Monday, December 21, 2009

Sedih + Susah Hati...

Aku sedih bila membaca berita kehilangan aset TUDM bernilai RM50 Juta (bukan 5 kupang woi!!!...). Kejadian ini bukan kelmarin atau tadi tapi tahun 2007 lagi. Nampaknya pandai jugak KERAjaan menyembunyikan berita kehilangan itu sehingga sekarang baru diketahui umum. Terima kasih aku kepada mereka yg mula-mula mengeluarkan berita sensasi ini.

Aku sedih kerana kehilangan aset ini melibatkan pasukan pertahanan yang sepatutnya mempertahankan keselamatan negara dan rakyatnya tapi ternyata di sebalik sumpah setia yg dilafazkan dan ditandatangani ternyata masih ada duri dalam daging atau di dalam erti kata yang lain pengkhianat.

Sebab itulah aku selalu mengatakan bahawa anggota tentera sekarang ini tidak seperti zaman dulu di era 80-an dan 90-an di mana anggotanya rela mati kerana setia. Sekarang ni, ramai yang mati kerana dadah atau kemalangan jalanraya. Panglima-panglima hanya tahu main golf saja dan hidup mengalahkan raja dengan batman dan kemudahan lain selain tahu nak tambah kekayaan sendiri dengan 1001 macam cara. Pegawai pulak mudah mendapat pangkat Kapten (Lt kalo dlm Navy) kalau masuk ATMA berbanding skim Kadet yg terpaksa mula dari Lt. Muda dahulu. Harap pangkat ajer tinggi tapi manja mengalahkan Anakku Sazali.

Itulah di antara sebab aku meninggalkan perkhidmatan ini dengan cepat. Cadangan awal nak buat 21 + 1 tahun tapi 13 tahun dah memadai kerana meluatnya aku dengan perkhidmatan ini dah sampai tahap gaban.

Aku susah hati kerana kalau aset bernilai jutaan ringgit boleh melepasi kawalan keselamatan dengan entah apa yang MP buat (lena kut?) hatta perbuatan pengkhianat dalam perkhidmatan itu sendiri, bayangkan kalau bocornya pelbagai maklumat sulit kepada pihak lain.

Mudah saja mereka menyerang atau sabotaj keselamatan negara ini terutama dari Singapura. Maklumat berapa banyak main-hole di dalam sesuatu kem pun mereka sanggup bayar inikan pula maklumat komunikasi dan pergerakan ketenteraan. Pastinya mereka tidak kisah nak membayar dengan harga tinggi dan pastinya pengkhianat tersebut akan kelabu mata tengok duit sedemikian banyak. Maklumlah, gaji anggota tentera ni bukan banyak mana pun...

Ini mengingatkan aku kepada buku berjudul Spy Catcher yang mengisahkan pengkhianatan anggota perisikan MI-6 dan KGB di mana tanpa disangka-sangka talam dua muka adalah Pengarah MI-6 itu sendiri yg menjual maklumat kepada KGB. Kisahnya bakal berulang di Malaysia pulak. Nantikan saja and mark my word.

Mantan Menteri Pertahanan yg memegang office pada tahun 2007 harus bertanggungjawap ke atas kejadian ini. Sapa dia? Pi depan cermin muka, tampaq muka sendiri dan anda akan tahu jawapannya...

Dato Arshad, saya amat bersetuju dengan penulisan Panglima sebagai seorang pegawai yg pernah berkhidmat di bawah Tuan.

4 comments:

princess jiji said...

harta untuk pertahanan negara pun dapat diperdagangkan..mana maruah dan sumpah setia ketika hendak berkhidmat?..semua pun dah bijak cari jalan nak kaya,semua ni belajar kat orang politaiklah..bila dah hilang kuasa,baru nak ingat ketuanan Melayu dan jadi humble..tu pun berlambak jugak duk bodoh sombong!

p/s : kalau p langkawi,habaqlah kat cek..boleh tumpang beli perfume..

Anonymous said...

Burng enggang terbang diawangan
Terbang disawah mencari makanan
Alatan perang barang dagangan
Curi, jual, dapat duitan

Turun kasawah menjala ikan
Setiap hari memasak kari
Walau pun bersumpah pegang Quran
Kerja pencuri tetap pencuri

Orang celik mata terbuka
Hilang tongkat kepunyaan sibuta
Genral ka Mejr Jenral ka
Kejujuran hanya didepan mata

Mencuri dalam tentera, biasa.
Dahulu banyak kecurian kecil
Jual minyak dari kereta
Kata mereka perkara batil

Lagu enak suara si Jamal
DiAngkasapuri bangunan RTM
Barang murah jadi mahal
Kerja biasa dalam ATM

Khayal sungguh teruna dan dara
Diupok barat tenggelamnya matahari
Pencuri, penipu dalam tentera
Tak kan begitu salah Menteri?

Orang Tanjung tahu semua niiih..

Anonymous said...

Oang Tanjung, kenapa dan mengapa kejadian yang saperti ini berlaku dalam ATM?.

Kita faham, tahun 2007 Menteri Pertahanan pada masa itu Dato Najib.

Adakah Menteri harus bertanggungjawab keatas kejadian hilangnya injin jet pejuang tersebut?.

Orang Tanjung pun ada mengatakan bahawa terpaksa meninggalkan ATM satelah berkhidmat 13 tahun sahaja. Pada masa tersebut Dato' Najib kah jadi Menteri Pertahanan?. Masa tu, punya haghu bighu dalam ATM Menteri kah kena tanggungjawab atau Pegawai atasan kah kena tanggungjawab.

Disiplin?. bukankah ajaran tidak mencuri itu termasuk dalam didikan disiplin di ATM?.

Apa pun keadaan tidak berdisiplin dalam ATM sekarang macam tak boleh diubah.

Kamal Sanusi said...

Jiji, zaman sekarang ni, jgn kata peralatan ketenteraan yg dicuri boleh diniagakan, tubuh badan anak bini pun mereka perdagangkan. Saya selalu ke Langkawi samada dengan kapal yg belayar laut atau kapal yg boleh terbang. Almost every week...

Anom 12:39AM, thanks for the poem. Aku akan publishkan untuk bacaan umum.

Anom 1:07AM, bertanggungjawab bukan bermakna kena letak jawatan tetapi lebih luas skop tafsirannya seperti mengambil tindakan segera bukannya tunggu sampai tahun 2009 in pretext of cover-up.

Kalau di negera Jepun, bukan kata letak jawatan tapi siap buat hara-kiri lagi.

Kah kah kah!!!...