Tuesday, January 19, 2010

Pecah Ruyung, Baru Dapat Sagunya...


Setelah sekian lama aku cuba memecah ruyung, baru kini ruyung tersebut dapat dipecahkan sepenuhnya dan kini aku akan menikmati sagunya.

Apa yang aku maksudkan adalah peluang aku untuk menambahkan ilmu perkapalan dengan kerjasama Maersk Shipping yang bersetuju untuk aku menjalani cross-exposure di atas salah sebuah kapalnya yang termasuk di kalangan kapal kontena terbesar di dunia.

Walaupun pelayaran tidak jauh, dari Penang Port ke Singapore sahaja tetapi melayari Selat Melaka yang menjadi laluan tersibuk di dunia pastinya mencabar.

Sedikit maklumat mengenai kapal Maersk Algol :
  • Dibina tahun 2008 di Korea (Samsung Heavy Industries)
  • Kapasiti kontena 9,000 TEU.
  • Berat 107,700 DWT
  • Panjang 323 meter

Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Tak pasti sejauh mana exposure yang akan diberikan oleh Capt. Min Sue tetapi kalau berdasarkan maklumat e-mail darinya, beliau ingin berehat sepanjang pelayaran dari Penang ke Singapore. Adakah ini bermakna aku akan mengambilalih tugas beliau? Kalau ilmu cukup di dada apa nak dirisaukan, tak gitu?

Malah beliau jugak mengajak aku untuk bersama familinya bersantai di Disneyland Hong Kong. Aku rasa bagus jugak cadangan untuk bersantai tu. Dapat jugak aku melanjutkan cross-exposure di kapal berkenaan sambil menikmati masa berkualiti dengan keluarga di sana walaupun kami dah pernah ke sana.

Alhamdullillahhh...

2 comments:

princess jiji said...

bestnya p disneyland..nak itut..

Kamal Sanusi said...

Masalah kalau ke sana dengan salah travel agent adalah bab makan. SO, berhati-hati kalau memilih agen pelancongan anda.

Pakej yg ditawarkan murah dah sekarang ni. Cuma tiket masuk agak mahal tapi worth for money.