Saturday, November 27, 2010

Standard Pencapaian Di Dalam Peperiksaan Am

Aku tertanya-tanya jugak sejak dulu, kini dan selamanya dok bermain ajer persoklan ni di dalam kepada hotak aku. Last-last aku kena buat posting ni mengharapkan satu pengesahan kepada persoalan ini.

Sejauh mana tingginya standard pencapaian para pelajar di 1Malaysia ni?

Kerana aku hairan, adakah para pelajar semakin pandai

atau

Standard lulus peperiksaan sentiasa berubah-ubah demi menunjukkan yg standard ini sentiasa tinggi dan KPI menterinya baik dan tercapai.

Setiap kali aku buat sessi temuduga, lulusan universiti boleh dikatakan semuanya gagal berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris. Jauh sekali di dalam aspek penulisan tapi memohon jawatan bertaraf eksekutif di sebuah syarikat antarabangsa.

Daya pemikiran dan pengetahuan am, hancur!!!... Semua yg datang menunjukkan muka yg tiada keyakinan diri. Selalunya, calon sebegini hanya layak ditemuduga oleh kerani aku saja yg pastinya gagal mendapat jawatan yg dipohon.

Itu belum dilihat dari 1001 macam dokumen yg ditunjukkan seperti recommendation dari 1001 macam punya org poliTAIK. Sorry nooooo...... Aku tak layan surat-surat macam tu.

Jadinya, secara mudah dan terus saja ke point yg nak aku katakan.....

Aku cabar pihak Kementerian Pelajaran agar menetapkan suatu standard lulus peperiksaan seperti UPSR, PMR dan yg sama waktu dengannya. Mmg tidak dinafikan standard tu ada, tapi yg tau depa saja. Kemudian, hebohkan standard tersebut agar semua pihak tahu terutamanya para pelajar agar dapat mereka membuat target sendiri.

Tiap kali lepas exam tu, semua akan tahu samada nilai kualiti sistem pendidikan kita ni benar-benar berkesan atau standard lulus peperiksaan tersebut diapungkan demi nak bagi semua org lulus cemerlang.

Mungkin ramai yg tak faham apa yg aku tulis ni tapi aku tak kisah kerana aku bukan pandai sangat nak menterjemahkan idea di dalam bentuk penulisan ni.

Yang penting kita nak tahu adakah lulus 80% dpt A atau 40% pun dapat A.

No comments: