Wednesday, February 03, 2010

Padat & Tepat Isinya Untuk Direnungi...

Aku terbaca komen seorang yang dikenali sebagai Tinta Persona dan merasakan ianya patut dikongsi bersama di mana aku copy bulat-bulat dengan kemudahan yg disediakan oleh tetikus (org kampung bini aku panggil mouse). Click click here, click click there, click here, click there, click, click, click.

Tinta Persona said...

Tuan,

Konsep asal 1Malaysia sebenarnya diilhamkan untuk membentuk gagasan yang kukuh antara kaum di negara ini. Semua rakyat dianggap sama tanpa mengira bangsa dan agama. Ketuanan Melayu dan keistimewaan Bumiputera bukan lagi isu utama.

Justeru itu, para pemimpin (tidak kira pembangkang mahupun kerajaan) pun berlumba-lumba meraih populariti dengan pelbagai aksi untuk menunjukkan sikap tolensi, liberal dan keterbukaan pada tahap yang maksimum. Kamilah pemimpin masa kini. Telus dan betul.

Semua pemimpin seolah-olah diberi lesen untuk memberi kenyataan secara terbuka. Provokasi menjadi lumrah dan perkelahian sesama sendiri dibuat tanpa mengira sensitiviti kaum atau agama. Pelbagai isu diperdebatkan tidak kira ia isu sensitif atau tidak.

Orang Melayu dengan rela menyerahkan segalanya. Ambillah hak keistimewaan kami. Berilah semua kepada bangsa lain – universiti, tanah, wang, biasiswa atau apa sahaja yang mereka kehendaki hanya kerana ingin menjaga hati. Hati orang Melayu sendiri tidak perlu dijaga. Mereka akan berkorban apa saja demi menjayakan Gagasan 1Malaysia.

Anehnya ramai pemimpin Melayu tanpa segan silu mempersoalkan maruah dan keistimewaan bangsa sendiri. Tidak ada perasaan malu mahupun bersalah di hati sanubari mereka. Maka dikeluarkanlah segala dalil untuk menyokong kenyataan mereka. Semuanya dibuat hanya untuk meraih populariti atau 2 minutes of fame.

Apabila ada orang Melayu yang cuba bersuara, maka mereka akan dilabel sebagai racist atau pengkhianat kepada konsep 1Malaysia. Tun Mahathir, orang yang telah memimpin Malaysia berpuluh tahun lamanya pun menerima nasib yang sama. Dikutuk dan dihina oleh pemimpin yang kononnya mempertahankan kepimpinan sedia ada.

Bila gereja di bakar, bantuan diberi dengan segera. Setengah juta dikeluarkan dengan sekelip mata. Surau yang menerima nasib yang sama, dibiarkan begitu sahaja. Hanya kenyataan berbentuk simpati yang diterima. Untuk baiki Batu Cave RM3.5 juta telah tersedia. Hendak memberi peruntukan membaiki membina masjid dan surau, hingga ke dalam Parlimen dipersoal mereka.

Sekolah agama terpaksa memungut derma ke sana sini hanya untuk membayar gaji guru dan belanja sehari-hari. Begitu juga sekolah kebangsaan dan sekolah berasrama di negara ini. Tak kiralah semua sekolah ini kebanyakannya dipenuhi oleh orang Melayu sendiri. Sekolah aliran Cina dan India diberi peruntukan RM 1 billion setiap tahun. Berapakah pula kepada sekolah bangsa Melayu kita?

Orang bawahan yang bersuara, ditangkap serta merta. Tiada kompromi kata Menteri kita. Tetapi pemimpin besar Melayu, Cina dan India dari pembangkang yang mengutuk, mengumpat dan bermaharaja lela dalam media, hanya senyuman manis diberi kepada mereka. Mana tindakan mahkamah? Mana ISA ? Mana hukuman keras yang diwar-warkan setiap masa. Hendak menangkap orang pemimpin hingusan di depan mata pun mengambil masa begitu lama. Inikan pula pemimpin ‘agong’ yang ternama dan terkenal di serata dunia....

Pemimpin kita sentiasa menafikan negara ini mengamalkan komunisma atau konsep Malaysian Malaysia. Kita ada acuan sendiri kata mereka. Tetapi pada masa yang sama, kita cuba mencari kesama-rataan yang sebenarnya tidak ada. Benar, setiap bangsa ada haknya. Tetapi janganlah hingga memijak kepala bangsa lain pula....

Adil bukan sama rata. Kalau seorang anak diberi Proton Saga, tidak perlulah anak yang lain pun diberi Proton Saga juga. Mereka mungkin mempunyai keperluan / kehendak yang berbeza.

Adil bermaksud memberikan kepada yang berhak akan haknya mengikut kadar masing-masing atau meletakkan suatu pada tempatnya. Cubalah para pemimpin kita berguru kepada mereka yang beristeri dua atau tiga. Barulah anda semua faham konsep keadilan yang sebenarnya (itu pun kalau berjumpa yang berlaku adillah..)

Pemimpin kita sebenarnya terlalu takut dikritik dan dilabel sebagai tidak terbuka. Untuk apa? Untuk menang pilihan raya? Kalau menang pun rasanya sudah tidak guna. Takut-takut nanti apa yang diwarisi dan yang tinggal hanyalah negara yang huru hara...

Terima kasih

1/2/10 5:00 PM


No comments: