Tuesday, January 05, 2010

Apa Salah Para Pelajar?...

Aku merasa sangat-sangat kecewa kerana peruntukan untuk pendidikan dipotong 3.2% iaitu RM1Billion berbanding bajet tahun 2009 menyebabkan banyak peruntukan operasi sekolah dipotong, penghuni asrama diarah pulang setiap hujung minggu bagi menjimatkan kos utiliti, tiada lagi sessi minum petang untuk mereka, aktiviti dihadkan dll. Bacaan lanjut di sini

Dalam masa yang sama peruntukan untuk program PERMATA anjuran Suami Najis, oppsss... silap, Suami Najib yg turut dikenali sebagai Blue Hippo bernilai jutaan ringgit.

Apalah salah yg dilakukan oleh para pelajar berkenaan?

  1. Peruntukan untuk pendidikan sepatutnya dikekalkan atau ditambah tetapi di era pemerintahan Duda Altantuya ini, ianya dipotong pulak. Dalam pada itu, menteri berkenaan sibuk nak membeli pesawat pejuang baru, assault rifle baru M4 A2 bagi menggantikan AUG Stayer sedangkan di U.S yg sentiasa berperang masih menggunakan M-16 sejak Perang Vietnam lagi. Itu belum campor lagi kisah Skyhawk yang entah apa jadi di sini. Baca di sini sama.
  2. Tidakkah membebankan ibubapa sekiranya setiap minggu anak balik dari asrama? Kalau dekat-dekat tak per la, kena yg duduk jauh-jauh, macam mana pulak?
  3. Tak kelaparan ker para pelajar bilamana minum petang dah tiada? Makan di kantin membawa maksud perbelanjaan meningkat. Beban lagi tuuu...
  4. Aktiviti dikurangkan boleh membawa makna persekolahan hanya dipenuhi dengan masuk kelas lepas tu balik rumah/asrama. Suasana pembelajaran ini akan hanya membosankan para pelajar serta menyempitkan pemikiran mereka. Inikah yg Bini Rosmah a.k.a Duda Altantuya nak agar mudah generasi akan datang kelihatan BODOH dan mudah DIPERBODOHKAN?
  5. Peruntukan operasi sekolah dikurangkan menyebabkan sukar cikgu-cikgi menyediakan pelbagai nota dan bahan pembelajaran. Dah ler kualiti cikgu-cikgi sekarang tak macam dulu, lepas ni makin tak berkualiti dan berkuantitilah bahan pembelajaran.

Tak der pulak orang yg nak protes perkara ini terutama yang satu parti dengan Pi-EM 1Malaysia ni. Adakah tiada kepala hotak untuk memikirkan perkara ini?

Sebab tu aku kata parti melayu yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah tapi kecoh pasai bahasa kebangsaan terutama golongan muda bukan nak perjuangkan bangsa tapi perjuangan untuk dapat projek. Yang membazir tak nampak tapi pendidikan yg penting tak diendahkan.

1Malaysia, Rakyat DiHULUkan, Pencapaian Kroni DiuTAMAKan....

No comments: