Friday, February 19, 2010

Mai Tengok Sendiri...

Angin yg agak kencang di perairan utara Malaysia membawa berita bahawa um-NO Bhgn Tanjung akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada 26-2-10 nanti. Dikhabarkan bermula dari Masjid Kapitan Keling lepaih tu sampai tang mana, berita kureng jelas sbb angin kuat sangat.

Tak kisahlah nak buat ka atau tak buat perarakan tersebut, bukannya satu yg menyeronokkan aku. Cuma kalaulah dibuat, aku nak tengok berapa ramai org yg dok marah kat KERAjaan Penang yang tak nak buat perarakan peringkat negeri menyertai perarakan tersebut.

Jangan pulak dok bangga dengan peserta yang ramai tapi terdiri daripada para pelajar, pelatih PLKN dan yg sekasta dengannya saja sedangkan yg dewasa terutama dari parti yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah tapi kecoh pasai bahasa kebangsaan hilang entah di mana.

Berita media yg milik depa sure kata beribu-ribu lemon tapi gambar sekitar perarakan tersebut bakal mengesahkan perangai depa-depa tu.

Lagi pun, mai tang negeri yg dikuasai oleh umNgok tak buat perarakan seperti diceritakan di sini dan di sini tarak sapa pulak yang berani nak komen. Haloo!!!... Yuhuuu... Mana dia team PEMUDA um-NO pi habih. Hawat tak belasah KERAjaan negeri tu.

Perlu diingat jugak, mana pi suara-suara sumbang hampa semua bila Nazri Kangkong pun kata Kristian di Sabah/Serawak buleh pakai kalimah "Allah" tapi di Semenanjung ni harammm... Inilah bahana kalau ilmu Islam didapati bukan melalui kaedah pembelajaran.

Yang aku pasti, lepaih berita ni tersebar, akan ada "wahyu" turun suruh depa buat perarakan jugak. Kalo buat, bulehlah tibai Penang sbb itu saja strategi yg depa ada tapi I think it's too late already.

Apa-apa pun, meh kita nantikan hari "bersejarah" tersebut.

Kah kah kah!!!...

No comments: