Wednesday, April 14, 2010

Mahu Tak Mahu, Kena Setuju Jugak...


Ku petik bintang-bintang... lagu nyanyian Kenny, Remmy & Martin. Untuk itu, aku copy paste "lirik" lagu berkenaan untuk bacaan ramai. Mau tak mau, aku kena setuju dengan lirik ini kerana ada kebenarannya.

Jangan harap orang Penang nak undi BN

Kepala hotak Lim Guan Eng ni memang bergeliga habih kalau bab politik ni. BN yang berpengalaman dan Umno yang dikatakan raja dalam soal politik tempatan ni pun terkena ngan dia.

Dalam dok kelam kabut PRK di Hulu Selangor, Guan Eng dan lagi promote yang kerajaan BN dengan Umno sebagai tunggak pemerintahannya sebagai tak boleh pakai. Guan Eng berjaya letakkan BN memang kerja depa nak naik harga barang dan menyusahkan rakyat saja. Dalam laporan Bernama, kerajaan negeri merayu Kerajaan Pusat untuk tidak naikkan tol jambatan Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata tindakan menaikkan kadar tol adalah tidak wajar dan hanya membebankan pengguna.

"Sejak tahun 1993 hingga tahun 2006, syarikat konsesi telah mengutip sebanyak RM1.7 bilion sedangkan kos penyelenggaraan jambatan itu hanya RM968 juta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hangpa jangan dok harap dah la orang Penang nak undi BN dalam PRU ke 13 nanti. Kelaku BN khasnya Umno memang hodoh. Mana dia Perkasa, awat tak bising bising ni. Hangpa ingat jambatan Pulau Pinang tu Cina ngan Hindu saja ka pakai kena bayar tol. Melayu pun kena bayaq harga yang sama jugak la, ngook...

1 comment:

The Story Teller said...

Salam Ziarah Tuan Komander

Tabik 3 kali

Jemputlah datang ke blog saya

www.alidyangonslife.blospot.com