Wednesday, August 18, 2010

Pandangan Pakar Agama Diperlukan Segera (updated version)...

(Updated with insertion of Artikel 2).... Saya terbaca sebuah artikel di dalam ruang Forum Utusan Meloya oppsss, silap taip daaa, Utusan Malaysia bertarikh 17 Ogos 2010 di sini.

Sehubungan dengan ini, pandangan dari mereka-mereka yang berilmu adalah sangat diperlukan. Saya copy & paste artikel tersebut untuk memudahkan pembacaan anda sebelum memberikan sebarang pandangan. Saya tidak mahu komen lebih2 kerana tahap ilmu saya hanya cukup untuk diri saya. Apa yang boleh saya katakan adalah...

Sangat sedih dengan fikrah penulis ini. Tarawih hanya ada di bulan Ramadhan. Apalah sangat habiskan 1 jam untuk tarawikh?? Soal kerja dan sekolah bukan isu, musim bola piala dunia 1 bulan jugak... boleh bangun jam 2 pagi iktikaf depan tv berjam2, awat tak komplen... esok nk sekolah nak keja ?? Pokoknya ini adalah persoalan iman...


Sila baca artikel sepenuhnya di bawah:


ARTIKEL 1


Tarawih lapan atau 20?


RAMADAN berkunjung lagi dan umat Islam berpuasa lagi di siang hari dan cuba meningkatkan amal ibadah di malam hari seperti mendirikan solat tarawih dan lain-lain solat.


Setelah bertahun mendirikan solat tarawih, ada yang masih berdebat di antara mendirikan lapan rakaat ataupun 20 rakaat. Saya ingin mencadangkan agar umat Islam di Malaysia mendirikan lapan rakaat solat tarawih di masjid dan surau.


Pada pemerhatian saya majoriti rakyat Malaysia mahukan solat lapan rakaat, ini kerana selesai sahaja lapan rakaat, majoriti masjid/Surau akan kosong dengan hanya meninggalkan "hard core & heavy weight" sahaja.


Jadi kenapa pihak masjid/surau syok sendiri melakukan 20 rakaat. Kenapa tidak hanya mendirikan solat lapan rakaat tetapi dipanjangkan sedikit bacaan ayat suci. Pada pendapat saya, pahalanya tetap sama kerana mendengar alunan ayat suci.


Tetapi yang afdalnya jemaah akan sama-sama mendirikan keseluruhan solat tarawih termasuk solat witir bersama imam yang mana akan menjadikan solat tarawih lebih bersepadu dan anak-anak kecil lebih memahami fadilatnya.


Cadangan ini saya bangkitkan setelah mendengar keluhan anak saya yang berumur 8 tahun semasa solat tarawih bersama di masjid. Semangatnya yang berkobar-kobar diawal solat mulai pudar selepas mendengar ada lagi 10 rakaat untuk diteruskan.


Lagipun majoriti jemaah terpaksa bekerja dan bersekolah keesokan harinya melainkan "heavy weight" yang telah pencen ataupun "hard core" yang memang pekerjaannya di masjid.


Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Selamat beramal.


AZIR

Keramat


ARTIKEL 2


TERDAPAT masjid dan surau mengadakan solat tarawih lapan rakaat iaitu dengan cara menghentikan sekejap solat tarawih selepas empat rakaat untuk memberi laluan kepada program tazkirah.

Selepas selesai tazkirah, sambung balik empat rakaat lagi. Maka jemaah hanya dapat menunaikan lapan rakaat sahaja daripada 20 rakaat.

Tidak cukupkah 11 bulan untuk program tazkirah? Ramai umat Islam sebenarnya ingin mengerjakan 20 rakaat secara berjemaah tetapi tidak kesampaian.

Saya minta jawatankuasa masjid dan surau tidak mengadakan tazkirah semasa tarawih dan berilah peluang kepada jemaah untuk menunaikan 20 rakaat. Buatlah tazkirah selepas Aidilfitri.

ZAID

Kuala Lumpur


2 comments:

Othman Juliana said...

"Pada pendapat saya, pahalanya tetap sama kerana mendengar alunan ayat suci."

*petikan dari artikel*

nauzubillah. siapa saudara Azir tu yang boleh menentukan pahala siapa2 (dan even utk dirinya sendiri!) yang boleh sama atau tidak sama?

jgn disebabkan kita yang tidak mampu (sebenarnya TIDAK MAHU!), kita hendak jadikan satu aturan dan anggapan yang semua orang tidak mahu! pertikaian ni umpama memperlihatkan keikhlasan saudara Azir itu sendiri.

Apa pun, semoga terawih saya mampu diteruskan dengan penuh keikhlasan sehingga akhir Ramadhan kali ini, insyaAllah. *rutin bertadarus setiap pagi dengan anak2 murid, mampu menyegarkan hati, alhamdulillah :)

Kamal Sanusi said...

Inilah contoh orang yang dok mengaji Ilmu Islam menggunakan CD, VCD atau DVD saja terutama semasa memandu tanpa berguru... Dah tu dengar tak habis kerana pemanduan yg singkat.

Di bawah ada lagi petikan artikel dari si hotak bengap & sengal diterbitkan di dalam sebuah akhbar yg meloya dan menghairankan.

"TERDAPAT masjid dan surau mengadakan solat tarawih lapan rakaat iaitu dengan cara menghentikan sekejap solat tarawih selepas empat rakaat untuk memberi laluan kepada program tazkirah.

Selepas selesai tazkirah, sambung balik empat rakaat lagi. Maka jemaah hanya dapat menunaikan lapan rakaat sahaja daripada 20 rakaat.

Tidak cukupkah 11 bulan untuk program tazkirah? Ramai umat Islam sebenarnya ingin mengerjakan 20 rakaat secara berjemaah tetapi tidak kesampaian.

Saya minta jawatankuasa masjid dan surau tidak mengadakan tazkirah semasa tarawih dan berilah peluang kepada jemaah untuk menunaikan 20 rakaat. Buatlah tazkirah selepas Aidilfitri.

ZAID

Kuala Lumpur"