Tuesday, January 19, 2010

Uncang $$ Yang Bocor...

Inilah berita yang sungguh "memeranjatkan" dipetik dari Bernama... Baca petikan itu di bawah sekali. Dulu Najis, oppsss, silap taip daaa... Najib mengatakan "Our economy is good and our fundamental is strong".

40,000 bro... Bukannya 40 org. Kalau 40K didarabkan dengan average 3 orang satu family, dah berapa puluh ribu yang menghadapi masalah eko-NO-MONEY di 1Malaysia.

KERAjaan jimatkan RM1.3 Billion hasil kenaikan harga gula tapi yang dok gi membazir lebih RM1.0 Billion pada projek F1 tu aper kejadahnya? Sukan F1 tu memang dapat mempromosikan 1Malaysia tapi direct impact kepada rakyat sukar untuk dinilai.

Luahan ibubapapelajar di sini aku rasa masih tiada siapa yang ketengahkan jauh sekali diberi perhatian kerana minda rakyat dipesongkan oleh pelbagai isu sensitif. Kena pulak dah menjadi lumrah manusia yang tak kisah sebab tak kena batang hidung sendiri.

Inilah dia untung malang berada di bawah pemerintahan KERAjaan yang hanya memikirkan political survival sendiri saja yg mengambil peluang terhadap keBODOHan para pengundinya.

40,000 Pekerja Swasta Diberhenti Akibat Krisis Ekonomi

Jumlah pekerja sektor swasta yang diberhentikan kerja akibat krisis ekonomi global sejak tahun 2008 tidak membimbangkan jika dibanding dengan krisis ekonomi sebelumnya, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Senator Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata sejak Disember 2008 hingga akhir tahun lepas jumlah pekerja yang diberhentikan adalah sekitar 40,000 orang berbanding lebih 80,000 pada krisis terdahulu.

Jumlah 40,000 itu termasuk 3,000 orang yang berhenti secara sukarela dan kebanyakan yang terlibat adalah daripada sektor perkilangan, katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Sijil Kepada Peserta Program "Train and Place" kelolaan Yayasan Murni Kelantan, di sini hari ini.

Maznah berkata bagi membantu golongan itu kerajaan telah menganjurkan pelbagai program pemulihan seperti kursus menjahit bagi mendedahkan mereka kepada peluang pekerjaan baru.Sebagai langkah susulan, beliau berkata kementerian kini mengkaji kaedah bagi membolehkan golongan itu diberi pinjaman bank agar mereka dapat meneruskan kegiatan ekonomi masing-masing seperti membuka kedai jahitan.- Bernama

No comments: