Friday, November 20, 2009

Muka Tak Malu...

Aku masih dan akan terus mengatakan bahawa tiada sesiapa yg layak menentukan siapakah yg patut mewakili rakyat selain daripada para pengundi di kawasan berkenaan sahaja. Ini termasuklah mahkamah sekalipun kerana apa hak mahkamah nak tentukan siapa yg akan mewakili aku? Biar aku sendiri yg tentukan. Ibarat kata, aku sendiri yg akan tentukan siapakah yg akan menjadi isteri aku (tolak sebelah soal ketentuan jodoh oleh Allah S.W.T).


Apa hak mahkamah kalau aku nak memperisterikan gadis manis ni?



Dalam isu Kota Siputeh, kalau dah tak hadir persidangan DUN dan didapati sah melanggar peraturan yg ditetapkan, kenapa masih gila talak? Samada org masih nak atau tidak, bukan mahkamah yg patut menentukan. Para pengundi di kawasan DUN yg lebih berhak. Tak perlu mengeluarkan kenyataan kononnya masih mendapat sokongan rakyat. Atas dasar atau kajian yg macam mana dan dibuat oleh pihak mana yg menunjukkan sokongan rakyat masih kuat.

Cara untuk menentukan dengan penuh ketepatan yg tidak boleh disangkal lagi adalah dengan mengadakan Pilihanraya Kecil DUN Kota Siputeh. Itu kaedah yang paling jitu.

Melainkan Abu Hassan Pencuri ini adalah jenis orang yang tak malu, tiada maruah, terhegeh-hegeh dan yang sekasta dengannya. Apakan daya kerana parti yg diwakilinya jugak mempunyai attitude yang sama dengannya, tidak menghormati orang bawahan yg suatu ketika dulu memilih mereka menjadi YB. Sifat bongkak, sombong dan perasan ini akan sentiasa bersemadi di dalam hati mereka, dulu, kini dan selamanya...

Lembu pun tahu menghormati tuan yang memberi makan kepadanya.

No comments: