Friday, March 26, 2010

Copy Paste Sbb Lidah Kelu Akibat Terkezut...



Anda baca, lihat dan fikir serta nilai sendiri tindakan sebegini. Agaknya kalau terjadi di Penang atau Kedah, habih seluruh warga kerja Media Prima berkampung di kawasan tu. Nasib org yang terlibat ini tidak mendapat liputan kerana Johor berada di dalam pemerintahan parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi kecoh dok berdemo pasai isu penggunaan bahasa kebangsaan.

Kita sering mendengar berita-berita yang memaparkan kezaliman Yahudi terhadap penduduk Islam Palestine, berbagai-bagai jenis kezaliman mereka gunakan terhadap penduduk Islam Palestine,..

Mereka sering menjadi mangsa keganasan Polis dan Tentera Yahudi, mereka dibelasah tanpa belas kasihan,ditangkap dan dipenjarakan oleh puak Yahudi tanpa peluang membela diri, Tembok batu dibina bagi memisahkan mereka dengan dunia luar, kawasan tanaman mereka dimusnahkan kereta kebal Yahudi, hak mereka untuk beribadat di halang..

Tanah yang mereka duduki sekian lama dirampas Yahudi dan rumah mereka dirobohkan bagi membina penempatan haram Yahudi…

Kini kita patut bersyukur kehadrat Illahi kerana kita tidak perlu menyabung nyawa untuk ke Palestine untuk melihat semua itu…

Apa yang perlu kita buat hanyalah menoleh kearah Negeri yang dikuasai oleh Pejuang Bangsa di selatan tanahair iaitu Johor…



Dalam kejadian 12 rumah yang didakwa rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran, Kempas, Johor telah dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Galian daerah, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Seramai 12 pegawai dan 112 anggota polis telah ditempatkan di kawasan berkenaan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam berada dalam keadaan terkawal bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.


Berpura-purakah anak-anak kecil ini?

Satu lagi kampung Melayu bakal hilang dari muka bumi, mereka dah tinggal di sini selama 36 tahun dan di halau keluar tanpa sebarang pampasan....

Selama 36 tahun itulah mereka telah dijanjikan berbagai oleh sang penguasa bagi menjamin penguasaan mereka..

Ketika Kampung Buah Pala menghadapi nasib yang sama Media UMNO/BN riuh rendah mencanangkan kekejaman yang kononnya dilakukan terhadap penduduk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang walhal tanah Kampung BUah Pala itu telah dijual semasa era Koh Tsu Koon lagi.. dan penduduk Kampung Buah Pala juga telah diberikan pampas an yang setimpal.

Kalau Kampung Buah Pala yang dianngap setinggan, penduduk diberikan pampasan RM250,000.00 dan lot rumah, apa bezanya dengan Kampung Denai Pinggiran ini?

Adakah kerana Kampung Buah Pala terletak didalam Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan Kampung Denai Pinggiran ini terletak didalam negeri yang diperintah oleh UMNO/BN maka layanan terhadap penduduk berbeza?

















Kemana menghilang pejuang-pejuang Bangsa, kemana menghilang Presiden Perkasa? Adakah kerana tidak menguntungkan mereka penduduk Kampung Denai Pinggiran dibiar sendirian meratap hiba mengenang nasib mereka?

Inilah nasib orang melayu di bumi Johor.....Moga UMNO terus perintah Johor!

4 comments:

Kamal Sanusi said...

Lihat sendiri tangisan anak kecil di gambar ke 2 dan terakhir.

Lihat juga gambar seorang bapa menangis memikirkan kehilangan tempat berteduh utk anak-anaknya.

Sebak hati aku mengenangkan peristiwa ini yg tidak mendapat liputan Media Prima apatah lagi dari RTM. Kenapa???...

CUCU TOK WAN said...
This comment has been removed by the author.
CUCU TOK WAN said...

kaum setinggan... depa ni puak opportunis yang sentiasa nak benda free dan menjadikan kemiskinan sebagai perisai....

aku pernah duduk di setinggan Pantai Dalam dari tahun 70-an sampailah tahun 85... dan kebanyakan setinggan Melayu, tidaklah setinggan tetapi mencari kesempatan utnuk mengelak daripada membayar segala macam bil, termasuklah bil api, bil air, cukai tanah, cukai pintu... dalam rumah masing-masing hebat dengan perabot dan siap ada ASTRO dan Internet...

Perhatikan ketamakan kaum setinggan berdasarkan gambar no.3. Ada tuntutan gantirugi RM30K walaupun mereka yang menceroboh dan menduduki tanah secara haram. Mereka pastinya telah diberikan tawaran rumah pangsa sebelum itu, proses sama yang dibuat kepada kaum setinggan yang lain.

Malaysia masih terlalu baik untuk kaum setinggan. Hang menceroboh, dakwa dah berpuluh-puluh tahun tinggal di situ, dapat duit, dapat rumah... kalau tidak, panggil puak-puak pembangkang, pakat piket dan tunjukkan betapa zalimnya kerajaan. Kalaulah kerajaan Malaysia mengamalkan kezaliman seperti mana kerajaan-kerajaan lain dalam dunia ini terhadap kaum setinggan.....

Memang wajar pun setinggan dihapuskan!

Siberangan said...

Puak setinggan di Johor tu semuanya PATI. Oghang Tanjung tak tahu cerita, jangan buat posting macam niii.... nanya lah orang lain.

Setinggan asli Johor semua dah dapat rumah. Tapi Kerajaan Johor tak lah sezalim Kerajaan PR/PAS Kedah. Kami ni telah dizalimi. Kerajaan PAS telah serah kerja kutip duit bayaran bulanan kapada Bank. La ni dah ada rumah yang kena sita di Sungai Patani.

Zalim Kerajaan Johor runtuhkan rumah PATI atau Kerajaa PR/PAS yang serah kat bank kutipan bayaran rumah kos rendah, tak baya kena sita dan tuan rumah tido di luar rumah. Mana yang lebih zalim?.

Orang di Tanjung, Penang DAP runtuh kedai tempat cari makan, apa macam?.