Saturday, March 06, 2010

Masuk Gear Reverse Tapi Nak Ke Depa...

Kekadang malah bukan dah kekadang tapi selalu aku hairan ngan ahli parti meLAYU yang nama pun masih menggunakan bahasa penjajah tapi dok berdemo pasai bahasa kebangsaan. Setiap kali mereka mengeluarkan statement, mesti naik biol orang yg membacanya.

Yang terbaru adalah Si Rais Yatim yang mengingatkan masyarakat agar tidak terlalu cenderung menatap komputer hingga mengenepikan tabiat membaca buku. Aku dapat berita ini dari blog ~MUMMY ROKIAH di sini.

Aku tidak tahu apakah maksud sebenar mangkaq ni mengeluarkan ingat sedemikian. Adakah kerana beliau bimbang dengan berita benar, cerita yang betul dan kenyataan yang nyata mengenai pelbagai tindakan ahli partinya yang membuat kerja tak betul disiarkan? Ini merujuk kepada 1001 macam punya blog lah.

Zaman sekarang adalah zaman yang pantas. 1001 ilmu ada di dalam rangkaian komputer dan hanya memerlukan masa yang singkat untuk kita mendapat 1001 jawapan. Kalau menggunakan buku, jenuh nak mencari buku berkenaan, bukannya ada banyak di pasaran. Lepaih tu jenuh plak nak menyelak helaian mana.

Halo Rais, apa kata engkau kurangkan penggunaan komputer di Kementerian ko tu dulu. Tengok samada kakitangan ko tu rajin membaca dan pantas membuat kerja.

Langkah pertama, ko punya website tu kasi nyah. Penerangan mengenainya dibuat melalui cetakan buku. Berapa org akan membacanya.

Itu belum dikira kalau ada sebarang update, perubahan yang perlu dibuat. Nak kena cetak pulak buku tu. Kalau menggunakan rangkaian komputer, kan senang kerja-kerja suntingan dan carian.

Apa punya tur la ahli parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi dok berdemo pasai bahasa kebangsaan ni.

Kah kah kah!!!...

No comments: