Thursday, November 26, 2009

Penang Char Koteow

MCA yg sekarang ni dikenali sebagai Malays Controlled Association adalah rakan baik UMNO bersama MIC dan lain-lain parti dari Semenanjung termasuk dari Sabah serta Sarawak bersekutu dalam Barisan Nasional.

Mengikut amalan biasa kerusi kabinet yang kanan selalunya diberi kepada MCA. Siapa yang tak mengidam kerusi yang sangat 'empuk' itu.

Parti yang terdiri dari 'towkay-towkay' besar memang bermasalah. Mereka mempunyai banyak klik serta ego yang sangat tinggi.

Saya tak boleh gambarkan kalau MCA bertanding atas lambang MCA sendiri, terutama apabila mereka bertembung dengan DAP.

MCA kelihatan gah hanya dengan BN, begitu juga UMNO dan MIC serta parti-parti lain yang bersekutu dengannya. Sebab itu BN merasakan Malaysia ini milik mereka punya. Mereka lupa demokrasi yang mereka amalkan ada kewajaran untuk meraikan mana-mana parti yang berdaftar secara sah di sisi Perlembagaan Negara.

Cuma satu yang patut diberi kredit kepada MCA, mereka 'satu-satu'nya parti yang mengamalkan demokrasi sihat dalam partinya sendiri berbanding dengan rakan mereka yang lain.

Sejarah membuktikan dari era Datuk Dr. Neo Yee Pan (memangku March 1983 hingga November 1985), Tan Koon Swan (November 1985 hingga September 1986), Tun Dr. Ling Liong Sik (September 1986 hingga May 2003), Datuk Seri Ong Ka Ting (May 2003 hingga October 2008), MCA mempunyai banyak klik.

Dari tahun 1983 sehingga sekarang, MCA mempunyai 5 presiden bertukar ganti berbanding rakannya UMNO hanya 3 Presiden dan MIC hanya 1 Presiden dalam tempoh yang sama.

1 comment:

siberangan said...

Hish... apa da lu ni. Itu char kui tiaw Cina punya. Yang Sungai Dua punya char kui tiaw tuuuu...Melayu punya. Ada shiki uda' dia taro, ayyo yo sdap lah...

Daii... Orang Tanjung, itu Lineclear nasi kandar lagi bagus lah.

hi hi...