Friday, January 08, 2010

Setuju Untuk Tidak Bersetuju...

Amaran telah dikeluarkan mengenai tiupan angin kencang antara 40 - 50 km/j dengan ombak setinggi 3 - 5 meter di perairan Pantai Timur dan amat merbahaya kepada aktiviti pantai dan bot-bot kecil.

Namun ianya tidaklah sekencang angin yg bertiup membawa berita tentang kenaikan harga minyak yang mengikut Doppler Radar akan melanda bulan March 2010 ini.

Yang pasti, mulai 1 Mei 2010 terdapat 2 struktur harga minyak petrol dan diesel di stesen-stesen minyak 1Malaysia.
  1. Harga minyak bersubsidi untuk pemegang-pemegang MyKad iaitu rakyat 1Malaysia.
  2. Harga minyak harga pasaran (tanpa subsidi) untuk warga asing, pelancong dan yg sekasta dengannya.

Namun, untuk harga minyak subsidi bagi pemegang MyKad pula dipecahkan kepada dua.
  1. Golongan tidak mampu - Yang menggunakan kenderaan kurang dari 2000cc
  2. Golongan mampu - Yang menggunakan kenderaan 2000cc ke atas.
Aku amat bersetuju jika hanya rakyat 1Malaysia, warganegara sah 1Malaysia sahaja yang dapat membeli minyak bersubsidi kerana ianya adalah hasil bumi kita sendiri. Tahniah kepada mereka-mereka yang mengeluarkan idea begini.

Tapi kenapa pulak nak dibezakan di antara golongan mampu dengan tidak mampu pulak. 1Malaysia ni dah nak mengamalkan dasar double standard ka macam Afrika Selatan buat dasar apartheid suatu ketika dulu?

Adakah dengan menggunakan kenderaan 2000cc ke atas boleh dikira sebagai golongan mampu sekiranya kenderaan tersebut model lama yang harganya sekitar RM5,000 saja? Cuba baca pandangan seorang sahabat di sini.

Secara terang bahawa KERAjaan yg majoritinya dipimpin oleh ahli parti melayu yg kecoh pasai penggunaan bahasa kebangsaan tapi nama parti sendiri pun dok pakai bahasa kebangsaan, mempunyai otak yang singkat. Itu belum dikira sifat samseng yg ada pada diri mereka seperti mangkuk sekoq nih.

Setiap perkara yang dibuat/dilaksanakan mengundang 1001 lagi masalah yg datang. Org kampung aku kata "Back Fire". Memang kita tidak boleh mengelakkan Back Fire tetapi mengurangkan Back Fire yg menampakkan keBODOHan diri sendiri pun dah cukup baik.

Kalau dah lembu tu totap dicucuk hidung...

Kah kah kah!!!...

No comments: