Wednesday, January 20, 2010

Isu Di Sebalik Isu Yg Kita Lupa...

Ada pelbagai isu yang lebih menarik perhatian aku berbanding dengan isu hangat sekarang ini iaitu penggunaan nama ALLAH. Bukannya aku tidak kisah pasai kalimah itu tetapi semakin aku kisah semakin aku fening kefala laaa. Lagi memeningkan bilamana Nazri Kangkong yg merupakan seorang menteri dari parti meLAYU yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah tapi dok berdemo pasai bahasa kebangsaan, mengeluarkan fatwa hanya Kristian di Sabah dan S'wak saja yg buleh guna kalimah tu tetapi di Semenanjung ianya HARAM. Memang haram pun tapi dia yg haram jadah. Heheeheee...

Kisah #1
Mengenai peningkatan harga gula. Analisis yg dibuat oleh seorang blogger dan semakin mendapat perhatian dan disiarkan oleh blog-blog lain cukup memeranjatkan aku. Cukuplah kalau aku kata hampa pi baca di sini dan fikirkan sendiri kalau masih mampu berfikir.

Kisah #2
Mengenai penjualan pasir ke S'pore yg telah digantikan nama dengan silika. Hampir 500 lori mengangkut benda itu ke S'pore. Soalnya, siapakah yg menjual dan menggadai tanah meLAYU sebenarnya? Kalau ianya silika, kenapa perlu dihantar ke S'pore utk diproses? Adakah kerana tiada modal, pengetahuan atau kemahiran 1Malaysia nak proses buat cip di sini? Yang pastinya adalah kerana otak pemimpin kita malas nak berfikir atau kerenah birokrasi yg tinggi utk sesebuah syarikat melabur. TDM dah mula bersuara melalui blognya di sini. Nasib baik hukuman perasuah bukan macam Seksyen 39(B) Akta Dadah Merbahaya.

Kisah #3
Mengenai pendidikan para pelajar di mana bajet untuk sekolah dikurangkan hingga mengganggu proses pembelajaran mereka. Apalah salah mereka hingga dibuat sedemikian. Dengarnya beberapa elaun guru akan dipotong yg akan merendahkan moral mereka nak mengajar. Kesannya nanti akan lahirlah para pelajar yg mempunyai tahap kepandaian yang rendah berbanding dengan background ibubapa yg kaya. Lambat laun, jurang perbezaan cerdik bodoh akan ketara. Kem. Pendidikan akan turunkan gred lulus maka dilihat semua pelajar cemerlang. Konon KERAjaan dapat jimat RM1.3 Billion hasil subsidi gula tapi dibazirkan pulak untuk sukan F1 yg tiada direct impact pada rakyat. Tak cukup lagi, depa nak potong bajet Kem. Kesihatan pulak dahhh... Dah tentu kualiti ubat macam beli di pasar malam ajer.

Kisah #4
Mengenai kenyataan Shafie Bedal yg mengatakan tiada pembangunan di Kedah. Biaqpila kat dia kerana sebagai pengerusi parti melayu yang nama pun masih menggunakan bahasa penjajah tapi dok berdemo pasai bahasa kebangsaan, adalah menjadi kewajipan dia utk buat statement lagu tu. Ramai yg faham akan maksud di sebalik kenyataannya dan menganggap ianya lucu, lawak dan tak masuk akai (kecuali org yg tak berakai...)

Sebenarnya banyak kisah lain yang menarik tapi cukuplah kalau aku petik 4 ajer. Nanti tiada idea utk posting berikutnya. Sebelum tu aku nak ucapkan "tahniah" pada Najis, (oppsss, selalu aku salah taip nama Bini Rosmah Duda Altantuya nih...) sebagaimana turut diucapkan oleh sahabat maya aku di sini.


Lihatlah mereka ini. Adakah mereka letih mendengar pembohongan dan penipuan para pemimpin mereka atau sekadar malas nak layan kerana tahu apa yg diucapkan oleh barisan pemimpin mereka dari 10, 11 yg tak leh pakai. Mulut ternganga dok minta RM hingga sanggup menjual maruah diri sendiri hinggakan dia yg disahkan terlibat dengan politik wang pun buleh jadi Ketua.

Oh ya, lupa plak. Politik wang bukannya rasuah tetapi di dalam parti selain dari yg dok dalam Beer-End, ianya adalah salah mengikut tafsiran parti komponen satu lagi, SPRM.

Paling pelik adalah kenapa rakyat tertentu masih berada di dalam denial syndrome terhadap isu sebenar yg lebih penting. Memang sah depa tu semua buta kayu, mata, hati dan buta segalanya kecuali terbeliak mata nak buat kekayaan segera melalui poliTAIK.

Wakakakakaka!!!...

3 comments:

dzieta said...

mmg betul..salah blog..yr add is orgtanjung..i gi tgk orangtanjung lah..sorry..hehehe...

princess jiji said...

gambar yg tidur tu yg best sekali..mcm mana nak bela bangsa kalau tujuan p PAU sebab elaun,makan dan tidur hotel free kan?

Kamal Sanusi said...

Sebab itu saya katakan bahawa saya sayang kepada UMNO tetapi disebabkan gelagat para pemimpin itulah yg menyebabkan saya tersangatlah meluatnya pada UMNO.