Tuesday, January 26, 2010

Peraduan Mencari Perbezaan...

Cuba teka apa beza di antara MAMPOS ngan NATANG?

Bagi memberikan tips, disertakan beberapa keping gambar untuk membantu anda memikirkan dan mencari perbezaan di antara perkataan tersebut. Hadiahnya tak menarik sangat sekadar menunjukkan bahawa anda masih mampu berfikir dan tidak mudah lupa.

Soalnya sekarang, kenapa ada double standard? Bukannya aku menyokong Aduka Teruna. Dia memang sepatutnya mendapat balasan di atas tindakannya yang bukan saja kurang hajar malah menunjukkan tahap pemikiran otak seminit. Kalau marah sekalipun, bukannya cara begini.

Tetapi hanya kerana blognya mempunyai lambang parti poliTAIK pembangkang, KERAjaan melalui agensi penguatkuasa undang-undangnya terlupa perihal penghinaan ke atas DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan suatu ketika dahulu.

Ini hanya menunjukkan bahawa terdapat satu undang-undang tetapi dilaksanakan secara berbeza-beza terhadap dua golongan rakyat 1Malaysia.

Sabor jer laaa...

3 comments:

princess jiji said...

perbezaan?
1. ejaan
2. media yang disiarkan
3. peristiwa yang dikaitkan
4. satu tak directly sebut,siapa yang dimaksudkan dan leh ada makna lain tapi yang lagi satu tu mmg direct..

hehehehehe..

Siberangan said...

Dalam hal ini, ada baiknya jangan dibeza-bezakan. Yang kurang ajar, elok diajar supaya faham dengan budaya Melayu.

Kamal Sanusi said...

Kalau semua berfikiran macam Siberangan, aman 1Malaysia ni.