Thursday, December 03, 2009

Mungkin Keranda Sudah Tidak Terbang Lagi...

Aku amat bersetuju sekiranya KERAjaan melalui Bini Rosmah ingin membeli Eurocopter EC725 bagi menggantikan perkhidmatan helicopter Nuri yang telah dianggap sebagai keranda terbang. Cuma aku berharap tiada lagi awek manis yang cantik lagi seksi akan mati dan diletupkan dengan C4.

Tak kisah model mana yang menjadi pilihan tapi sudah sampai masanya pihak-pihak yang berkenaan agar dapat menyegerakan proses procurement bagi mengganti Nuri ni.

Bini Rosmah pun dah kata masa pilihanraya kecil Bagan Pinang bahawa kebajikan anggota tentera akan dijaga sekiranya mengundi Beer-N. Sekarang tibalah masanya Duda Altantuya mengotakan janjinya pada semua anggota tentera dengan memastikan mereka selamat sekiranya terbang bersama Nuri.

Cuma yang paling aku bengang sangat adalah kekalutan Menteri Pertahanan nak ganti pesawat pejuang MIG-29N dengan pesawat lain kononnya kos penyelenggaraan yang tinggi. Setakat yang aku tahu, pesawat pejuang kita ni tidak pernah pun terlibat di dalam peperangan. Lebih banyak penerbangan latihan atau rondaan untuk meningkatkan jumlah jam penerbangan pegawainya sahaja agar rating naik. Rasanya belum cukup haul dan nisab utk digantikan dengan pesawat dari Eropah berbanding dengan Nuri tu. Rasa baru sangat kita menghabiskan duit rakyat bagi pembelian MIG-29N ni.

Malah di kalangan pegawai TUDM yg menjadi sahabat karib aku pun hairan dengan cadangan ini sedangkan mereka dah lama meraung agar digantikan Nuri tu dulu. Ada di antara mereka seperti code-name Mej Jay-Borg yang sedih dengan penggantian kerana bagi mereka pesawat MIG-29N ni merupakan yang terbaik dan teknologinya direka untuk berkhidmat selama lebih 25 tahun.

Adakah ini sebagai tindakbalas terhadap sambutan dingin pihak Russia di dalam pameran LIMA 2009 atau adakah ianya lebih kepada mengulangi proses pembelian kapal selam KD Altantuya yang hanya menyaksikan lebih kontroversi dari prestasi hingga ramai yang hilang harga diri.

Aku nak merisik khabar kat Dewan Pameran LIMA 2009 nanti...

1 comment:

Anonymous said...

L.I.M.A di Langkawi anjuran Kerajaan Malaysia dngan urusan Kemnterian Peratahann, best tak OT?.

Kena tidoq sana,letih nooo..??

Aku tengok, masa anjuran pertama, kedua and ketiga. Ada red eroww. best ooo. depa pandaaiiii....

Gendral Airfos yang pendek tu,nama apa dia? hoooo dia tunjuk pandu helikopter uang lamaa.. tu. Hebatlah dia tu.

OT, anak aku la, dok suply scru2 kat TLDM. Harga 500k, depa suruh dia taro 5000k. Tak tau pasai apa?.