Saturday, February 06, 2010

Home Sweet Home But Not So Sweet...

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Selepas selesai tugas mengumpul emas di negeri orang, at last aku berjaya membawa pulang hasil tersebut ke negeri sendiri. Paling seronok dapat berjumpa dengan ahli keluarga dan yang paling paling seronok dapat jumpa bini. Kah kah kah!!!...

Selalunya, bekas girlfriend aku (mestilah bekas sebab title dia sekarang adalah isteri aku yang sah) akan mengucapkan "Home Sweet Home, let's go and make our kids happy" dan kami akan meronda sekitar Penang bersama anak-anak.

Malangnya, aku tersangkut di dalam kesesakan lalulintas yang boleh tahan jugak teruknya. Check punya check, rupanya ada perarakan. Terpaksa aku kona ke tempat lain melalui jalan lain. Anak buleh tanya plak "Daddy, How those monkeys manage to reach Macalister Road. It is a long way from Botanical Garden". Bini aku senyum ajerrr... Susah nak jawap.

Semalam aku meronda bersama Dell untuk mengetahui apakah sebenarnya perarakan yang berlaku. Seperti yang aku duga, tepat sangkaan aku. Ianya bukan perarakan tetapi satu demonstrasi.

Malas aku nak menulis pasal beruk-beruk, kera-kera, munkee-munke yg terlepas dari Botanical Garden ni. Kalau hampa semua nak tahu, layari link yang aku sediakan untuk anda di mana aku pun rasa hampa pun 2 x 5, 5 x 2, malas nak membaca dan menggunakan otak untuk menilai.

Satu dok tang ni, satu lagi tang sini dan last sekali tang sini. Malah tang ni pun hampa buleh baca. Kalau aku click click here, click click there, click here, click there, click, click, click, dah jadi tersangatlah panjangnya posting aku nih.

Lepas ni, aku nak beristirehat bersama keluarga ke Bukit Merah Lake Town dan diucapkan selamat bercuti kepada aku, hahaahaaa...

2 comments:

Siberangan said...

Awat?. Sabenarnya, bila kita lihat kapada banyak peristiwa yang menggemaparkan dalam negara kita seharusnya kita tidak boleh 'ped up' dengannya. Sekiranya kita terasa begitu, ertinya kita adalah sebagai rakyat tidak sanggup menghadapi hiruk pikok yang berlaku dalam negara kita, hiruk pikok yang sedang melanda rakyat kita dan hiruk pikuk yang menimpa bangsa dan agama kita.

Fikiran untuk menghadapi keadaan ini, sabenarnya telah lama menimpa bangsa kita. Ianya berlaku semenjak negara kita belum merdeka hingga lah mencapai kemerdekaan. Semua orang tahu bahawa negara kita mencapai kemerdekaan, walaupun tidak dengan pertumpahan darah saperti Indonesia yang berjuang dengan hanya menggunakan bambu runcing, negara kita mencapai juga kemerdekaan dengan cara gerakan deplomasi sapenuhnya yang diusahakan oleh Almarhum YTM Tungku Abdul Rahman Putera Alhaj.

Salepas itu kita hadapi hiruk pikuk dengan peristiwa2 dahsyat, iaitu Kominis dan 13 Mey. Semua peristiwa2 ini masih mengiang-ngiang dalam gendang telinga rakyat kita, terutama mereka yang berumor sebaya dengan saya (la 65 tahun).

Walau pun begitu, rakyat kita dengan kekuatan fikiran/tindakan pemimpin (tidak kira parti apa) negara kita terus hidup.

Itu dahulu. Kehadapan kita tidak tahu apa yang akan terjadi keatas negara kita, akan aman atau akan hancur?. Apa pun kita harus ingat, negara kita berjalan berlandaskan perjuangan secara deplomasi seiringan dengan negara2 lain diskeliling kita. Disamping itu mata2 dan telinga2 CIA dan lain2 agensi barat sentiasa bergerak memerhati kita, malah mereka telah pun ada didalam badan kita untuk menghancurkan pergerakan kita yang bekerja untuk kebaikan rakyat dan negara yang kita sayangi.

Jadi, hiruk pikuk ini tidak akan habis2 danselesai dengan mudah, walau pun sekuat mana otak dan sifat ketokohan pemimpin kita. TDM sudah dikira hebat, beliau juga mengangkat bendera putih. Kerana, negara kita, negara kecil yang sentiasa diperhati serta diganggu gugat oleh pengaruh politik kotor yang sedang menguasai dunia yang mana mereka ada dimana2.

Kita bolih lihat, Kedutaan US di Jalan Tun Razak amat berlainan bentuk fizikalnya dengan bentuk fizkal Kedutaan2 negara lain. Tempat mereka bersukaria hanya disebelah Tambak Johor, jika negara kita berlaku perang saudara.

Jika benar ada rakyat kita yang tidak tahan dengan peristiwa hiruk pikuk yang sentiasa berlaku dalam negara kita, tidak memadai dengan membawa keluarga ka Bukit Merah Lake Town, bagus dibawa kaseberang Tambak Johor.

mimi said...

singgah sbentar