bercerai-berai.

ALL THE BEST TO YOU KINABATANGAN

Bocor, bocorr, bocorrr!!!... Anda ingat ayat ini di Parlimen?

Kah kah kah!!!...

Baguih suami dia tak jeles bini yg nampak macam mabuk ajer terlentok atas riba lelaki lain.


Rehat Sebentar Bersama Org Tak Faham Bahasa...

Aku ingin berkongsi beberapa cerita yang dapat merehatkan minda aku sebelum kembali bertugas. Semoga ianya juga dapat merehatkan minda anda semua.

Have Fun Guys!!!...

Cerita 1
Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, “Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan. Org tuan menjawap “Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!”

Cerita 2
“Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?” “Entah… … saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!”

Cerita 3
Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.
Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!
Pelajar : Terima kasih cikgu.
Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ?
Pelajar : Balik ke rumah!!

Cerita 4
Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu…
“Eh,baru balik..?” tanya si ibu sinis.
“Ya, mak..” jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara.
“Haa,dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!”Tengking si ibu.
“Nak sarapan!” balas si anak pendek.

Dipetik dari Isu Hangat

Monday, January 25, 2010

Sibuk!!!...

Sibuk betui hari ni. Unscheduled meeting sampai 3 . Tak sempat nak melayari internet melainkan baca e-mail saja. Nak buat analisis berita terkini pun masih tak sempat.

Kerja, kerja kerja!!!... Janji ada rezeki halal.

Short and sharp ajer.
TAKZIAH KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA DIRAJA JOHOR.

Thursday, January 21, 2010

Terbaru Di Pasaran....


Jangan lepaskan peluang keemasan untuk anda mengubah gaya hidup di masa hadapan. Layarilah di sini dan di sini serta di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Saya jamin selepas anda membaca di sana, gaya hidup anda pasti akan berubah samada dipaksa ubah atau diubah atas kerelaan sendiri.

Lihat gambar-gambar yg disertakan untuk clue, pastinya anda akan tahu perubahan yang macam mana saya maksudkan.

Selamat mencuba!!!...

p/s: Sila beri maklumbalas samada perubahan berlaku atau tidak.

Berita Ringkas Sebelum Lunch...

Ada beberapa berita ringkas yang saya terbaca di alam cyber ini. Saya jangka ianya akan menjadi satu berita terkini hiburan sensasi yang tidak akan disiarkan oleh TV3suku.

Tun Mohd Salleh Abas telah mengeluarkan kenyataan yang pastinya menjadi berita baik pada orang Kelantan dan berita buruk kepada pihak KERAjaan yg diterajui oleh parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi kalut berdemo pasal bahasa kebangsaan. Anda boleh baca di sini dan di sini.

Seterusnya mengenai pemotongan bajet Kem Pelajaran yang akhirnya bukan saja menjejaskan proses pembelajaran malah turut menjejaskan proses pengajaran. Timbul persoalan selepas ini adakah anak-anak kita akan mendapat pendidikan yang berkualiti. Rasanya tenaga pengajar selepas ini akan hanya mengajar secara melepaskan batuk di tangga. Nak lebih kena gi tuisyen yang dia buat kat rumah utk menampung income kesan pemotongan pelbagai elaun. Anda boleh baca di sini. Saya pernah menulis beberapa rencana mengenai perkara ini di sini.

Last but not least berita mengenai Si SaiFOOL dengan kes liwatnya. Tidak mahu aku komen lebih-lebih, sekadar berkongsi maklumat untuk anda fikirkan sendiri kerana ilmu agama aku hanya cukup untuk diri aku dan keluarga sendiri saja. Anda boleh baca di sini.

Inilah kemeriahan dunia 1Malaysia yang semakin hari semakin berundur ke belakang tanpa disedari. Kalau sedar pun mereka masih tak mengaku kesan penyakit denial syndrome.

