Wednesday, November 03, 2010

Banjir Di Kedah...

Terima kasih aku kepada Mrs Xnuripilot di atas laporan banjir di kawasan kediamannya.

Cuma aku hairan kerana ada segelintir manusia yang mengatakan banjir tersebut adalah bala dari Allah S.W.T kerana memilih PAS utk memerintah Kedah. Baca ruang komen blog di sini...

Aku nak tanya, Kedah ni negeri di bawah Malaysia atau sebuah negara lain yang berdaulat? Kalau sebuah negeri di Malaysia, setiap bala yg menimpa mana-mana negeri di dalam negara ini, makanya bolehlah aku katakan bahawa Malaysia juga ditimpa bala. Siapa pemerintah KERAjaan Malaysia ni? PAS ka Beer-End yg majoritinya um-NO?

Malangnya org-org yg memberi komen sedemikian merupakan manusia yg penakut (bodoh tu memang dah ler) kerana hanya mampu menggunakan nama anonymous saja yg aku jangka merupakan spesis lembu um-NO. Dia takut kena ataih batang hidung sendiri bilamana negeri-negeri di bawah Beer-End mendapat musibah yang sama.

Aku rasa sepatutnya kita mendoakan agar semua yang terlibat sentiasa berada di bawah lindungan-Nya dan musibah tersebut akan cepat berakhir. Tak mahu aku mendoakan agar si penakut anonymous atau keluarganya ni mengalami nasib atau ditimpa musibah yg sama kerana tak baik mendoakan keburukan kepada org lain.

Ada isu-isu yg boleh dipoliTAIKkan dan ada masa-masanya kita lupakan sebentar perbezaan fahaman poliTAIK terutama di saat-saat saudara seagama, sebangsa, senegeri, senegara berada di dalam keadaan sebegini.

Percayalah, lepas ini akan kedengaran 1001 cerita mengenai post-flood situation terutama ketidakpuashatian mangsa dari segi bantuan yg diterima.

Perlu diingatkan bantuan dan pampasan adalah dua perkara yang berbeza dan 2 perkara inilah yang selalu diperkatakan dan susah nak bagi yg terlibat faham....

2 comments:

Pak Oncu said...

Lu tentu Ex Navy ??? gua juga Ex Navy !!!!!!

Kamal Sanusi said...

Pak Oncu

Gua bukan ex-Navy maaaaa, gua ex-Para unit last 8th Ranger