Monday, June 11, 2012

Akibat Otak Lebih Lembab Dari Mulut......

Sebagai seorang warga Malaysia yang prihatin saya meneliti setiap perkembangan dan senario politik semasa negara. Seluruh warga Malaysia tahu tunggak kekuasaan mahu pun kekayaan negara sejak sekian lama hingga kini di tangan UMNO BN. Namun suatu yang memalukan bila PR yang menguasai beberapa negeri dalam GE lalu dan mentadbir negeri dalam situasi sumber kewangan terbatas mampu mencuri pujian dari Audit Negara berbanding UMNO BN sendiri.

Laporan Audit Negara jelas memberi kredit kepada kerajaan negeri di bawah pentadbiran PR walau pun usia pentadbiran PR ini bagai langit dan bumi berbanding UMNO BN. Dalam segala kekurangan sumber kewangan yang dinafikan kerjaan UMNO BN Persekutuan, Selangor dan Pulau Pinang di bawah pimpinan Tan Sri Khalid dan Lee Guan Eng terbukti mampu melakukan lebih baik.

Berbalik kepada Selangor, Saya bukanlah penggemar atau peminat Tan Sri Khalid. Namun saya melihat MB ini sangat profesional dalam mentadbir Selangor. Gaya dan stail pimpinan Tan Sri Khalid cukup profesional sehinggakan sikap profesional dan pendekatan ala korperat yang menjadi pegangan Tan Sri mungkin tidak disenangi oleh segelintir pemimpin dalam PR itu sendiri. Namun stail pimpinan inilah sebenarnya menguntungkan rakyat kebanyakan.

Bila PTPTN tiba-tiba membekukan pinjaman kepada UNISEL kerana dendam dan perangai bodoh Khalid Nordin, simpati Tan Sri Khalid dan rasa tanggung jawab MB ini yang mewakili PR jelas terlihat. Saya memuji tindakan segera yang MB PR ini cuba ambil bagi mengapungkan aset UNISEL dalam usaha untuk menyelamatkan para pelajar UNISEL yang dimangsakan oleh PTPTN walau pun penyelesaian ini bukan satu penyelesaian jangka panjang. Rasa tanggung jawab kerajaan PR ini terserlah malah peranan BM Selangor ini harus mendapat pujian ramai.

Saya yakin jika PR diberi amanah mentadbir negara Malaysia dan diberi peluang menguruskan dana negara, rakyat kebanyakan lebih mendapat menafaat, kebajikan ramai lebih terjaga dan paling penting kekayaan negara akan disalur dengan adil dan saksama tanpa amalan kronisma mahu pun pembaziran.

Kalau dalam keadaan sumber kewangan terhad kerana dinafikan hak oleh kerajaan persekutuan, negeri negeri di bawah pentadbiran PR telah mampu membuktikan sesuatu kepada ramai, bayangkan jika PR kelak menguasai kerajaan pusat dan khazanah negara, pasti kita akan melihat satu pencapaian yang luar biasa yang gagal ditonjolkan oleh UMNO BN selama ini.

Saya penuh yakin di era kekuasaan PR kelak kek ekonomi akan dikongsi bersama secara lebih merata dan adil berbanding era UMNO BN yang memperuntukkan bahagian besar kek berkenaan kepada golongan korperat dan kroni mereka. Dasar pengswastaan yang pada asasnya untuk tingkatkan kecekapan pengurusan ekonomi negara selain mengurangkan bebanan kerajaan jelas telah gagal malah telah menjadi racun kepada negara akibat peningkatan sistem kroni dan pilih kasih. UMNO BN gagal mengamalkan prinsip keadilan sepanjang melaksanakan dasar pengswastaan sebaliknya membebankankan lagi negara akibat pembaziran sumber kewangan negara dan ini mula berlaku sejak Tun Mahathir memacu pentadbiran Malaysia puluhan tahun dulu.

1 comment:

Puteri said...

Kelantan tak dapat royalti pun boleh maju. Kalau dapat royalti, mesti lagi membangun kan?

Bab PTPTN ada orang u-turn lah.. hehehehehe!

Hurm.. cakap pasal laporan audit.. Agak-agak apa yang lebih menarik kali ni ya.. :) :)