Thursday, November 26, 2009

Kenny Remy & Martin

Dekat-dekat nak raya ni, malas betul aku nak memikirkan pasal poliTAIK. Bila mood tak der, jangan dipaksa menulis nanti terkeluar macam-macam yg hanya akan menunjukkan kebodohan kita.

Jadinya, aku hanya copy & paste saja posting yang dibuat oleh sahabat-sahabat lain seiring dengan irama lagu Ku Petik Bintang-Bintang dari penyanyi di atas.

Muhyiddin Yassin meminta anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh jangan bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh Pakatan Rakyat bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

“Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya,” itu pesan Muhyiddin

Muhyuddin kata, BN tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

Apa dia prinsip Umno ? Menipu dan menafikan hak rakyat? Adakah Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju dengan prinsip Umno yang macam itu?

Jelas kepada kita bahawa Umno hanya jadikan ungkapan ‘Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan’ sebagai rethorik semata-mata. Tuntutan Royalti minyak Kelantan itu berkait rapat dengan hak rakyat , namun kerana ianya ditaja oleh parti pembangkang, maka Umno sanggup mengepikan ‘Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan.

Tapi kalau tak ditaja oleh pembangkang, nescaya sampai bila-bila rakyat Kelantan akan ditipu. Jadinya sangat penting kewujudan pembangkang nih di dalam memperbesarkan suara rakyat yg tak pernah mahu didengari oleh parti melayu yang masih menggunakan bahasa penjajah yang terkenal dengan sifat tidak mahu menghormati akar umbi yg terlah memberikan kedudukan sebagaimana sekarang.

Credit to Kedahlanie with word of Thanks!!!


1 comment:

siberangan said...

Fasal royaliti ni rujuklah blog kikdefella, betoi tak aku sebut nama kik ni?

Dia tulis too emosional as a Kelantanis laaah...

Tapi la ni, bila dia hantam menantu Nik Aziz si Ariffahmi tu, dengan Husam dan Nik Aziz sekali satu keluarga totle sampai nak tercabut hingga ka akar umbi.

Lepas Nik Aziz letak jawatan, pemimpin PAS yang lebih libral akan naik jadi MB.

Boleh runding sikit kooottt???