Some people might say that I'm an opposition guy hanya kerana tidak sependapat dengan aliran kepala hotak kosong mereka tapi ini adalah hak aku untuk mempunyai pendapat sendiri. Yang penting adalah sejauh mana sanggupnya kita menerima kenyataan dan berpijak kepada bumi yang nyata.

Wednesday, January 20, 2010

Isu Di Sebalik Isu Yg Kita Lupa...

Ada pelbagai isu yang lebih menarik perhatian aku berbanding dengan isu hangat sekarang ini iaitu penggunaan nama ALLAH. Bukannya aku tidak kisah pasai kalimah itu tetapi semakin aku kisah semakin aku fening kefala laaa. Lagi memeningkan bilamana Nazri Kangkong yg merupakan seorang menteri dari parti meLAYU yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah tapi dok berdemo pasai bahasa kebangsaan, mengeluarkan fatwa hanya Kristian di Sabah dan S'wak saja yg buleh guna kalimah tu tetapi di Semenanjung ianya HARAM. Memang haram pun tapi dia yg haram jadah. Heheeheee...

Kisah #1
Mengenai peningkatan harga gula. Analisis yg dibuat oleh seorang blogger dan semakin mendapat perhatian dan disiarkan oleh blog-blog lain cukup memeranjatkan aku. Cukuplah kalau aku kata hampa pi baca di sini dan fikirkan sendiri kalau masih mampu berfikir.

Kisah #2
Mengenai penjualan pasir ke S'pore yg telah digantikan nama dengan silika. Hampir 500 lori mengangkut benda itu ke S'pore. Soalnya, siapakah yg menjual dan menggadai tanah meLAYU sebenarnya? Kalau ianya silika, kenapa perlu dihantar ke S'pore utk diproses? Adakah kerana tiada modal, pengetahuan atau kemahiran 1Malaysia nak proses buat cip di sini? Yang pastinya adalah kerana otak pemimpin kita malas nak berfikir atau kerenah birokrasi yg tinggi utk sesebuah syarikat melabur. TDM dah mula bersuara melalui blognya di sini. Nasib baik hukuman perasuah bukan macam Seksyen 39(B) Akta Dadah Merbahaya.

Kisah #3
Mengenai pendidikan para pelajar di mana bajet untuk sekolah dikurangkan hingga mengganggu proses pembelajaran mereka. Apalah salah mereka hingga dibuat sedemikian. Dengarnya beberapa elaun guru akan dipotong yg akan merendahkan moral mereka nak mengajar. Kesannya nanti akan lahirlah para pelajar yg mempunyai tahap kepandaian yang rendah berbanding dengan background ibubapa yg kaya. Lambat laun, jurang perbezaan cerdik bodoh akan ketara. Kem. Pendidikan akan turunkan gred lulus maka dilihat semua pelajar cemerlang. Konon KERAjaan dapat jimat RM1.3 Billion hasil subsidi gula tapi dibazirkan pulak untuk sukan F1 yg tiada direct impact pada rakyat. Tak cukup lagi, depa nak potong bajet Kem. Kesihatan pulak dahhh... Dah tentu kualiti ubat macam beli di pasar malam ajer.

Kisah #4
Mengenai kenyataan Shafie Bedal yg mengatakan tiada pembangunan di Kedah. Biaqpila kat dia kerana sebagai pengerusi parti melayu yang nama pun masih menggunakan bahasa penjajah tapi dok berdemo pasai bahasa kebangsaan, adalah menjadi kewajipan dia utk buat statement lagu tu. Ramai yg faham akan maksud di sebalik kenyataannya dan menganggap ianya lucu, lawak dan tak masuk akai (kecuali org yg tak berakai...)

Sebenarnya banyak kisah lain yang menarik tapi cukuplah kalau aku petik 4 ajer. Nanti tiada idea utk posting berikutnya. Sebelum tu aku nak ucapkan "tahniah" pada Najis, (oppsss, selalu aku salah taip nama Bini Rosmah Duda Altantuya nih...) sebagaimana turut diucapkan oleh sahabat maya aku di sini.


Lihatlah mereka ini. Adakah mereka letih mendengar pembohongan dan penipuan para pemimpin mereka atau sekadar malas nak layan kerana tahu apa yg diucapkan oleh barisan pemimpin mereka dari 10, 11 yg tak leh pakai. Mulut ternganga dok minta RM hingga sanggup menjual maruah diri sendiri hinggakan dia yg disahkan terlibat dengan politik wang pun buleh jadi Ketua.

Oh ya, lupa plak. Politik wang bukannya rasuah tetapi di dalam parti selain dari yg dok dalam Beer-End, ianya adalah salah mengikut tafsiran parti komponen satu lagi, SPRM.

Paling pelik adalah kenapa rakyat tertentu masih berada di dalam denial syndrome terhadap isu sebenar yg lebih penting. Memang sah depa tu semua buta kayu, mata, hati dan buta segalanya kecuali terbeliak mata nak buat kekayaan segera melalui poliTAIK.

Wakakakakaka!!!...

Tuesday, January 19, 2010

Pecah Ruyung, Baru Dapat Sagunya...


Setelah sekian lama aku cuba memecah ruyung, baru kini ruyung tersebut dapat dipecahkan sepenuhnya dan kini aku akan menikmati sagunya.

Apa yang aku maksudkan adalah peluang aku untuk menambahkan ilmu perkapalan dengan kerjasama Maersk Shipping yang bersetuju untuk aku menjalani cross-exposure di atas salah sebuah kapalnya yang termasuk di kalangan kapal kontena terbesar di dunia.

Walaupun pelayaran tidak jauh, dari Penang Port ke Singapore sahaja tetapi melayari Selat Melaka yang menjadi laluan tersibuk di dunia pastinya mencabar.

Sedikit maklumat mengenai kapal Maersk Algol :
  • Dibina tahun 2008 di Korea (Samsung Heavy Industries)
  • Kapasiti kontena 9,000 TEU.
  • Berat 107,700 DWT
  • Panjang 323 meter

Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Tak pasti sejauh mana exposure yang akan diberikan oleh Capt. Min Sue tetapi kalau berdasarkan maklumat e-mail darinya, beliau ingin berehat sepanjang pelayaran dari Penang ke Singapore. Adakah ini bermakna aku akan mengambilalih tugas beliau? Kalau ilmu cukup di dada apa nak dirisaukan, tak gitu?

Malah beliau jugak mengajak aku untuk bersama familinya bersantai di Disneyland Hong Kong. Aku rasa bagus jugak cadangan untuk bersantai tu. Dapat jugak aku melanjutkan cross-exposure di kapal berkenaan sambil menikmati masa berkualiti dengan keluarga di sana walaupun kami dah pernah ke sana.

Alhamdullillahhh...

Uncang $$ Yang Bocor...

Inilah berita yang sungguh "memeranjatkan" dipetik dari Bernama... Baca petikan itu di bawah sekali. Dulu Najis, oppsss, silap taip daaa... Najib mengatakan "Our economy is good and our fundamental is strong".

40,000 bro... Bukannya 40 org. Kalau 40K didarabkan dengan average 3 orang satu family, dah berapa puluh ribu yang menghadapi masalah eko-NO-MONEY di 1Malaysia.

KERAjaan jimatkan RM1.3 Billion hasil kenaikan harga gula tapi yang dok gi membazir lebih RM1.0 Billion pada projek F1 tu aper kejadahnya? Sukan F1 tu memang dapat mempromosikan 1Malaysia tapi direct impact kepada rakyat sukar untuk dinilai.

Luahan ibubapapelajar di sini aku rasa masih tiada siapa yang ketengahkan jauh sekali diberi perhatian kerana minda rakyat dipesongkan oleh pelbagai isu sensitif. Kena pulak dah menjadi lumrah manusia yang tak kisah sebab tak kena batang hidung sendiri.

Inilah dia untung malang berada di bawah pemerintahan KERAjaan yang hanya memikirkan political survival sendiri saja yg mengambil peluang terhadap keBODOHan para pengundinya.

40,000 Pekerja Swasta Diberhenti Akibat Krisis Ekonomi

Jumlah pekerja sektor swasta yang diberhentikan kerja akibat krisis ekonomi global sejak tahun 2008 tidak membimbangkan jika dibanding dengan krisis ekonomi sebelumnya, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Senator Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata sejak Disember 2008 hingga akhir tahun lepas jumlah pekerja yang diberhentikan adalah sekitar 40,000 orang berbanding lebih 80,000 pada krisis terdahulu.

Jumlah 40,000 itu termasuk 3,000 orang yang berhenti secara sukarela dan kebanyakan yang terlibat adalah daripada sektor perkilangan, katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Sijil Kepada Peserta Program "Train and Place" kelolaan Yayasan Murni Kelantan, di sini hari ini.

Maznah berkata bagi membantu golongan itu kerajaan telah menganjurkan pelbagai program pemulihan seperti kursus menjahit bagi mendedahkan mereka kepada peluang pekerjaan baru.Sebagai langkah susulan, beliau berkata kementerian kini mengkaji kaedah bagi membolehkan golongan itu diberi pinjaman bank agar mereka dapat meneruskan kegiatan ekonomi masing-masing seperti membuka kedai jahitan.- Bernama

Friday, January 15, 2010

Salah Orang Lain???... Dak Kut!!!...

Selepas aku membaca, mendengar pelbagai pandangan dan membuat penilaian sendiri makanya aku sebagai penyimpan mohor besar diri sendiri dengan ini mengisytiharkan bahawasanya

PERPECAHAN DAN KEGAWATAN DI DALAM BANGSA MELAYU ITU SENDIRI MENJADI PUNCA MARUAH ISLAM DI 1MALAYSIA NI SANGAT RENDAH SERENDAH RENDAHNYA.

Dalam pada aku mengisytiharkan sedemian rupa pun akan berlaku pulak tuduh menuduh sesama bangsa kerana masing-masing tidak mengaku seolah-olah bangsa Melayu ini ada 2 golongan.

  1. Golongan yang sealiran dengan KERAjaan.
  2. Golongan yg menongkah arus dengan KERAjaan.

Hakikatnya kedua-dua golongan di atas adalah 1rumpun bangsa Melayu, yg menjadi punca segala permasalahan di negara ini akibat terlalu berpoliTAIK tanpa sempadan dan yang jelas semuanya buta kayu, buta mata dan buta perut.

Peliknya, kenapa masih tak mahu sedaq? Tak lain dan tak bukan kerana kepentingan poliTAIK sesiapa yg tidak sealiran dan sependapat dengan mereka, pasti akan dituduh sebagai punca isu hangat timbul. Tang depa jugak yang betul.

Kalaulah perbincangan sesama agama tapi berlainan mazhab pun gagal mencapai kata sepakat, apatah lagi kalau nak berbincang dengan agama lagi.

Pikiaq la sendiri, tu pun kalau masih ada saki-baki kepala hotak yang waras dan prihatin terhadap masa depan anak-anak sendiri.

Wednesday, January 13, 2010

Apa Salah Para Pelajar? Part 2...

Sambungan cerita yg pernah disiarkan di sini dan di sini.

Lagi berita mengenai kesan bajet Kementerian Pelajaran yang dipotong KERAjaan Beer-N boleh dibaca di sini. Malangnya, telah menjadi sikap orang kita sejak azali yg tak kisah sebab kesusahan para pelajar tu yang bukan anak mereka sendiri.

Inilah Yang Dinamakan Keldai...



Dari dulu lagi aku dok kata yang para peserta demo isu nama Allah adalah orang yang dungu salam tak ubah macam kaldai yg terkenal kerana kebodohannya. Kalau tak bodoh, masakan pepatah Inggeris ada mengatakan "Stupid Like Donkey".

Cuba lihat di program seperti di dalam gambor-gambar di atas tu dan tanya pada diri sendiri siapakah yang menganjurkannya.

Sama jugak kalau kita lihat pada gambor di bawah dan cerita di sini serta serta di sini (itu pun kalau rajin membaca). Lepaih tu tanya pada diri sendiri siapakah yang meluluskannya.
Jadinya, jangan marah pada aku kalau aku panggil mereka tu KELDAI yg siang dok junjung nama Allah tapi bila malam menjelma tiba, nama Allah ke mana, pakaian ke mana, perangai entah apa-apa, sendiri tau.


Sunday, January 10, 2010

Kanak-Kanak Kelaparan Di 1Negara Makmur...

Aku tak nak ulas lanjut perkara di atas sebab aku dah tanya persoalan yg sama melalui posting aku di sini.

Hampa baca artikel di sini kemudian hampa pikiaq sendiri samada Rakyat Didahulukan atau diHULUkan. Itu pun kalau hampa ada otak yg boleh berfikir.

INGAT, INI ADALAH MASALAH YG AKAN MENJEJASKAN MASA DEPAN ANAK-ANAK HAMPA SENDIRI.

Saturday, January 09, 2010

Mana Di Mana Anak Kambing Saya...


Aku pun tertanya-tanya di manakah para mufti semua negeri di 1Najis... oppsss, memanjang salah taip. Aku ulanglah kalau begitu.

Aku pun tertanya-tanya di manakah para mufti semua negeri di 1LostMah yang diam membisu tanpa memberi pendapat dan pandangan bagi meredakan isu penggunaan nama ALLAH nih. Lagi hairan bilamana ahli parti melayu yg kecoh pasai bahasa kebangsaan tapi nama masih menggunakan bahasa penjajah, dok asyik menekan pihak PAS untuk memberi komen/pandangan terhadap isu ini.

Disebabkan malas aku nak mengulas panjang, biarlah bekas Punk-5 aku sendiri yang tolong ulas sebab aku seakan berpandangan yg sama dengannya. Baca di sini.

Yang pasti, demi kerjaya poliTAIK yg pastinya menjanjikan kekayaan segera dgn cara mudah sekalipun melalui xtvt mencuri dan menggunakan bahan binaan yg rendah kualiti, nama ALLAH dijaja merata tempat.

Yang pasti, demi kerjaya poliTAIK yg pastinya menjanjikan kekayaan segera dgn cara mudah sekalipun melalui xtvt mencuri dan menggunakan bahan binaan yg rendah kualiti, ajaran Allah ditinggalkan hingga diterimapakai yang politik wang bukannya rasuah.

Friday, January 08, 2010

Setuju Untuk Tidak Bersetuju...

Amaran telah dikeluarkan mengenai tiupan angin kencang antara 40 - 50 km/j dengan ombak setinggi 3 - 5 meter di perairan Pantai Timur dan amat merbahaya kepada aktiviti pantai dan bot-bot kecil.

Namun ianya tidaklah sekencang angin yg bertiup membawa berita tentang kenaikan harga minyak yang mengikut Doppler Radar akan melanda bulan March 2010 ini.

Yang pasti, mulai 1 Mei 2010 terdapat 2 struktur harga minyak petrol dan diesel di stesen-stesen minyak 1Malaysia.
  1. Harga minyak bersubsidi untuk pemegang-pemegang MyKad iaitu rakyat 1Malaysia.
  2. Harga minyak harga pasaran (tanpa subsidi) untuk warga asing, pelancong dan yg sekasta dengannya.

Namun, untuk harga minyak subsidi bagi pemegang MyKad pula dipecahkan kepada dua.
  1. Golongan tidak mampu - Yang menggunakan kenderaan kurang dari 2000cc
  2. Golongan mampu - Yang menggunakan kenderaan 2000cc ke atas.
Aku amat bersetuju jika hanya rakyat 1Malaysia, warganegara sah 1Malaysia sahaja yang dapat membeli minyak bersubsidi kerana ianya adalah hasil bumi kita sendiri. Tahniah kepada mereka-mereka yang mengeluarkan idea begini.

