Monday, January 04, 2010

Hadiah "Birthday"...

Tahun dah pun menyambut hari jadinya menjadikan nombornya meningkat ke 2010. Selaras dengan hari jadi, selalunya tahun akan mendapat hadiah. Kali ini tahun mendapat hadiah istimewa iaitu peningkatan harga gula.

Bagi mengalih pandangan orang yg dungu salam, maka disajikan pula dengan keputusan mahkamah tinggi berkaitan penggunaan nama Allah oleh yg bukan beragama Islam. Malah terdapat pelbagai isu lain yg mudah dilupakan oleh si dungu salam.

Kenapa aku kata begitu?

  1. Kalau dilihat kepada proses rayuan, ianya cukup perlahan mengalahkan siput babi jika dibandingkan dengan proses rayuan kes melibatkan KERAjaan Perak yang menyaksikan hanya memakan masa 8 jam, siap dengan keputusan lagi tuuu. Soalnya, kenapa masih berlengah lagi? Nak tunggu isu kenaikan gula reda dulu ker?
  2. Skrip drama KERAjaan ini akan berkesudahan Mahkamah Rayuan akan mengenepikan keputusan awal dari Mahkamah Tinggi kemudian bila ke mahkamah seterusnya akan makan masa yg lama hingga janggut pun dah jadi mcm Taliban.
  3. Pada masa yang sama, ahli parti melayu yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah akan terus mempersoalkan kenapa PAS tidak bertindak seperti kera & beruk kena belacan, berdemo sana sini, hantar memorandum sana sini, report kat polis di merata tempat demi nak menunjukkan bahasa mereka adalah pejuang Islam sebenarnya.
  4. Hakim yg mengendalikan kes tersebut bukan beragama Islam, dah tentu dia akan berpihak pada yg bukan Islam. Kalau hakim Islam dah tentu akan berpihak kepada yg Islam. Tak ke kartun namanya tu. Nampak sangat mcm ada udang di sebalik mee udang.
Bagi aku, biarlah mereka-mereka yang berilmu di dalam soal agama Islam berhujah sesama mereka bagi mencari penyelesaian. Bagi yang cetek ilmu agama Islam lain, tak perlulah mencuba nasib menunjukkan kepada 1Malaysia bahawa anda menjadi jaguh di dalam memperjuangkan nama Allah ini. Seeloknya, biarlah anda menjadi jaguh di dalam mentaati segala ajaran Islam itu sendiri.

Berbalik kepada isu gula, aku berharap akan ada mangkuk-mangkuk YB-YB yang dungu salam yang dapat menanyakan soklan di Parlimen sejauh manakah pengurangan kes kencing manis di 1Malaysia bagi menjustifikasikan kenaikan harga gula. Rasanya kes kencing orang lagi banyak.

Hanya dungu salam saja yg boleh menerima atau telan bulat-bulat mcm ulaq sawa alasan yg mengatakan "Harga gula di 1Malaysia lebih murah berbanding harga di negara jiran" dan "Kenaikan bagi mengurangkan kes kencing manis".

Jangan pulak menteri-menteri berkenaan dari Beer-N mengatakan bahawa "Motor kapcai akan diharamkan di 1Malaysia bagi mengatasi masalah ragut dan rempit"

Kah kah kah!!!...

No comments: