Monday, August 09, 2010

Bulan Kemuncak Pembaziran Makanan...


Bulan kemuncak pembaziran datang lagi dengan hari pertamanya dijangka jatuh pada hari Rabu 11 August 2010. Ramai yang menanti bulan ini dengan 1001 macam alasan mereka. Ada yg ingin menambahkan bekalan di alam kehidupan yang kekal abadi, ada yang ingin menayang kekayaan, ada yg iingin menambah pendapatan dan lain-lain alasan. Tapi generally aku katakan ramai yg akan membuat pembaziran dari mendapat keberkatan. Kenapa aku katakan bulan kemuncak pembaziran?
  1. Kerana pada bulan berkenaanlah umat Islam di Malaysia ni akan berbelanja untuk makanan dan minuman sahaja melebihi dari kebiasaan.
  2. Kerana pada bulan berkenaanlah umat Islam di Malaysia ni akan membuang makanan dan minuman begitu saja.

Namun, bagi sesetengah org yg berilmu agama Islam yg tinggi, inilah bulan yang penuh kerahmatan demi untuk kehidupan yg kekal abadi.

Tak perlu aku ulas lanjut kerana ilmu agama aku hanya terhad utk diri sendiri dan keluarga.Lagipun kalau mereka nak membazir sebanyak mana pun, bukannya duit aku.

Dalam apa juga hal sekalipun aku ingin mengucapkan lebih awal

SELAMAT BERPUASA DI BULAN PENUH RAHMAT INI


No comments: