Thursday, November 19, 2009

Berpijak Di Bumi Nyata

Aku tertanya-tanya sejauh manakah seseorang yang bergelar YB atau bekas YB tidak pernah terlibat dengan gejala rasuah. Aku juga tertanya-tanya adakah pegawai-pegawai keliling seorang YB atau bekas YB tidak terlibat dengan rasuah.

Aku rasa mereka semua yg aku sebut di atas pernah terlibat dengan amalan rasuah yg pastinya datang di dalam pelbagai bentuk samada ianya datang disedari atau tidak ajer. Selalunya mereka akan sedar sebab mereka yang akan meminta.

Sedekah pun kalau tidak berniatkan kerana Allah S.W.T pasti tidak akan mendapat keberkatan-Nya. Apatah lagi kalau memberi sesuatu utk mendapatkan sesuatu.

Pihak berkenaan yang sepatutnya menyiasat amalan rasuah ni DILIHAT (baca betui-betui DILIHAT) sudah hilang integriti sebagai sebuah badan yang bebas. Lebih kepada budak SURUHAN yang tak JAYA.

Sebabnya???... Buka mata, lihat dan fikirkan sendiri tanpa ada unsur-unsur politik mempengaruhi pemikiran anda. For once, biarlah kita hidup dan menggerakkan kefala hotak di alam nyata. Aku bagi satu contoh...

Ada beberapa orang yg disabitkan kesalahan politik wang tapi kenapa SURUHAN tak JAYA itu tidak mengambil tindakan? Jawapannya adalah politik wang bukannya rasuah. Pelik kan? And the best part, dipilih pulak menjadi Ketua di peringkat kebangsaan.


Kerana itu, aku tidak percaya tiada YB atau bekas YB dan pegawai-pegawai kelilingnya yang tidak pernah terlibat rasuah. Cuma di pihak manakah mereka berada saja yg membezakan samada tindakan akan diambil oleh budak SURUHAN tak JAYA berkenaan.




No comments: