Thursday, June 16, 2011

Crazy News.... Laugh Is The Best Medicine.

I ran across this news which I copy & paste for your reading pleasure...

Negara Berkebajikan? Naaaa!!!


Bukit Beruntung, 15 Jun 2011- Stesen-stesen minyak di Bandar Bukit Sentosa dipenuhi oleh ahli-ahli UMNO yang berbaris panjang bersama kenderaan masing-masing menunggu giliran untuk mengisi minyak malam ini. Suasana ini agak 'ganjil' kerana biasanya kejadian sebegini berlaku apabila harga minyak diumumkan naik tetapi kini ianya berlaku apabila pengumuman harga minyak turun?.

Wartawan kami sempat bertanya kepada salah seorang ahli UMNO yang turut sama berbaris bersama kenderaannya dan ini ialah jawapan beliau,

"Kami rasa sangat kesal dengan tindak
an kerajaan menurunkan harga minyak RON97 daripada RM2.90 ke RM2.80, penurunan 10 sen ini walaupun sedikit tetapi cukup menyeksakan kami yang berpendapatan rendah! Kami berharap agar pihak Kerajaan Malaysia pimpinan parti kesayangan kami iaitu UMNO dapat menaikkan semula harga miyak RON97 ini kembali dalam masa terdekat! ini juga bagi membuktikan bahawa hanya UMNO sahaja yang mampu memerintah Malaysia! Hidup Melayu!"

Sekian laporan daripada wartawan kami di Hu
lu Selangor.

- sumber pening lalat!


***************************************************************

Harga RON97 turun 10 sen seliter

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini.

Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter.

Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.

“Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini.

Pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia.

Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter.

Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON97 diapung terkawal memandangkan ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia.

Kerajaan menetapkan harga RON97 pada paras RM2.10 seliter dan mengalami kenaikan sehingga RM2.90 termasuk dua kali tahun lalu dan empat kali tahun ini.-Malaysianinsider

1 comment:

Puteri said...

the ameno cybertrooper always said,

"we must appreciate Be-eNd and thankful to them because lot of goodness done by Be-eNd. even our job, salary, peaceful covered by Be-eNd, if no Be-eNd, who we are?"

how No Otak they are.

LOL.

rezeki, kemakmuran, kekayaan semua daripada Allah.