Tapi kenapa pulak nak dibezakan di antara golongan mampu dengan tidak mampu pulak. 1Malaysia ni dah nak mengamalkan dasar double standard ka macam Afrika Selatan buat dasar apartheid suatu ketika dulu?

Adakah dengan menggunakan kenderaan 2000cc ke atas boleh dikira sebagai golongan mampu sekiranya kenderaan tersebut model lama yang harganya sekitar RM5,000 saja? Cuba baca pandangan seorang sahabat di sini.

Secara terang bahawa KERAjaan yg majoritinya dipimpin oleh ahli parti melayu yg kecoh pasai penggunaan bahasa kebangsaan tapi nama parti sendiri pun dok pakai bahasa kebangsaan, mempunyai otak yang singkat. Itu belum dikira sifat samseng yg ada pada diri mereka seperti mangkuk sekoq nih.

Setiap perkara yang dibuat/dilaksanakan mengundang 1001 lagi masalah yg datang. Org kampung aku kata "Back Fire". Memang kita tidak boleh mengelakkan Back Fire tetapi mengurangkan Back Fire yg menampakkan keBODOHan diri sendiri pun dah cukup baik.

Kalau dah lembu tu totap dicucuk hidung...

Kah kah kah!!!...

Tuesday, January 05, 2010

Apa Salah Para Pelajar?...

Aku merasa sangat-sangat kecewa kerana peruntukan untuk pendidikan dipotong 3.2% iaitu RM1Billion berbanding bajet tahun 2009 menyebabkan banyak peruntukan operasi sekolah dipotong, penghuni asrama diarah pulang setiap hujung minggu bagi menjimatkan kos utiliti, tiada lagi sessi minum petang untuk mereka, aktiviti dihadkan dll. Bacaan lanjut di sini

Dalam masa yang sama peruntukan untuk program PERMATA anjuran Suami Najis, oppsss... silap, Suami Najib yg turut dikenali sebagai Blue Hippo bernilai jutaan ringgit.

Apalah salah yg dilakukan oleh para pelajar berkenaan?

  1. Peruntukan untuk pendidikan sepatutnya dikekalkan atau ditambah tetapi di era pemerintahan Duda Altantuya ini, ianya dipotong pulak. Dalam pada itu, menteri berkenaan sibuk nak membeli pesawat pejuang baru, assault rifle baru M4 A2 bagi menggantikan AUG Stayer sedangkan di U.S yg sentiasa berperang masih menggunakan M-16 sejak Perang Vietnam lagi. Itu belum campor lagi kisah Skyhawk yang entah apa jadi di sini. Baca di sini sama.
  2. Tidakkah membebankan ibubapa sekiranya setiap minggu anak balik dari asrama? Kalau dekat-dekat tak per la, kena yg duduk jauh-jauh, macam mana pulak?
  3. Tak kelaparan ker para pelajar bilamana minum petang dah tiada? Makan di kantin membawa maksud perbelanjaan meningkat. Beban lagi tuuu...
  4. Aktiviti dikurangkan boleh membawa makna persekolahan hanya dipenuhi dengan masuk kelas lepas tu balik rumah/asrama. Suasana pembelajaran ini akan hanya membosankan para pelajar serta menyempitkan pemikiran mereka. Inikah yg Bini Rosmah a.k.a Duda Altantuya nak agar mudah generasi akan datang kelihatan BODOH dan mudah DIPERBODOHKAN?
  5. Peruntukan operasi sekolah dikurangkan menyebabkan sukar cikgu-cikgi menyediakan pelbagai nota dan bahan pembelajaran. Dah ler kualiti cikgu-cikgi sekarang tak macam dulu, lepas ni makin tak berkualiti dan berkuantitilah bahan pembelajaran.

Tak der pulak orang yg nak protes perkara ini terutama yang satu parti dengan Pi-EM 1Malaysia ni. Adakah tiada kepala hotak untuk memikirkan perkara ini?

Sebab tu aku kata parti melayu yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah tapi kecoh pasai bahasa kebangsaan terutama golongan muda bukan nak perjuangkan bangsa tapi perjuangan untuk dapat projek. Yang membazir tak nampak tapi pendidikan yg penting tak diendahkan.

1Malaysia, Rakyat DiHULUkan, Pencapaian Kroni DiuTAMAKan....

Monday, January 04, 2010

Hadiah "Birthday"...

Tahun dah pun menyambut hari jadinya menjadikan nombornya meningkat ke 2010. Selaras dengan hari jadi, selalunya tahun akan mendapat hadiah. Kali ini tahun mendapat hadiah istimewa iaitu peningkatan harga gula.

Bagi mengalih pandangan orang yg dungu salam, maka disajikan pula dengan keputusan mahkamah tinggi berkaitan penggunaan nama Allah oleh yg bukan beragama Islam. Malah terdapat pelbagai isu lain yg mudah dilupakan oleh si dungu salam.

Kenapa aku kata begitu?

  1. Kalau dilihat kepada proses rayuan, ianya cukup perlahan mengalahkan siput babi jika dibandingkan dengan proses rayuan kes melibatkan KERAjaan Perak yang menyaksikan hanya memakan masa 8 jam, siap dengan keputusan lagi tuuu. Soalnya, kenapa masih berlengah lagi? Nak tunggu isu kenaikan gula reda dulu ker?
  2. Skrip drama KERAjaan ini akan berkesudahan Mahkamah Rayuan akan mengenepikan keputusan awal dari Mahkamah Tinggi kemudian bila ke mahkamah seterusnya akan makan masa yg lama hingga janggut pun dah jadi mcm Taliban.
  3. Pada masa yang sama, ahli parti melayu yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah akan terus mempersoalkan kenapa PAS tidak bertindak seperti kera & beruk kena belacan, berdemo sana sini, hantar memorandum sana sini, report kat polis di merata tempat demi nak menunjukkan bahasa mereka adalah pejuang Islam sebenarnya.
  4. Hakim yg mengendalikan kes tersebut bukan beragama Islam, dah tentu dia akan berpihak pada yg bukan Islam. Kalau hakim Islam dah tentu akan berpihak kepada yg Islam. Tak ke kartun namanya tu. Nampak sangat mcm ada udang di sebalik mee udang.
Bagi aku, biarlah mereka-mereka yang berilmu di dalam soal agama Islam berhujah sesama mereka bagi mencari penyelesaian. Bagi yang cetek ilmu agama Islam lain, tak perlulah mencuba nasib menunjukkan kepada 1Malaysia bahawa anda menjadi jaguh di dalam memperjuangkan nama Allah ini. Seeloknya, biarlah anda menjadi jaguh di dalam mentaati segala ajaran Islam itu sendiri.

Berbalik kepada isu gula, aku berharap akan ada mangkuk-mangkuk YB-YB yang dungu salam yang dapat menanyakan soklan di Parlimen sejauh manakah pengurangan kes kencing manis di 1Malaysia bagi menjustifikasikan kenaikan harga gula. Rasanya kes kencing orang lagi banyak.

Hanya dungu salam saja yg boleh menerima atau telan bulat-bulat mcm ulaq sawa alasan yg mengatakan "Harga gula di 1Malaysia lebih murah berbanding harga di negara jiran" dan "Kenaikan bagi mengurangkan kes kencing manis".

Jangan pulak menteri-menteri berkenaan dari Beer-N mengatakan bahawa "Motor kapcai akan diharamkan di 1Malaysia bagi mengatasi masalah ragut dan rempit"

Kah kah kah!!!...