Thursday, January 21, 2010

Berita Ringkas Sebelum Lunch...

Ada beberapa berita ringkas yang saya terbaca di alam cyber ini. Saya jangka ianya akan menjadi satu berita terkini hiburan sensasi yang tidak akan disiarkan oleh TV3suku.

Tun Mohd Salleh Abas telah mengeluarkan kenyataan yang pastinya menjadi berita baik pada orang Kelantan dan berita buruk kepada pihak KERAjaan yg diterajui oleh parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi kalut berdemo pasal bahasa kebangsaan. Anda boleh baca di sini dan di sini.

Seterusnya mengenai pemotongan bajet Kem Pelajaran yang akhirnya bukan saja menjejaskan proses pembelajaran malah turut menjejaskan proses pengajaran. Timbul persoalan selepas ini adakah anak-anak kita akan mendapat pendidikan yang berkualiti. Rasanya tenaga pengajar selepas ini akan hanya mengajar secara melepaskan batuk di tangga. Nak lebih kena gi tuisyen yang dia buat kat rumah utk menampung income kesan pemotongan pelbagai elaun. Anda boleh baca di sini. Saya pernah menulis beberapa rencana mengenai perkara ini di sini.

Last but not least berita mengenai Si SaiFOOL dengan kes liwatnya. Tidak mahu aku komen lebih-lebih, sekadar berkongsi maklumat untuk anda fikirkan sendiri kerana ilmu agama aku hanya cukup untuk diri aku dan keluarga sendiri saja. Anda boleh baca di sini.

Inilah kemeriahan dunia 1Malaysia yang semakin hari semakin berundur ke belakang tanpa disedari. Kalau sedar pun mereka masih tak mengaku kesan penyakit denial syndrome.

Some people might say that I'm an opposition guy hanya kerana tidak sependapat dengan aliran kepala hotak kosong mereka tapi ini adalah hak aku untuk mempunyai pendapat sendiri. Yang penting adalah sejauh mana sanggupnya kita menerima kenyataan dan berpijak kepada bumi yang nyata.

2 comments:

princess jiji said...

kita menyanggah UMNO bukan sebab kita benci tapi sebab sayang!tapi pak turut semua mana boleh terima semua tu..

Kamal Sanusi said...

Betul tu Jiji... Anda sependapat dengan saya.