Friday, July 27, 2012

Katanya Islam Diletakkan Di Tahap Tertinggi Oleh Be-End...

BN letak Islam di tahap tertinggi? Sebelum memberi komen, saya ingin bertanya beberapa soalan untuk kefahaman diri sendiri dan memohon bantuan para pembaca untuk memberi jawapan/pandangan.

 
A). Adakah benar komponen BN adalah seperti berikut:
    1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
    2. Persatuan Cina Malaysia (MCA)
    3. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
    4. Kongres India Se-Malaysia (MIC)
    5. Parti Progresif Rakyat (PPP)
    6. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
    7. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
    8. Parti Bersatu Sabah (PBS)
    9. Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP)
    10. Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
    11. Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu
         (UPKO)
    12. Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)
    13. Parti Rakyat Sarawak (PRS)

B). Dalam 13 parti komponen kesemuanya, benarkah hanya 2 parti yang mungkin mempunyai orang Islam yang agak ramai, iaitu parti no. 1 dan parti no. 6?

C). Benarkah parti no. 8 memang diketahui ramai dipimpin oleh seorang yang berpangkat 'Jeneral' dalam agama Kristian?

D). Benarkah bahawa Presiden parti no. 2 baru baru menyuruh ADUN Kemelah keluar dari BN jika benar benar berhasrat untuk menegakkan undang undang Islam di Malaysia serta mengatakan ADUN tersebut hilang akal menyokong HUDUD dijalankan di Johor dahulu.

E). Adakah parti-parti selain dari soalan (B), (C) & (D) meletakkan Islam di tahap tertinggi?

F). Adakah benar isteri pemimpin parti no. 1 dan parti no. 6 masih tidak menutup aurat?


Selepas semua persoalan aku itu terjawap dengan bantuan para pembaca, maka saya akan menilai dan memberi jawapan samada BN meletakkan Islam di tahap tertinggi atau tidak.

 

1 comment:

kluangman said...

Meletakkan Islam ditahap tinggi atau tidak lihatlah kepada sumbangan dan kemakmuran yang telah disediakan.

Meletakkan Islam ditempat yang tinggi bukan sekadar 'bercakap' atau berceramah yang diselit dengan fitnah, memburukkan sesama Islam.

Meletakkan Islam ditempat yang tinggi ialah sentiasa menghulur tangan untuk bermesyuarah.

Nilaikanlah sendiri.


Dan ini komen tuan di sakmongkol durjana

Kamal Sanusi said...
Dato'

Sanggupkah saya dan rakan pembaca blog ini mempunyai KERAjaan yang secara terang-terangan menguatkuasakan undang-undang secara double standard kepada rakyatnya? Saya memang tidak sanggup....

Contohnya Pemain boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang disabit di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah telah dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh Melaka pada 2009. Setahu saya hubungan seks dgn org di bawah umur adalah satu kesalahan berat tak kira samada suka sama suka.

Banyak lagi contoh2 yg telah diberikan oleh rakan2 lain skalipun tidak disiarkan di media arus perdana, di alam maya berita itu mmg susah utk digelapkan.

Kita mungkin tidak pernah mengalaminya secara langsung tetapi suatu hari nanti pasti kita akan merasainya juga.

Kalau di Afrika rakyatnya membantah dasar apaTAIK dan berjaya juga akhirnya menghapuskan dasar berkenaan, saya rasa tiba masanya kita juga harus mencontohi mereka dgn menghapuskan dasar double standard ini.

Sakit hati, geram dan yg sama waktu dengannya dengan kelakuan pencacai-pencacai yg semakin crossing the line tida dapat saya pendam dan bendung.


KEPUTUSAN MAHKAMAH DAN KERAJAAN HARI INI ADALAH INSTITUSI YANG BERBEZA. KALAU SI HAKIM YANG SALAH KENAPA KERAJAAN DIPERSALAHKAN.

UNDANG2 TELAH DIGUBAL DIPARLIMEN DAN DILULUSKAN SEBULAT SUARA (bn DAN pembangkang) DAN JIKA HAKIM MEMPUNYAI TAFSIRAN SENDIRI TERHADAP UNDANG2 MAKA WAJAR PARLIMEN SECARA SUARA BERSAMA MENGUBAHNYA !!!