Tuesday, December 15, 2009

Kenalah Dipetik Bintang-Bintang Lagi...

Seusai kuliah maghrib sembang ringan-ringan dengan beberapa jemaah yang hadir. Sambil menghirup teh yang disediakan. Seorang hamba Allah ( UMNO dulu..kini..selamanya ) memecah hening dan kosentrasi ...

Orang UMNO (OU) : Apolah Nga Ko Ming ni dio pertikaikan peruntukan untuk masjid pulak..

Lobai Kampung (LK) : Pakcik tau mana

OU : Dalam surat kabar utusan la ustad, dia kata gereja dengan kuil kenapa tak buleh dapek ?

LK : Betul jugak tu, pasal dio pun bayar cukai

OU : yolah negaro ni negara islam, dio kono hormat dengan kita..

LK : Kita pun kena hormat dengan mereka

OU : Masalahnya mereka dah melampau

LK : Kalau kita tak bagi hak kita yang melampau ..

OU : apa hak dia ustad ..?

LK : Sepatutnya kerajaan kena asingkan hasil dari sumber yang haram dan yang halal, untuk yang halal diperuntukkan untuk kepentingan ummat islam seperti masjid dan pendidikan. Manakala yang haram, gunakan untuk mereka..

OU : Kalau macam tu banyaklah yang diorang dapat ..

LK : Kenapa ..?

OU : Yelah sumber cukai dari judi dengan arak kan banyak di negara ni..

LK : Kalau kerajaan kita asasnya Islam, kita mesti akan fikir banyakkan yang halal untuk kepentingan ummat Islam kurangkan yang haram. Masalahnya ...

OU : Masalahnya ustad nak kata kerajaan kita tak amalkan Islam ..

LK : Pak cik yang cakap saya tak cakap ...

Lobai Kampung : 52 tahun UMNO memerintah kita. Tidak banyak benda yang dibuat untuk benar-benar mengembalikan manfaat secara maksima kepada ummat Islam. Jangan bercerita tentang-tentang perlaksanaan Islam dalam bentuk undang-undang dan peraturan, soal yang mudah-mudah pun banyak tak boleh selesai. Puncanya, kerana kekangan politik mengatasi kepakaran. Akhirnya yang pakar dalam sesuatu bidang kena akur dengan kehendak orang politik yang menjaga kepentingan politiknya.

Kasihan kepada orang-orang kampung yang diperbodohkan oleh pemimpin UMNO. Yang semakin senang dan kaya, sedang mereka di bawah terus menanggung kepayahan demi kepayahan. Dasar-dasar yang dicadangkan lebih banyak memberi beban kepada rakyat, tidak difikirkan pula kaedah mengelakkan bebanan untuk rakyat.

Berbicara dengan pengundi saluran 1 yang masih pekat darah UMNOnya memerlukan kita banyak bersabar. Mereka tak baca wartamaya, al-banjari pun dia tak kenal, jauh sama sekali perisik rakyat dan tulang besi. Sumber mereka RTM, Utusan dan Berita Hairan, tabloid metro dan kosmo. Semua yang mereka baca itu tidak mampu memahamkan mereka tentang hasrat dan isu Pakatan Rakyat.

Manusia mampu untuk berubah. Perubahan itu mesti dengan asas ilmu dan kefahaman. Kebendaan tidak mampu mengubah minda. Dia sekadar boleh bersetuju tetapi belum tentu menerima. Saya cadangkan kepada mana-mana blogger untuk mencetak isu-isu yang diketengahkan di dalam blog masing-masing untuk diberikan secara percuma kepada masyarakat. Barulah apa yang kita ketengahkan akan mampu membuka mata mereka mengenali kezaliman yang berlaku.

Sekadar pandangan ..

Terima kasih Lobai Kampung sekalipun aku tak minta izin. Otak dah traffic jam sbb sebiji kapal sangkut di Hong Kong

5 comments:

Anonymous said...

aku lagi sedih bila orang kampung diperbodohkan oleh PAS. Bila dijadikan ISLAM sebangai topeng. Sedar tak yang PAS sebenarnya menipu dengan perjuangan ISLAM. PAS lah yang memperjuangkan hukum dan undang-undang ISLAM tapi tak pulak pernah menegaskan hal seperti saudara sebutkan. MENGAPA???? mungkin kerana perjuangan saudara iklas untuk ISLAm tetapi perjuangan PEMIMPIN SAUDARA adalah kerana KUASA.
52tahun BN memerintah hasilnya saudara punya kerjaya. Anak saudara minim susu mungkin ENFAgrow. mungkin rumah saudara 100K... bersukurlah...tidak ada orang mengekang saudara untuk maju.
cuma pandangan saya

Siberangan said...

