Wednesday, April 14, 2010

Naik Pangkat Sure Kena Transfer...

Angin barat daya dah bercampur aduk dengan angin timur barat, utara selatan, timur dan barat. Nama aku dah timbul untuk kenaikan pangkat yang pastinya akan ditukarkan ke tempat lain yang tidak bernama Malaysia.

Apa pun aku berbangga sekalipun terpaksa meninggalkan bumi Malaysia walaupun bukan tanah kelahiran aku. Menjadi expatriate memang banyak kelebihannya kerana pakej dan perks amat menarik.

Anak-anak dapat belajar di international school, dah tentu hebat berbanding ngan tahap pendidikan di Malaysia. Medical coverage mengalahkan VVIP Malaysia dan banyak lagi.

Kesimpulannya, kalau betul aku akan dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke luar Malaysia, akan aku ambilnya sebagai satu cabaran dan contoh kepada anak-anak aku agar mereka lebih berjaya dari aku suatu ketika nanti.

Dan mungkin aku akan mengucapkan hai hai bye bye kepada poliTAIK di Malaysia.

Kah kah kah!!!...

No comments: