Tuesday, June 22, 2010

PLKN vs WATANIAH + PSSTLDM...

Salah satu berita yang berjaya menambat hati saya adalah mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seperti disiarkan di Berita Hairan di sini. Ada pelbagai pandangan mengenai program ini samada yang +ve atau -ve bergantung kepada perspektif mana kita melihatnya.

Dari segi perspektif majikan, agak sukar untuk saya melepaskan pekerja saya menghadiri PLKN selama 3 bulan dengan gaji jalan jugak kerana ianya akan menaikkan overhead syarikat dengan zero atau kosong produktiviti. Dlm masa yang sama Kem. Sumber Manusia melalui Jab. Perhubungan Perusahan dok tengah promosi Productivity-Linked Wage System. In other word, no productivity no wages laaa... Lainlah kalau KERAjaan yg memang dah nearly zero productivity mereka. Mahu tak mahu, pekerja tersebut terpaksa meletak jawatan.
  1. Tak ke naya pekerja berkenaan yang bekerja semuda usia bagi membantu meringankan bebanan ibubapa di dalam menyara keluarganya.
  2. Tak ke naya pekerja berkenaan yang bekerja sementara untuk mencari modal sekiranya berjaya ke IPTA atau IPTS sebelum mendapat pinjaman pelajaran.
PLKN ni baguih tapi masalahnya ada yang terlepas dan ada yang tidak. JLKN pulak dok kejar mereka dari golongan susah seperti yang berlaku di Perlis di mana seorang pelajar dihadapkan ke mahkamah kerana gagal menghadiri PLKN. Sedangkan ada di kalangan anak-anak puak VIP ni terlepas dengan 1001 mcm cara yang dibuat sesama VIP.

Kesimpulannya memang sah Rakyat DiHULUkan.

Sekarang ni, perkhidmatan bas pengangkutan pelatih PLKN 1Malaysia dimonopoli oleh sebuah syarikat sahaja. Dulu kontrak diberikan kepada pengusaha bas di kawasan berdekatan kem. Kalau nak maklumat lanjut siapa disebalik syarikat bas yg dapat kontrak berkenaan, tanyalah komandan-komandan kem PLKN itu sendiri. Ini tidak termasuk perbekalan uniform dan lain-lain lagi...

Kesimpulannya memang sah Kroni Didahulukan.

Entahlah... semakin sukar hidup di 1Malaysia ni dengan 1001 punya undang-undang yang dibuat sekiranya program mereka tidak mendapat sambutan.

Aku mencadangkan agar PLKN ni dimansuhkan saja dan diganti dengan program lain. Antara program yang aku cadangkan adalah mereka diWAJIBkan menganggotai Askar Wataniah atau Pasukan Simpanan Sukarela TLDM. Dah tentu mereka akan menjadi lebih disiplin dan sepanjang masa berdisiplin berbanding dgn PLKN yang habih 3 bulan, apa pun tarak...

Selain daripada itu, dapat juga tenaga mereka digunakan pada masa-masa yang diperlukan terutamanya semasa bencana alam. Elaun yang diperolehi dapat jugak digunakan sebagai tambahan kepada pendapatan yang ada.
As for me, all crews are required to join PSS-TLDM kerana mereka akan dilatih dan diajar mengenai selok belok pelayaran selain kursus yang dibuat oleh pihak pengurusan. In other word, killing 2 birds with 1 stone sebagai bekalan for their career advancement. Aku tak suka krew aku pencen dengan jawatan yang sama, paling tidak pun 2 takuk tinggi dari yg sekarang.

1 comment:

Othman Juliana said...

Well said!
Lagi program untuk mengkayakan kroni-moni. Rakyat? Pi main konda kondi!