Anon 19.21 am, saya setuju walau pun itu hanya pandangan saudara.

Cerita yang Orang Tanjung buat tu mungkin benar. Kebodohan hanya pada orang kampong, orang bandar cerdik.
Yang orang bandar cerdik inilah yang banyak memberi sokongan kapada PR yang ditunjangi DAP. Walau pun PAS parti orang kampong, mereka juga telah diperbodohkan hingga memberi sokongan kapada DAP yang terang2 tidak menyokong perjuangan Islam.

Kita orang kampong artodok.

shamshul anuar said...

Saudara Orang Tanjung,

Orang Melayu sebenarnya sedang berubah. Dan perubahan ini ada yang baik tapi lebih banyak bawa mudarat.

Kalau dulu orang Melayu bencikan DAP, kini anak muda Melayu sudah sanggup sertai DAP. Tak apa kalau DAP adalah parti perkauman yang amat racist.

Orang Melayu dah rasa tak "glamer" sertai UMNO. Sertai DAP adalah the "in thing" sekarang ini. Nasihat dan peringatan ditolak tepi.

Sedikit dosa UMNO dibesar-besarkan. Jasa UMNO mahu dilupakan. tanpa jasa UMNO, mungkin bilangan profesional Melayu boleh dibilang saja. Kerana kuiasa politik UMNO lah menyebabkan anak -anak dari kampung berpeluang belajar di luar negeri, sesuatu yang hanya mimpi kalau DAP memerintah.

Dan PAS juga berubah. Kalau dsulu teguh dengan imej Islam( walaupun luaran saja) kini luar dalam sudah "cair" islamnya.

Kalau dulu Mohd Sabu memaki hamun Anwar sebagai "aljuburi" dan cabar Dr mahathir pecat beliau, kini sudah boleh terima anwar.

Yang sebenarnya PAS tak lebih dari Pope dulu kala yang ancam untuk "excommunicate" Raja-Raja kristian yang enggan tunduk pada mereka. Dalkam ugama kristian Pope dianngap dapat jatuhkan hukum masuk neraka( dipanggil excommunicate).

Dan PAS pun rasa dia boleh hukum UMNO juga. Terlalu sibuk menilai orang lain tapi tak pernah mahu bercermin diri.

Dan ini juga satu tragedi pada orang melayu.

anaklangkawi said...

Salam Org Tanjung..
Kita kena ambik sedikit apa yg disampai oleh lebai tu. Ada kebenarannya.
Tapi kalau difikir2kan-lah.. sebab lebai tu berckp sangat soal Islam.. maka cek nak lontarkan satu persoalan.

PAS telah wujud di Malaysia dekat se-umur dgn UMNO. Tetapi sampai sekarang belum ada jasa yg boleh dibanggakan dalam memartabatkan Islam di Malaysia? Apa jasa PAS? jgn hnya kita menuding UMNO pada masa yg sama yg berckp tu apa pun tak buat utk memartabatkan ISLAM.

Sekurang2nya dibwh UMNO-lah Islam berkembang, Masjid2, baitul-mal, sistem perbankan Islam dll.. mungkin ada sedikit kekurangan & perlukan penambahbaikan tapi beribu kali lebih berjasa drpd PAS..

p/s: dah 2 tahun perintah Kedah.. arak masih dijual dilangkawi. waktu kempen ckp bukan main.. heheheh

Anonymous said...

Anaklangkawi 12.14pm klmarin. Bila orang buat pantun seloka dalam posnya mengenai injin jetfigter hilang, cepat jeeer OT jawab. Tu bende yang dia setuju. Yang dia tak setuju dia buat sengaaap jer. Kenapa.

Macam anaklangkawi kata, sejak PAS perintah Kedah, minuman keras dijual macam tuuu.. jugak. Bukan kata OT yang tak komen balik, Kedah lanie pun diam jeer.. Dulu depa ni, termasuk Azizan Razak sendiri, hentam Kerajaan BN fasal jual arak di Langkawi. La bila PAS perintah, lagi banyak arak di Langkawi dijual. PAS ni cakap tak serupa bikin.

PAS ni pun main politik, macam tu lah depa pusing kepala orang kampong yang lebai2 tu. La ni pulak bila depa bersama dalam PR, DEPA PEMOHONG GULUNGAN MUDA PULAK.

Hal yang macam2 ni, OT diam jeeerr..

Pasal tu dia orang tak berapa layan pun. Aku tengok blog dia niii, pasai akau nak tengok dia hentam sapa pulak. Yang aku ingat nak layan aku layan lah. Dia pun tak perlu bagi terima kasih, jika orang layan blog dia.