Wednesday, December 15, 2010

Bila Babi Ingin Mendapat Nama....

Saya amat terkezut membaca posting dari seorang bekas pilot Burung Besi TUDM mengenai rancangan seorang pengarah filem dan syarikat produksi yang ingin menerbitkan sebuah filem mengenai pengalaman pegawai TUDM. Postingnya boleh dibaca di sini dan sini.

Keratan akhbar mengenainya juga dipaparkan di bawah utk bacaan semua. Kalo nak baca, klik kat gambar tu kasik besar skit.

Saya setuju sangat kalau difilemkan semula mengenai pengorbanan pegawai dan anggota tentera terutamanya zaman darurat dengan ancaman komunis berada di kemuncaknya. Sekurang-kurangnya, anak muda sekarang boleh sedar betapa kehidupan mereka sekarang ini adalah hasil dari pengorbanan anggota tentera dulu.

Tentera sekarang ni tak leh pakai dahhh... Moral semua dah rendah. Tak kira lagi betapa manjanya mereka. Training lebih skit dah mengadu ke TV3 suku. Tak macam kami dulu-dulu sampai PULADA pun digelar Pusar Latihan Anjing Darat. Yg terkorban sekarang ni pun banyak kerana dadah ajer.

Yang aku tak setuju sangat adalah idea filem ni dikatakan diciplak dari manuskrip XNURIPILOT. Risikan awal menunjukkan yg pengarah tersebut terkedu tak dapat jawap beberapa soalan dari pemiliknya. Ini mengesahkan bahawa beliau telah mencuri harta benda orang lain. Tak kena naya orang tu, perah otak teruk-teruk, senang-senang depa tiru.

Dengan ini aku bertekad untuk melakukan apa saja yg termampu bagi memastikan Mejar Nor Ibrahim (B) dapat mempertahankan haknya dari diciplak. Jangan anggap geng ex-serviceman tiada kabel-kabel yang kuat. Aku nak pastikan filem ini akan hanya diterbitkan SELEPAS MENDAPAT KEBENARAN DARI TUAN EMPUNYA MANUSKRIPNYA YG SEBENAR-BENARNYA SAJA.

Ini mengingatkan aku kepada kejadian banjir di Kedah baru-baru ini bilamana bantuan yg diberikan oleh pihak lain, ada pulak yg mengaku itu dari pihaknya. Siap tunjuk megah duduk di hadapan domoi traktor. Ada ker patut setiap kenderaan terutama geng 4x4 yang ditugaskan menghantar bantuan diwajibkan memasang bendera um-NO...

Sesuai sangatlah tajuk posting aku kali ini terutama untuk orang-orang parti melayu yang kalut pasal bahasa kebangsaan tapi nama parti dok guna bahasa penjajah lagi yg dulu kini & selamanya dok kerja meniru, menipu rakyat.........

No comments: